Darlings

Tuesday, October 25, 2011

Aku Jobless

Penat aku jawab soalan ni. Kadang kadang terhiris hati. Sebab yang bertanya tu kadang kadang macam bernada sinis. Kat sini aku make it clear. Lepas saje aku habis practical training, habis kan Research, submit , viva dekat faculty. Aku balik kampung. Ada urusan tertangguh yang aku kena settle kan. 

Lepas saje settle urusan tu ( Dekat 2 bulan). Umi aku buat special request. Dia mintak aku tolong dia berniaga. Niat nak cari kerja agak terbantut di situ. (tapi dalam diam aku usha jugak kerja dekat job street). 

Rutin aku tolong umi bermula. Pagi tolong dia kat pasar, petang tolong dia kat gerai. Penat tok sah cite, tapi aku tau umi lagi penat. Yang paling hazab, masa bulan puasa hari tu, meredah panas terik. Kalau tak tahan, mau nya bukak puasa dan dan tu jugak. Blog pun agak terabai masa tu. Tapi redha. Kira cari rezeki jugak kan.

Perasaan aku? Punya lah jealous sebab kawan kawan terus start kerja lepas practical training tu. Kau tau apa perasaan tu? Tengok kawan kawan yang sama belajar dengan kau dah kerja. Aku buat buat pejam mata. Tolong mak pun dapat pahala jugak kan. Cuma beza nya aku tak dapat gaji tetap aje lah. Aku pujuk hati sendiri.

Pada masa yang sama. Umi aku dok buat agenda . Hari hari pujuk+brainwash aku kerja kat kelantan. Dia siap cari kan kerja untuk aku. Yeap. Last last dia berhasil cari kan aku kerja. Tapi. aku dah nekad kan hati. Aku memang nak cari pengalaman kerja kat tempat orang dulu. Aku ingkar lagi permintaan umi. Aku tau umi frust sangat sangat. Tapi macam biasa. Aku degil. 
Aku sungguh sungguh pujuk umi. Lama lama umi makan jugak pujukan. Lain pulak dengan papa aku. Dia oke aja aku kerja kat mana mana. Cuma bab calon husband aja kalau boleh dia nak orang dekat dekat. Itu terserah jodoh lah. 

Apa yang aku nak tekan kat sini. Stop lah tanya aku dah dapat keje ke tak. Aku penat dah jawab. Aku susah kan kaurang ke kalau aku tak keje? Aku rasa aku susah kan Mr Razman aje. Aku terima nasib aku yang kureng luck. Time orang sibuk p interview, aku kena balik kampung. Its ok.Allah tau yang terbaik untuk aku.

Sekarang. Aku dah berusaha. Seterus nya. Tawakal.

11 comments:

Reensyarinie said...

lyaa...sis dh pnh rs ape lyaa rasa...penat nk jwb sln org yg tny psl keje..kdg2 rs cam nk tmpal kertas ats dahi tulis " plss jgn tny pasal keje boleh tak?" hehe..boleh stress.

sis pun keje kt kmpung je sbb tpksa akur dgn arahan parents.hehe..insyaAllah rezeki keje ada kt mana2..kena sabar je.

Blueice Butterfly said...

~kuatkan semangat..:)

Miss Shikin said...

its ok syg. sis faham. org yg selalu tanya tu mungkin kurang faham kot. xpe. pelan2. rezeki ni akan ada tuhan beri tak tentu masa,mungkin bukan sekarang tapi kemudian. cthnya,sis resign keje sebab tak tahan keje tempat lama,ditengah2 down masa tu ada org masuk meminang lak. fuhh mcm tak sangka. mcm mimpi. hilang keje tapi dpt jodoh. tu namanya rezeki. takpe lyaa,rezeki lyaa akan dtg jgk nanti. sabar k. :)

cik fa said...

biasa la manusia..
bila tak belajar mesti tya bila nak sambung belajar....bila belajar mesti tya bila nih nak habis...dah habis tanya pulak tak dapat keja lagi ka?

biasa la orang..terlalu sangat-sangat care..sampai naik rimas kan

Nurul Mazni Sawal said...

kuatkan hati yer.. maz lagilah.. dip jer.. orang tak pandang kot.. tu lah next year smbung degree.. tapi alhamdulillah.. berkat wat mekap-mekap, dapatlah gak duit.. tapi bertatih2 gak lah.. huhuhu.. insya allah, ade rezeki kat mane2 tu.

zOeY zAu YaH said...

takpe dugaan gak tu..yg cpt dpt keja blum tentu cpt dpt kejayaan..

Laila Majid said...

don't ever give up.situasi awak sama je dengan saya ! 4 bulan nak masuk 5 bulan melepett kat rumah mengadap lptop.kawan2 lain sume dah keje.yg saya ni hari2 klik jobstreet.tak dpt2 jgk.at last saya dpt jugak dkt dgn rumah pulak tu.allah knows better than us ;)

nabihahh said...

same goes to me,,,,masih mnganggur lagy,,

cik chinta said...

sabar, hasilnya pasti lebih lumayan

zati embong said...

its ok,mulut org kita xleh tutup,biarkan diorg 2.yg penting kita bahagia.

Zack Kool said...

sabar je..

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger