Darlings

Tuesday, November 29, 2011

Kiz Garden yang BEST gila

Lama betul menghilang. Banyak benda yang nak di gebang kan. Tapi tak tergebang. Masa tu jealous betul kat aku. Asal nak update belog aje ada benda yang di buat. Setakat hupdate status kat facebook bulehhh lah.

So, hari ni sebelum aku sambung keje balik, aku nak curi masa kojap. Nak share favorite blogshop. Before this, ada yang pm suruh suggest kan blogshop. P terjah. Memang tak menyesal.

Perkenal kan owner blogshop ni, Kecik. Aku penah review pasal blogshop kecik kat blog ni. Sekarang ni aku refresh lagi. so kaurang boleh lagi menjamu mata okeh.



Nixie Polkadot Blazer ( blue )
Price : RM59.00
Material : chiffon
Size : fit s to m.
*1 available*


Baju  kt Kedai Kiz memang best habis okeh. Cun. Ala ala vintage lagi..

 Andrea Sleeveless Chiifon Top

rm 49
Fit S to L
material : soft chiffon
1. Turqouise - SOLD
2. Mustard - SOLD
3. Dark Grey - AVAILABLE
4. Black - AVAILABLE



 Alani Polka Big Sleeve Blouse
RM39
Fit S to L
cotton.
very vintage & stylo !

 Alexandria Toga Dress only rm45 !
Fit S to M
FREE BELT 

 Andrea Stripe Sleeveless Chiffon Top
rm49
Fit S to L

ELEANOR LONG SLEEVE TEE
RM25
size : S to M
* labuh hingga peha*
FREE TUBE !



  Heidi Tapered Pants
Price : RM49.00
Size  : ( waist - 26 inch, length 84 cm).
Note : Getah di bahagian belakang, strechable.
Cat farish(fabolous cat)'s wife is one of the buyer.
*AVAILABLE*

Cotton Pleated Skirt (black)
Price : RM39.00
Material : Soft Cotton
Measurement : length 34 inch / 60 cm
*available*


 ANGELIKA TSHIRT RM25
Free Size. Fit to L.
Labuh hingga peha.

Yang paling best tau hape. Free delivery. Limited time okeh. Baik kaurang p rembat cepat. Aku sendiri dah rambang mata, Nasib sekarang tengah men saving sikit. Kalau tak, semua nak borong. Sebab taste aku baju baju kat sini.



Kaurang boleh terjah blogshop ni jugak

sebab kat situ banyak kemeja yang kacak kacak. hoho. 

Selamat menjamu mata..

Monday, November 21, 2011

Anything for u Katrina - Part II

Home sweet home budak gemokkk. Alhamdulillah dapat RM100. Harga standard ler teww.
First gaji aku harus lah di invest kan untuk anaknda tercinta. Sampai diri sendiri aku tak reward pun lagi. 
Settle kan parent, Mr Razman & Katrina dulu. Nanti ada lebihan reward lah diri sendiri. Berhabis untuk anakanda dekat 200 jugak lah..

Incoming ni pouch baru untuk Katrina.  Melayang lagi duit. Aku ingat nak ambik satu set aje accesories. Tapi pikir balik takut crowded pulak cage dia. Sebab nanti berduit sikit aku nak beli yang male pulak. kasi dia ada teman. Kesian. Mummy nya busy kojo, Sampai terabai anaknda kesayangan.

 Apo laei, Terkinja kinja dapat cage baru. 

Nanti dah dapat pouch baru, si katrina bertambah tambah eksyen lerrrr. 

Saturday yang so so saje

Hari sabtu kaurang sodap dok berselimut lagi kan. Syok ah, Meleleh air mata ingat bantal kat rumah. Liat benor nak bangun.
Baru ler rasa sendiri bila sabtu pun kena keje. Kerja yang patut nya sampai half day jadi full day. Mr Razman kalau dah kerja memang tak reti nak stop. Bila dia kerja full day, dengan aku sekali lerr ter drag. 

Dalam kepala hotak, terbayang bayang, best nya kalau dapat tengok wayang. Aku ni jenis bangsa, kalau penat macam mana pun kerja 6 hari seminggu, aku mesti nak jugak reward diri aku keluar enjoy. Tapi sorang lagi tak macam tu. Dia rela tidurrrrrrr.

Cerita hari sabtu. Blah dari office pukul 6. Rajin kan diri cari makanan si katrina dekat pet shack. Alang alang dah dekat sunway pyramid, masuk cari present untuk birthday boy sekali. Sebab lepas tu kena attend birthday party anak best friend Mr Razman. Tak kan kau nak p tangan kosong. Dua dua tak reti bab pilih present untuk birthday boy. Pilih toys pun ber jam. Last sekali, aku aje yang decide. Kan senang.

Gambar gambar memang blur habis. Gambar aku ikut mood okeh, Kalau mood tak baik sikit, gambar blurrrr habisss. Hangin kus kus betul minah ni kan.

Birthday bapak dekat dekat dengan anak, so, kira birthday party si bapak la sekali. Yang dok nyala kan lilin tu bf Mr Razman. Membesar sama sama dari kecik, Bila aku tengok anak Si kamal ni, Aku kesian pulak kat Mr Razman. Orang lain dah dapat anak, setahun yang lepas, dia still single mingle.

 Birthday boy. Akil. Baby akil pun moody malam tu. Orang suh tiup lilin dia dok layan tengok kipas kat atas. Neway. Happy birthday akil.

Yang ni pun nak kena caption jugak ke. Dah lama tak ss sorang sorang. Toilet office best sebab ada cermin besar. So pagi pagi boleh siap siap kat sini macam toilet ni bapak kau yang punya.
Cerita hari ahad. Aku tidur sepanjang hari. 
 Mungkin niat nak tengok wayang tu SIMPAN DALAM HATI saja lah.
Tak pun mimpi mimpi saja lah.
 Babaaaaaaaaai.

Friday, November 18, 2011

Dunia kojo

Hello guys. Menyepi kan diri betul kan. Neway, bukan merajuk ke hape. Tapi tak do idea. Tak kan aku nak update pasal kerja ajo sepanjang masa kan. 

Masuk hari dah 18 hari aku masuk alam keje. Sebab aku start keje on 1/11/2011. Tapi tak masuk lah cuti raya, weekend ke hape benda tu kan. 15 november hari tu aku dah dapat first pay sebab dekat sini gaji 2x sebulan, so next gaji 25 november pulak.

Teruja dapat gaji? Agak teruja, sampai rasa sayang pulak nak guna. 

Badan still lemau dengan air cond. Balik keje kadang kadang terus tidur dengan baju keje. Kantoi lah tak mandi kan. Macam semalam, pukul, 930 aku dah tertidur, tv yang tengok aku. Aku ni ada penyakit, kalau tidur awal, mesti liat gila nak bangun pagi. So, aku kena tidur pukul 11 or 12. Baru ler senang sikit nak bangun.

Rutin harian 610 am dah bangun, rush p mandi, semayang & kejut Mr Razman. Dia ni kalau kejut awal pun dia p sambung tidur balik. Dah paham sangat, Kalau lambat , dua dua sekali punch card MERAH. Bagus lerrrrr teww.

Kerja di bawah satu bumbung dengan Mr Razman ni banyak dugaaan tau dak, Banyak mata yang memandang, kena pandai differentiate antara kerja & personal. Satu benda je kau buat salah. Semua orang pandang. Boleh jadi issue hokeh. So, pandai pandai lah berlakon. Nak pulak kerja aku memang relate dengan dia. Lagi la kena pandai pandaiiiiii.

oh, hari tu ada yang tanya aku kerja apa? Kerja aku "customer relation" . Hari hari deal dengan customer. Bosan pun tahan ajo lah. Company bayar gaji so buat je la kerja kauuu.

So far aku tak do lah dapat customer yang fussy gilo gilo. Sebab customer mitsubishi tak do lah banyak songeh sangat kalau nak compare dengan customer proton .

Satu benda lah yang aku kena praktik betul betul sekarang. SENYUM!. kang hado customer tak puas hati sebab muka CR macam cuka. Dah bertambah satu lagi complaint. 

okey lah. nanti aku cuba merajin kan diri hupdate. Weekend may be ada benda best yang nak di gebang kan.babai!



Thursday, November 10, 2011

Dari Kerana Mulut

Aku dah lama nak update pasal ni, tapi tertangguh tangguh. Asal balik keje aje terus pancit. Bukak facebook kojap, then membuta. Kadang kadang lupa nak mandi, terus tertidur. Lagi syok kan.

Dari kerana mulut?

Sebab mulut, banyak benda yang binasa. Silap haribulan badan sekali binasa

Sebab mulut

kau boleh di buang keje

sebab mulut,

Kau boleh di benci ramai

sebab mulut,

boleh mencetus kan pergaduhan

sebab mulut ,

Ikatan kekeluargaan boleh hancur.

Semua.
sebab mulut.

Fitnah pun banyak disebar kan dengan mulut
kau tak puas hati dengan orang kau bercerita dengan orang, tu pun guna mulut.

Macam blogger, mungkin dia salur kan ketidak puasan hati thru blogging, tapi yang tak do blog???

Spread bad word of mouth la jawab nya. senang cerita , mengumpat lah. Weh! kuasa mulut busuk ni hebat tau dak. Boleh porak peranda hidup. Seriously lah aku cakap. Hidup dalam sesebuah komuniti memang perlu kesabaran yang tinggi gileee!

Selagi boleh sabar,
sabar ajo laaaah.

Tapi bagi aku
Bila mulut yang menyampai boleh mengakibat kan fitnah. please lah. Dah tau fitnah tu lebih buruk dari membunuh. so kenapa nak jugak buat fitnah. instead of ko buat fitnah baik lah kau p confront orang tu sendiri. ye dokkkk?

Dosa tak semayang dah banyak, dosa mengumpat orang dah banyak, dan dosa lain lain tu dah tak tertangung, ni kau nak tambah lagi dosa fitnah. hadooooi. Manusia manusia.

Malas nak merepek panjang panjang. Baik aku sambung buat kojo. Babai!

Tuesday, November 8, 2011

Aidil adha di Perantauan lah sangat

Lame tak makan budak.hoho
Pertama kali sambut raya luar dari kelantan memang pengalaman baru. Memang betul lah apa yang orang cakap, raya haji kat kelantan tu meriah . Luar dari kelantan. So so ajo lah. Tak rasa suasana raya pun, kalau rasa pun sat aja lah. Masa aku p semayang raya. Nasib p, kalau tak p, tak rasa terus mood hari raya.

Baju raya lagi lah yilekkk. Tak pikir langsung. Pakai ajo baju raya last year punya. kata tak do semangat raya.

hurmmm

Aktiviti di hari raya?

Lepas balik dari masjid. Terus melangut tak tau nak buat amenda. Buat muka "lonely".
Terus terkenang kampung. Tapi cover lah weh. Takut orang cakap cengeng. Nak je riau bila umi call pagi raya tanya kaba. Tapi tahaaaan. Cover macho beb

Nasib lah Mr Razman ajak p Bahau, sebab adik kesayangan nya nak cari contact lens. Bersinar sinar terus mata bila orang ajak keluar.


Mr Razman, His sister, BIL

Lagi best bila ada orang belanja. Eh, ada ke orang tak suka kena belanja. poyos pos ler teww.

Destinasi meronggeng adalah  pizza hut. Dah lama tak makan pizza. Dah berbulan request kat Mr Razman nak makan dominos, Tapi tak dilayan. Kesian kan.

ultimate cheezy menggoda jiwa. oke lah. Tapi aku tetap prefer dominos.
Bila perut dah kenyang, Mari mulakan aktiviti bergambar. Kekonon foreigner ke bajet bergambar tengah tengah alam tu. hoho
Kak long, Budak cengeng yg tak dapat balik raya, Ecah, Mak, Kak ngah


Kesimpulan. Okeh tiba tiba ada kesimpulan macam karangan bahasa melayu paper 2. eh ye ke paper 2. Gasak gasak.

Raya kat perantauan tak do la teruk sangat, tapi tahun depan aku memang nak chop tiket balik kampung awal awal. apa orang putih cakap. Learn from ur mistake lah! eh ada lah.

Saturday, November 5, 2011

Anythin for u, Katrina

Dari aku layan perasaan sedih tak dapat balik raya, baik lah aku google barang barang yang aku nak beli kat katrina nanti. Seriously. Naik juling rasa mata bila google accesories sugar glider. comel gila. rasa semua nak beli oke..Tapi Fulusssss punya pasal kann. haiyooo. Duit duit. Semua guna duit.

Tapi , benda utama yang aku nak beli sekarang ni. Confirm lah cage 3 feet. Kesian gila oke dekat katrina tidur kat dalam cage kecik tu. So dia pun kurang active, tak pandai nak glide macam glider lain tau dak, dia fobia nak lompat. So macam tak best la kan. Nama nya sugar glider tapi tak reti nak glide. ape cer kan???

See??? Feh. Aku memang tak sabar nak beli cage ni. Tunggu mummy dapat gaji eh sayang.  Mummy hari hari pikir pasal katrina. Sedih tengok katrina asek terkurung. Nak bawak datang office , sejuk gile pulak. So, terpaksa lah tinggal katrina kat rumah ajooo. 
Nasib lah cage ni tak mahal sangat. Nanti kalau dah stable boleh lah beli cage yang lagi besar dari ni. Slow slow lah kan. Then, kena spend duit untuk beli male sugar glider lak. Kasi dia ada teman. Tapi nak tunggu dia umur 8 bulan dulu lah. 

Pinky pinky hokeh. Memang geram sangat sangat.  Haiyooo
this one pun. Kalau dapat ni, lompat lompat agak nya katrina.
Travel cage. Water proof lagi. 

Wodent wheel. Penting jugak bagi sugar glider kuat kan kaki, kasi exercises. Lagi lagi sugar glider yang obes tu kan.  

 Pendapat aku. Untuk orang yang ada ura ura nak bela sugar glider. Please get ready dari segi finance lah. Sebab nak bela sg ni guna kan duit yang agak banyak lah.

Nanti aku buat entry khas untuk makanan. ingat kan nak letak sekali dalam entry ni. Tapi Mr Razman dah ajak balik dah. beboi kaurang. MUaaaaaaaaaaaaaaaaah!




Friday, November 4, 2011

Finally

Jumaat sudah. 2 hari away dari dunia blogging. Bukan takat tak hupdate, blogwalking ke segala jadah semua tak larat nak buat. Balik aje terus cari tilam nak melanding kan diri. Satu badan lemau. Lepas mandi , letak kepala terus blank. Sedar sedar dah pukul 6 a.m. Tidur yang lena gileee.

Ambik masa la kot nak membiasa kan diri dengan dunia keje. Dulu masa aku start practical pun aku amik masa seminggu dua untuk serasi kan diri. Kau tau serasi kan dengan hape? Air cond!. Badan aku memang mengada sikit pun. Dah lama tak dok dalam air cond sejuk sejuk . Direct 8 or 9 jam pulak tu. Mau tak lemau. After 1 weeks, badan dah boleh terima la kot. Hopefully lah.

Nak update panjang pun teragak agak. Bila kat office semua yang kita buat orang pandang. Nak pulak orang baru. So, pandai pandai lah behave. Later2 lah aku kasi entry panjang & berpekdah sikit dekat kaurang.. Bebooooi.

Tuesday, November 1, 2011

Umi

Sayu hati bila hantar umi ke teminal tadi. Tapi buat buat tak sayu. Takut umi serba salah pulak. Sampai rumah, lagi bertambah sayu bila masuk bilik, terbayang bayang umi ada. Ye lah. 3 hari spend masa dengan umi, dok sembang, gaduh dengan dia sepanjang tiga hari. Tiba tiba balik rumah sunyi ajeeeee. 

Masa ni lah rasa nak balik keje kat kelantan aje. hurm. :(

Pagi tadi, bila aku bangun. Umi dah siap basuh baju aku. Hades. Serba salah gila. Dia basuh tangan pulak tu. Terharu gila. Prihatin tak prihatin seorang mak kan. Dia tau baju kurung aku tu tak boleh masuk washing machine, dia rela basuh tangan sebab dia tau sangat anak dia dasar pemalas. 

Haish. Umi aku tak pandai manja kan anak dengan belai belai, tapi dia tunjuk sayang dia, dia tunjuk keprihatinan dia dengan cara macam tu.

Umi letak harapan tinggi kat aku. Dia tak harap aku kahwin dengan orang kaya, dia tak harap aku punya gaji besar melampau, dia tak harap aku beli kan banglo, dia tak harap aku tabur dia dengan duit. Apa yang dia harap, anak dia jadi anak yang kenang budi, Kata umi: Biar lah gaji kecik, tapi ingat jasa mak bapak. Meleleh air mata aku.

Aku terharu. Aku tau. Even aku tak dapat Ijazah kelas pertama. Umi tetap bangga dengan aku, sebab impian dia nak aku ada degree. Masa aku dapat offer untuk further degree, umi lah orang paling happy. Aku rasa , satu kampung dia nak canang. Umi selalu pesan, "Grad on time" tapi masa yang sama, jaga pointer . jangan terbabas bawah dari 3. Nasib umi tak tau yang satu semester aku terbabas. Kalau dia tau , mau lah dia bebel tak cukup telinga nak dengar. haha. 

Tapi tu lah umi. Nature seorang mak, mana boleh di pisah kan dengan membebel kan.

Aku memang tak reti tunjuk yang aku sayang umi. Tapi aku nak umi bangga dengan apa yang aku dah usaha kan. Love u.