Darlings

Wednesday, April 19, 2017

Husband ku suweeet ke sawit?

Hi uolls,
Mood tengah rindu serindunya dekat Mr Razman sebab beliau tengah outstation. PD je pun tapi rasa macam jauh bebenor. Call me clingy wife lah. Pantang laki jauh sikit rasa nak riauuuu. The best partnya, bukan aku je ngado ngado lebih, laki aku pun sama. Tengah tengah malam baru habis meeting balik bilik berindu bagai. Hahaha. Comel sangatkan. Dah jauh ( jauh ke) sikit ni reti ler rindu, cuba dok ada depan mata, memasing sibuk dengan gadget sebab masing masing handle business lain lain. 

Since kahwin ni, aku memang jarang update pasal Mr Razman, either dekat fb or ig. Gambar tu kadang kadang la ada. Bukan tak sayang laki oiiiii. Gila tak sayang laki ku. Cuma kalau dok manjang update laki ku baik , laki ku romantik, laki ku rajin, laki ku sporting, kang ado akk krt dok aim laki aku pulak. Haru biru, nayaaa weh. Biar la ku simpan laki ku diam diam. Tapi sekali sekala datang angin nak mengada tu harap mahap. Baca je la diam diam. 

Mr Razman suweet ke? Kalau sweet ikut definisi budak budak sekolah tu aku tak tau. Tapi sweet definisi aku bila.

  • Gilir gilir jaga anak, aku masak, kau layan anak
  • Anak bangun tengah malam, kau bangun handle & tolong buat susu
  • Anak berak,kau tolong cebok. 
  • Dah makan tolong basuh pinggan (Satu pinggan je tapi buat aku senyum sampai telinga tau dak. Nampak effort kat situ nak tolong ringankan beban bini)
  • Bila aku masak kau makan bertambah tambah

Nak list pepanjang rasa kejang pulak jari. 
Baru nak masuk 3 tahun. Kalau haters or Ms perfect baca, ada la tukang komen dalam hati baru kahwin tak yah dok gebang bajet bahagia sangat. No i m not cik kak.

Kita ada cara cara masing masing untuk appreciate pasangan kan. Setakat post cenggini memang tak dapat nak balas jasa jasa suami kau kan. Tapi, at least orang tau yang kita sentiasa appreciate husband kita even sebesar zarah sekalipun kebaikan yang dia buat. 

Hargai suami selagi Allah izinkan dia ada dengan kita. 
Aku cukup terkesan sampai sekarang ni, sebab ada kawan kawan terdekat yang kehilangan suami dalam tempoh dua tahun ni. Aku pun tak mampu nak imagine hidup tanpa suami. Tapi aku yakin Allah hanya menduga pada hamba Nya yang mampu. 

Oke, nak make it short je.
Sebab ada kerja yang nak kena settle. Next entry kita ceghita pasal pengalaman bersalin ank kedua pulak sebelum aku lupa sepenuhnya. Kasi fair la. Pengalaman bersalin anak sulong ada, so anak no 2 pun kena lah ada jugak an an.

Nah belanja sekeping gambar last year


ok. la. gtg guys
Tata

I m back!

Hi, hi, hi uolls.

Gigih malam hari ketuk keyboard. Entah apa mimpi tiba tiba bulan april 2017 ni rasa tersampuk nak update blog. Rindu ler teww. Tapi memang aku rindu nak blogging macam dulu dulu kala. Latest entry pun tahun 2014. Lama nau aku hibernate dari dunia blog ye dak? Zaman anak sorang, sekarang dah tambah sorang lagi dah pun. haaa bab tu kita ceghita kemudian ya.

Aku confident ramai ramai geng blogger yang tegar dulu pun beralih arah ke fb & Ig je sekarang ni. Tak ramai yang rajin nak menaip weh. Nasib la aku ni dak OM belajo typing dulu dulu kala. Itu yang rajin sikit nak buat come back kononnya. Kalau tidak, kirim salam diangin lalu je la weh.

Tapi sekarang ni cabarannya, Taip satu ayat, anak anak datang raih simpati. Mencabar jugak lah ni. Demi nak buat come back, aku tabahkan hati.

Untuk entry come back ni, kita buat sependek mungkin lah. Kalau ikutkan banyak benda yang aku nak taip. Tapi semua dok dalam kepala diam diam dulu. Nanti ada masa aku start karang panjang panjang.

Ada reader ke nan ado reader lepas ni pasrah lah. Janji boleh update pasal daily life ke. So time bosan bosan baca balik kan kan kan. acah acah online diary gitchu.

ok. gtg

See u guys later.
Tata




 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger