Darlings

Tuesday, November 1, 2011

Umi

Sayu hati bila hantar umi ke teminal tadi. Tapi buat buat tak sayu. Takut umi serba salah pulak. Sampai rumah, lagi bertambah sayu bila masuk bilik, terbayang bayang umi ada. Ye lah. 3 hari spend masa dengan umi, dok sembang, gaduh dengan dia sepanjang tiga hari. Tiba tiba balik rumah sunyi ajeeeee. 

Masa ni lah rasa nak balik keje kat kelantan aje. hurm. :(

Pagi tadi, bila aku bangun. Umi dah siap basuh baju aku. Hades. Serba salah gila. Dia basuh tangan pulak tu. Terharu gila. Prihatin tak prihatin seorang mak kan. Dia tau baju kurung aku tu tak boleh masuk washing machine, dia rela basuh tangan sebab dia tau sangat anak dia dasar pemalas. 

Haish. Umi aku tak pandai manja kan anak dengan belai belai, tapi dia tunjuk sayang dia, dia tunjuk keprihatinan dia dengan cara macam tu.

Umi letak harapan tinggi kat aku. Dia tak harap aku kahwin dengan orang kaya, dia tak harap aku punya gaji besar melampau, dia tak harap aku beli kan banglo, dia tak harap aku tabur dia dengan duit. Apa yang dia harap, anak dia jadi anak yang kenang budi, Kata umi: Biar lah gaji kecik, tapi ingat jasa mak bapak. Meleleh air mata aku.

Aku terharu. Aku tau. Even aku tak dapat Ijazah kelas pertama. Umi tetap bangga dengan aku, sebab impian dia nak aku ada degree. Masa aku dapat offer untuk further degree, umi lah orang paling happy. Aku rasa , satu kampung dia nak canang. Umi selalu pesan, "Grad on time" tapi masa yang sama, jaga pointer . jangan terbabas bawah dari 3. Nasib umi tak tau yang satu semester aku terbabas. Kalau dia tau , mau lah dia bebel tak cukup telinga nak dengar. haha. 

Tapi tu lah umi. Nature seorang mak, mana boleh di pisah kan dengan membebel kan.

Aku memang tak reti tunjuk yang aku sayang umi. Tapi aku nak umi bangga dengan apa yang aku dah usaha kan. Love u.

10 comments:

MaiZATuL ASniDA said...

terharu. betul2. love my "mak" too... hehe..

YNA said...

marilah kita menyanyangi ibu kita beramai-ramai.. kempen sayang ibu.. ada ker? ahaha

nurkaloi said...

entry ni wat kaloi ase sedih
huhu rindu mak
padahal smlm baru jerk berpisah ngan mak heheh

hazanis said...

adoiii sedih lak kak lya wat entry mcm nie..humm rindu kat ma di kelantan...sob sob...:(

fatin syamimi abdul rashid said...

no worries . i bet your ibu are so proud with you :)

Zee.Zee™ said...

fuhhh.. rindu ibu kat rumah pulak.. :)

noraliza said...

mak kita pun lebih kurang cam umi lyaa :)

Anonymous said...

Kak baca blog ni ye kak...

................
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/2011/11/memang-ada-masalahnya-dengan-tudung.html

cik kia said...

umi lya mcm ibu kia lah hehe ;)

saharinasaharudin said...

kasih seorg ibuuu.
waaaaaaaaa.rndu la kat mama +____+

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger