Darlings

Wednesday, April 10, 2013

Review Session : Handbag Gree AAA

Hari nak review pasal handbag Gred AAA, kalau berkenan uolls boleh p terjah dekat link yang aku bagi tu. Range harga tak mahal beb, Normal Price lebih kurang RM200-RM250 tapi depends pada brand bag jugak lah.

 Sebelum beli tu rajin rajin kan la pm or whats app kak irza ni dulu Kalau interested nak beli, jangan lupa bagitahu yang anda reader blog lyaa suriany.




Yang paling buat hati melting, mesti gucci ni. Haishhhh. Kumpul duit nuffnang dulu baru boleh p rembat.




 Berminat sila PM at Inbox.. Call/ Whatsapp - 0136454296

Happy Shopping guys!

Tuesday, April 2, 2013

D.i.y : Lace Vs Peplum

Kalau sentuh bad D.i.y , aku bukan lah manusia yang tangan berseni. Tapi semangat nak mencuba tu sentiasa ada. D.i.y yang aku try ni dah lama dan agak kebasian . Tapi saje nak update blog hari ni. So aku decide untuk update pasal d.i.y ni.

Bukan d.i.y yang hebakkkk sangat pun. Takat jahit lace kat peplum je pun. 

Masa ni dalam proses letak letak je pun. Nak tengok sesuai ke idok. Tengah pikir nak patch kan black or grey color. Sekali aku pilih grey lah.

Gigih tu memang gigih lah. Sebab aku memang beginner habis kan bab menjahit ni. Jahitan tak kemas. Nak pulak bahagian tangan. Memang hancur terus. Tapi semangat berkobar kobar. So, jahitan tetap di terus kan. 
Di sebab aku ni menjahit waktu malam je , so ambik masa dua hari jugak lah. Bila dah siap jahit, tangan gatal pulak nak letak manik sekali. Dah memang kebetulan aku banyak stok manik manik bagai ni. So sekali jalan ajeee. Salah satu punca gigih jahit lace ni sebab rasa peplum ni plain sangat. Lagi pun aku nak pakai untuk attend wedding Yna. So, try kreatip kan otak sikit lah.


Bila dah siap berjahit. gini lah ghupe nyaaaaaa. Time ni pagi pagi sabtu beb. odw nak p kojeeeeeeee. So aku padan kan dengan jeans dulu. Afta work baru aku tukar skirt. Kata nak p kenduri. Sesopan sikit pakai skirt kan.

 Kualiti gambar berubah sebab gambar yang kat bawah ni guna hp si model cantik anyss amira. Macam tak percaya jumpa kat wedding ynaa. Cantik teramat bila jumpa depan depan. Bab pengantin tu tok sah ceghita lah. Lagi berseri seri. ni first time jumpa yna tau. kenal dia through blog dah lama sangat.

congrats ynaaaa.


Conclusions nya. diy kali ni berjaya. Boleh try lagi next time. Dan tak luupa untuk yna. Thanks sebab invite ke ur wedding. selamat berbahagia hingga hujung nyawa. Jumpa lagi next time!








Wednesday, March 6, 2013

Review : Produk Safi Balqis

Aku rasa dah banyak kali buat review pasal safi balqis ni. Tapi kali aku buat full review. Kira macam rutin harian .

Pembersih Muka

Time mandi pagi kadang aku dasar pemalas jugak lah cuci muka. Terlebih rajin aku sental la, kalau tak rajin aku terus mandi kerbau je. So rutin cuci muka dengan pembersih muka safi ni tak tetap lah. Kadang kadang pakai kadang tak. depends pada kerajinan. Selama aku guna pembersih muka safi balqis ni, oke lah. sebab tak mengering kan kulit aku.Nak pulak aku ni jenis manusia yang tak suka kulit kering sangat. oily sikit okeh lah.


 Scrub

Menda alah scrub ni aku pakai dua tiga kali seminggu. errrrm boleh men nyah kan sel kulit mati dan kotoran yang adooo. Sila cuba.

 Toner

Lepas mandi, mesti aku sental toner dulu kat muka aku. sebab bila kite dah cuci muka dengan pembersih tu, liang pori akan terbuka. So, keje kita sekarang , kena tutup balik itu punya lubang pori okeh. 
Kira toner ni antara benda penting okeh . aku punya toner selalu je cepat habis. Nampak gaya aku memang betul betul sental kan. Toner ni best sebab aku rasa macam tak melekit. Lepas sapu toner, aku biar seminit dua dulu. Bagi kering dan menyerap dalam muka dulu. Jangan terus p sental dengan pelembap ke hape dulu.


Next

Serum

Yang ni pun salah satu fav aku sebab bila tempek kat muka rasa macam muka lembut jeee. Senang nak absorb dalam kulit even texture dia macam cream sikit. Tapi Make sure pakai ni sebelum pakai pelembap. Botol nya kecik, isi dalam pun sikit je. Tapi mampu bertahan lah sampai sebulan.  Yang penting kulit rasa licin. So, memang Highly recommended . Harga ? Lebih kurang RM 22.50.

Pelembap


Ada krim pelembap siang dan krim pelembap malam. Krim pelembap siang aku dah lama habis. Malas nak beli, sudah nyaaa tiap tiap pagi aku sental krim pelembap malam  ganti yang siang punya.hahaha. Dasar malas nak p beli lagi. Asal boleh aku ni. Masa aku nak p beli krim siang ni , stock habis then aku ada rembat shurah qaira. Damn sungguh la. Baru pakai dua kali muka nek jerawat pasir yang kecik kecik tu. Haish. Terus stop. Walaupun rasa membazir. Mungkin tak serasi dengan kulit gamak nya. So far aku suka dengan krim siang & krim malam ni. .

Eye cream

Eye cream ni tujuan dia untuk hapus kan eye bag la konon nya. Tapi aku jarang sangat pakai. Dalam seminggu ada le sekali dua. Sebab aku tak suka texture yang cair sikit kot. Tu yang aku jarang pakai. Bila jarang pakai aku tak tau ler sejauh mana keberkesanan si menda alah ni.

Kaurang ada yang pengguna setia eye cream ni? cer cite sikit bagus ke idokk.


Krim kecantikan

Krim ni aku dah pakai since diploma. Memang bertahun. Tak pernah curang dengan krim lain. Kalau kumpul kan bekas ni, dah boleh buat koleksi. Puas hati je. Kalau tak de cream ni rasa macam tak complete hidup beb. Kalau bb cream tak de aku boleh terima tapi jangan cream ni yang tak de

Then, baru ler apply bb cream.

Bb cream pilihan hati buat masa sekarang. Dah dua bulan lebih bertahan.

Then, settle .


Sekarang ni aku rasa aku kena p terjah krim anti jerawat ni. Untuk simpanan. Tau tau la perempuan. Sekali sebulan mesti hado jerawat punya. Sekali jerawat datang menyerang. boleh tahan hebat dugaan. Terus jerawat batu der. 
macam banyak good review pasal krim anti jerawat ni. apa salah nya kalau give a try kan.


Safi balqis ni dia punya effect ambik masa yang lama cik kak. Kalau rasa nak kulit cantik dalam masa yang singkat , jangan pilih safi. Tapi depends pada kulit jugak lah. Kawan aku pakai tak sampai setahun muka dah cantik gila macam pakai produk mahal, 

Kalau kulit aku pulak, memang jenis yang lembap bertindaaak.hahaha. aku yang recommend kan. tapi orang lain yang flawless dengan safi. .ada sedikit ketensionan di situ. oke lah. Ni bukan entry promote. Just sharing rutin harian aku. 

Sekian.

Babai

Monday, February 25, 2013

Budi bahasa Budaya orang kita

Di sebab kan hari ni hari senin yang maha indah . Aku terpanggil rasa nak membebel pasal budi bahasa orang kita. Nak cakap terima kasih , antara ucapan yang paling senang pun susah ke der nak ucap. 

Contoh. Kau dah tolong jawab soalan dia tak kesah lah through fb ke, email ke, Tak boleh reply cakap terima kasih? Orang dah berbahasa, kita tak menyahut. Kang kalau aku tak jawab. Ada yang jawab kedek la hape . Bukan mintak orang bayar pun bagi kita jawab. Tapi bila orang cakap terima kasih tu rasa lerrr sejuk sikit hati. Ye doook?

Pikir pikir kan laaah.

Adios. 
Hari senin tak boleh bebel panjang. Takut jadi entri makian pulak.

Bai!
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger