Darlings

Thursday, October 27, 2011

Acara berdua

Lepas berpanas ambik jubah kat Uitm. Aku buat request nak tengok wayang. Mana tahan tengok orang update status real steel best lah real steel meletup lah. Bikin panas ajeeeew. Mr Razman on ajee. 

So destinasi kali ni Mid valley lagi. Orang yang tengah beratur sikit punya panjang kan. Sampai turn kitorang, Tiket pukul 4 SOLD OUT. Hajat di hati tengok cerita lain aje lah. Tapi pun SOLD OUT. Baru bunga bunga nak tengok In Time ( boleh tengok justin timberlake kan kan kan).

Frust. Agak lama menung kat kaunter tu. Aku buat muka kesian nak tengok wayang jugakkk. hohoho. Lastly pilih lerr yang pukul 6:45.

Tapi masalah nya. ada 4 jam lagi nak tunggu kul 6. Mati kutu mati kutu. Sebab aku & Mr Razman bukan lah kaki rayap sangat kat mall, p mall tengok wayang & makan. Shopping tu sangat lah jarang, window shopping tu selalu lah.

Jenuh pikir, masuk pet world lah, masuk kedai kasut lah. Semua kedai aku terjah lah senang cita. Lastly dia ajak masuk library terbesarrrrr. haaaaa. kaurang tau mana library terbesar midvalley? 

MPH la weh. Syokkkk gila. Kau masuk, p cari novel, cari port baik untuk bersila berlunjur . Then bukak buku baca lah sampai lebam. Gila macam rumah sendiri kan. Aku siap bukak wedges letak tepi  then cari port baik untuk bersandar sambil santai baca novel. Freeeeee!

Sebelum p library. Cari makan dulu weh.

Mine
 Tekak aku, tekak melayu sejati. Satu hari tak dapat nasi. Menggelupur der. Lagi lagi laksa. Tapi bila Mr Razman suggest. Aku rasa tak salah lah cuba. Sebab bau dia menggoda.

Mula mula kuah laksa ni masuk tekak. Sebijik rasa macam kat Laksa Shack. Sape penggemar laksa shack. angkat tangan tinggi tinggi. Aku suggest kan kaurang p je Garden cafe dalam jusco. Rasa sama ajeeeeek tapi harga lagi murah lah kalau nak compare dengan laksa shack yang harga belas belas ringgit satu mangkuk. Tak silap aku 14 ringgit kan paling murah kat laksa shack.

Mee kari
 Aku bukan pencinta segala jenis kari. Tapi kalau mee kari tu ada kerang & ayam yang super duper banyak. Aku memang hadap. Tapi kalau mee kari sekadar mee kari. Mintak mahap. Gua tak layan derrr. Sebab rasa kari ni out of my taste kot. Aku prefer nasi putih letak kicap dengan ikan bilis goreng lagi laaaaaaah. Walllah.

Overall. Boleh lah takat nak isi perut. Kuah laksa memang terbaik, cuma laksa tu besar sangat. Errrk aku dah terbiasa dengan laksa kelantan yang lagi tak size nya kecik comel, Tak kembang sikit tekak aku ni. 

oke, enough for today. Kepala aku berat gila neh. Mungkin tidur tu idea best. Babai kaurang. 




6 comments:

hazanis said...

tliur weh laksa tu....hummm

Wanybunny said...

gamba dating xde ke? hihi

MaiZATuL ASniDA said...

sedap! dah pernah try. lasa di foodcourt midvalley pun sedap. rm6 je. murah lah tuk harga mknn di mall. nyum2....

ILA HonEyBuNNy said...

sedappnya laksa...baru lepas makan laksa...ehheh

ekmal said...

adoi dh lama x dpt laksa, pantang tgk org mkn..esok gak nk mkn!haha

nanie said...

sis,kita samaaa!hari tu nani makan laksa kat kuantan..ya Allah besarnya laksa dye..terus tolak tepi..huhu

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger