Darlings

Tuesday, April 29, 2014

Shopping untuk anak & Ibu

Hari ahad berjaya jugak jejak kan kaki ke baby expo dekat shah alam tu, tapi agak frustrated lah. Dah la baru berhajat ni expo last sebelum bersalin. Sekali tak best pulak.

Kenapa tak best?

Bukan sebab crowded. Crowded tu standard la. Bukan nya private expo yang kita kita je boleh p.Tak best sebab tak banyak pilihan. Harga pun tak de lah menarik sangat. Baby expo sebelum ni lagi menarik. Sebab ada booth pigeon kot. Dalam hati ni dah tekad nak tambah stock barang pigeon.  

Aku syak pigeon tak bukak booth kat shah alam sebab dorang dah join baby expo kat setia city convention this weekend.

Ni yang rasa macam nak pujuk Mr. Razman p hujung minggu ni. Hikhikhik.

Oke.la. malam ni terajin nak review barang barang yang berjaya di beli.


4 packs huggies for RM 125.  Aku pilih yang newborn satu pack. Size s 2 packs & size m. Cukup ler tu stock dulu. Nanti suh papa nya p beli lagi kalau tak cukup.


Then tambah lagi stock tuk breastmilk bottle storage . Harga RM 26 (10 bottles). Plus ziplock. Disebab kan yang 7 oz dah sold out. Ambik yang 12 oz. RM 9 satu. Lepas tu sempat lagi rembat nursing bra brand autumm. Kasi try selesa ke idok dulu.


Tengah usha usha barang sekali jumpa member lama yang tgh buat part time kat salah satu booth. Alang alang jumpa kawan. Usha la apa yang ada kat booth dia. Sekali terbekenan nak beli tuam herba baby ni. Sebelum ni pernah baca good review pasal tuam ni. Harga pun RM 10 je.

Stocking comel ni pun RM 10. Saja nak habis kan duit yang memang tak berapa nak banyak. Setakat tu je la barang yang berjaya di beli dekat Mother, Kids & Baby Expo Shah alam convention centre. Tak larat nak bersesak lama lama dalam tu. Sesak napas iolls.Dengan perangai bapak bapak orang yang tak de consideration towards ibu mengandung. Rimas.

Lepas settle barang baby, agenda cari set bersalin pulak. Kebetulan MIL , SIL dengan husband dia ikut sekali. Lagi meriah proses pencarian. MIL pun ada suggest kan set mak bidan Dherbs, aku tak pikir panjang. P cari terus lah alang alang dah dapat gaji. Decide p Giant Putra Height je, dekat dengan rumah SIL terus.


Dapat harga RM 199.90. Memang terkilan sebenar nya tak survey dulu. Sebab bila tanya kedai lain siap boleh dapat RM 160.  Tapi dah terlajak beli, kena la pasghah menyerah. Anggap rezeki kedai tersebut lah. Menyesal pun tak do guna. Bukan boleh refund pun kan. So, mak mak, sila lah rajin kan diri survey. Jangan jadi macam iolss. Sekarang ni every penny pun berharga.

Last items yang aku beli maternity pads je. Termenyesal sebab baru tau pasal kewujudan pad avail kat blog sheila. Tengok review macam menarik. Nanti nak cari dekat kedai kedai jamu. Kasi try dulu sebungkus.

Dah settle beli barang, makan.Balik rumah SIL then get ready hantar MIL balik. Nanti bersalin kita jumpa lagi ye MIL.

Takat tu je la kisah hari ahad yang super penat. Hemak balik rumah terbungkam!



Saturday, April 26, 2014

Mother, Baby & Kids Expo @ Shah alam convention centre

Sekarang ni tengah berlangsung baby expo ni kan. Planning nya hari ni laaah nak settle kan barang baby. Tapi sebab ada majlis akikah. MIL pun ada sekali hari ni. So cancel planning. Tukar plan esok. Expo ni terakhir sebelum bersalin. Actually ada je lagi baby expo next week dekat setia city convention tu, tapi aku memang tak berapa nak ada daya nak p sana. So anggap je la yang dekat Shah alam convention ni yang terakhir sebelum bersalin khennn..



Mak mak mesti ramai yang serbu ni. Sila tinggal stok pampers tu kat aku sikit. huahua. Jangan p habis kan. Kalau habis nampak gaya nya tesco or giant jugak laa jalan ceghita nya.

Oke la. Entri cinonet je ni. Sebab nak ajak korang sama sama p. Kalau ada yang terserempak boleh ler tegur tegur dak.

Oke mommies. See u there.


Tata.



Thursday, April 24, 2014

Welcome back!

Sebulan lebih sejak cik pearl accident hari tu. Tanggal 18.03.2014. Hari ni dah 24.04.2014. Baru dapat kete. Rindu tok sah cakap lah. Ye lah dah 2 tahun lebih hari hari tengok kete sendiri. Tiba tiba sebulan lebih masuk bengkel. Mau nya tak teringat teringat.

Kenapa lama sangat?

Ntoh lah macam macam lah masalah bengkel ni. Cakap tukar bonet, tapi tak tukar. Repair sajek. Gamak nya dia tengok nama owner dalam sistem tu perempuan. So ada akaiii la nak menipu konon dah tukar bonet. Ini business tak de jujur punya olaaaang!. Nasib laki iolls dengan iolls ni berkecimpung dalam bidang automotive. Even dorang boleh kencing iolss, tapi idok lah boleh kencing laki iolss tu. Sia sia keje automotive kalau kena tipu dengan pentipu macam ni kan.


Tutup je lah cerita. Nak sakit hati panjang panjang pun tarak guna. Benda dah lepas. Cuma Mr. Razman nak pertahan kan hak je la. Kata dah tukar, maka kita tuntut lah bonet baru. Kalau main kotor jugak, kita terus direct ke Etika lah kan. Kita tengok Etika nak bayar ke idok payment tu kalau kita submit gambar before & after. Kadang kadang kena tegas dengan bab macam ni. Kalau tak sampai sudah lah di kencing kan dengan orang sajek.

Nasib jugak lah masa renew roadtax itu hari Mr. Razman suruh letak nama dia as second driver. Kalau tak. Lagi haru jugak nak claim insurans. Lagi complicated lah kata nya. Apa pun, tiap benda jadi ada hikmah kan. Tabah je lah. Janji dah dapat kete sebelum bersalin. 

Terima kasih jugak untuk orang yang berbaik hati bagi pinjam kete selama sebulan lebih ni. Iya lah. Mula mula tu mati akal jugak. Tak kan ler nak meronggeng dengan superbike time perut boyot ni. Kalau motor biasa aku boleh terima akal jugak la. Kalau superbike tu idok laaaaaa aku sanggup. Burok benor!.Plus aku pakai kain sepanjang preggy ni, Guana gaya kalau naik superbike dengan kain? Terselak sampai mana hagak hagak?



Masa time susah accident macam ni la, terus psiko suami, Nanti sila lah beli kereta baru kalau ada rezeki lebih, Gamak nya merajuk tak habis lagi since kete kesayangan dia kena rembat .

Yang dah kena rembat tu, bio lah. Tak de rezeki. Biar yang merembat tu merangkak cari kat padang masyar nanti. Yang penting sekarang, semoga rezeki kami bertambah murah. Amin.

Monday, April 21, 2014

Kepentingan asid folik & Obimin

Aku start ambik asid folik 2 months before kahwin. Biasa lah excited nak mengandung kata nya. asid folik tu aku ambik shaklee punya which is orang dok panggil b complex tu.

Kat dalam b complex tu memang ada asid folik sekali. Dok baca banyak review kan.

So, terpanggil la untuk try. Entry khas pasal shaklee tu nanti nanti lah aku share lepas ni.Hari ni nak bagitau je untuk bakal bakal pengantin yang memang nak anak cepat. Bukan takat berserah tadah tangan jek. at least usaha dulu. Then baru lah bertawakal pada Allah Swt.

Kenapa penting ambik asid folik Sebelum dan selepas kahwin (di awal kandungan)

Sebelum kahwin?

Folic acid  dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

Sumber : blog dr zubaidi

Selepas pregnant (awal trimester 1)

Penting tau Future mom to be untuk ambik di awal kehamilan supaya otak bayi berkembang dengan pesat. Tapi aku hari tu, masa pregnant 8 minggu aku ter stop ambik asid folid sebab muntah teruk kan. Doctor pun bagi ler ubat muntah. Itu ler yang aku telan.



Penting nya asid folik :
  • Mengelak kan kecacatan tulang belakang bayi
  • Mengelak kan kecacatan jantung dan risiko bayi pre mature
  • Memulihkan DNA yang rosak dalam sel
  • Meningakat kan sel darah merah untuk ibu
  • Mengurang kan masalah kecacatan saraf untuk bayi
  • Membina sel sel baru untuk bayi

Obimin pulak?

Aku baru je dapat stok baru untuk obimin masa g check up last week. Doktor bagi 100 bijik terus suruh habis kan sampai lepas bersalin. haaaaa. haru jugak nak telan menda alah ni sebab size dia sama je dengan b complex shaklee cuma cam seram sebab pink color.

Obimin ni boleh ambik bila start masuk 2nd trimester dah. Sebab makin besar baby, makin banyaaaaaaaak lah zat yang baby perlu kan. Nanti kan mak nya pulak yang terkurang zat.


Penting nya Obimin

  • mengandungi vitamin dan mineral penting
  • dos mudah di ambil (sebiji sekali sehari)
  • kos efektif
  • reka bentuk kapsul mudah telan
  • formula baik yang berpegang teguh kepada RDA baru untuk vitamin A dalam kehamilan.



Ada orang cakap obimin yang pink ni tak berapa bagus. aku pun idok la tau sejauh mana . Sebab kadang kadang aku selang seli dengan vita lea Shaklee. Banyak lagi stok shaklee aku . Semua nya gara gara harmon pregnant yang pemalas nak telan pil.. Tapi gagah kan jugak untuk baby.

Tepuk dada, tanya hati. Rasa apa yang terbaik untuk baby & anda.

Oke mommies???









Thursday, April 17, 2014

Lengan pendek Vs Tudung

Aku ada habit yang sangat tak alert dengan lengan. Maksud aku aurat kat lengan la. Even aku tak pakai lengan tiga suku or lengan pendek, Tapi macam terbiasa sangat tersingsing lengan baju sampai nampak aurat yang tak sepatut nya. 

Susah bila jadi manusia yang tak istiqomah ni. Kadang kadang aku terlupa. macam ter alpa sikit. So, suka sangat bila suami or kawan yang boleh tolong ingat kan kita sampai lah kita betul betul jadi istiqomah.

2 3 bulan lepas ada try hand socks. tapi tak istiqomah jugak. Lepas ni nak kena cari hand socks yang betul betul comfy, yang boleh  bikin manjang nak pakai. 

Banyak benda yang buat aku pikir dalam dalam semenjak masuk umur 25 ke atas ni. Banyak termenung pikir benda benda jahil yang pernah aku buat. Bukan senang nak buat satu perubahan yang besar dalam hidup. Kena melawan, berjihad lawan hawa napsu diri sendiri.

Dalam ter alpa, aku masih syukur. Sebab di kurnia kan parents & suami yang dari dulu lagi bagi nasihat " BIG NO TO SHORT SLEEEVES WITH TUDUNG". 

So, kawan kawan, mungkin hari ni mungkin kita boleh buat perubahan kecil. dari pakai lengan pendek, terus pakai lengan panjang bila keluar or bersama dengan orang yang bukan muhrim. Nampak mudah, tapi sebenar nya susah nak buat kan. So, kita berubah slow slow. Memang tak kan ikhlas pada permulaan. Tapi at least kita dah buat satu perubahan dalam hidup kan.


Renungan dan peringatan untuk diri sendiri .

Monday, April 14, 2014

Tudung Bawal ala Yuna bella / mawar fizo gitu

Semalam tengok blog adik comel yuna bella ni jadi viral kan kat facebook gara gara beliau kreatip kan buat tudung bawal pin ala ala tudung fareeda. Dengan aku sekali terjebakk. Maka pagi ni terus semangat nak try. Walau pun tak sekemas adik tu pakai kan. Maklum ler sejak jadi mak buyung ni tahap kreatip tu makin berkurang. Sebelum mengandung dah kurang kreatip lepas mengandung bertambah tambah tak kreatip. Mak redhoooo.

Tak de modal nak bebel panjang-panjang, nak show off gambar je .Ni nama nya update blog secara terkejar kejar. Those yang baru tau pasal kefamousan blog yuna bella ni, sila p terjah link yang aku dah bagi tu. Leh follow step by step ye.


Pasghah kan la tengok aku selfie

Tutorial tersebut boleh di cuba pada yang tak sayang tudung bawal ek. Cam aku guna bawal kangaroo RM 5 jo. So bila nak cucuk pin besor bas pun tak sayang sangat. Sebab memang tinggal kesan brooch tau sebab jarum brooch tu boleh tahan panjang & besor kan. Kalau rasa nak korban kan tudung aidijuma yang mahal tu aku no haaal. Sila kan.

 aidijuma RM10 aku rasa korang redho je kan. hikhik hik

adik bella yang comel. hakak mohon cilok gambar. sebab comel sangat. kemas kan die pakai.

Thursday, April 10, 2014

Food Review : Man Burger Kukus Lava

Selasa lepas kobar kobar nak makan dominos sebab dapat coupon kan. Niat di hati nak ler belanja suami. Sekali dominos yang dekat saujana utama tu sudah tutup, ganti dengan secret recipe gamak nyaa. Sudah nya pusing pusing area SU3 tu cari kedai yang menarik sebab nak masak air nya kena catu donggg.


Pusing pusing sekali macam tergerak hati nak try Burger ni. Dah lama usha tapi tak pernah nak benti makan. Tengok kedai macam menarik.

Main entrance nya
Keluar kete je bau semerbak . Makin tak sabar nak makan burger.

Di ingat kan kedai ni self service. So dah pilih meja tu boleh terus buat order kat kaunter lah. Boleh usha menu menu sepuas puas nya dulu. Yang menarik nya, Siap ada menu untuk daging exotic tau. (daging arnab, rusa, unta bagai) Yang ni Mr Razman la yang order. Dia memang suka bab exotic ni.



So untuk Mr. Razman , burger exotic arnab, aku order Burger patrick special (fatty patty) Beef.
Ni pulak macam signature dekat man burger. MR KRABS

Harga tu bagi aku affordable lah. Tak do lah terlampau mahal. Lagipun makan sekali sekala je. Jemah ni tekak melayu jugak. Tak kuasa der kekdah nak makan burger manjang kan. Sekali sekali ikut tekak yang mengada & alasan malas masak tu oke la.

Si suami ni ada kembar. Hp dia tu kembar dia laah. Manjang hp kat tangan ( macam mengata kat diri sendiri jugak ler ni)
Suasana kedai.


Setakat yang aku usha facebook dorang. Ada dua cawangan.  Area damansara damai & saujana utama. Penggemar burger. Boleh p terjah. Tak rugi. 










Tuesday, April 8, 2014

Masalah keputihan semasa mengandung

Masalah keputihan masa pregnant ni macam dah jadi common pulak. Sebab rata rata mesti mengalami jugak. Tapi jangan anggap remeh lah. 

Keputihan ni berlaku sebab perubahan harmon ibu mengandung tu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat. - See more at: http://hamil.mustaffa.org/panduan-kesihatan-ibu-hamil-bagaimana-mengatasi-keputihan-ketika-hamil#sthash.sirrwhMV.dpuf
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat. - See more at: http://hamil.mustaffa.org/panduan-kesihatan-ibu-hamil-bagaimana-mengatasi-keputihan-ketika-hamil#sthash.sirrwhMV.dpuf

Keputihan yang di jangkiti bakteria or kuman boleh bagi effect pada baby tau. yang aku tau sikit sikit boleh menyebab kan lahir bayi prematang, radang otak, gangguan pada pencernaan baby dan yang  lagi worst boleh menyebab kan kematian. Dulu dulu aku ambik remeh je pasal keputihan ni. Ye laa. Tak cukup ilmu di dada kan. Ingat kan masalah biasa biasa jee.


Cara mengatasi?

Sila lah p jumpa doktor yang bertauliah ye mommies. Jangan pandai pandai p cari ubat sendiri dekat farmasi. Refer pada yang pakar. Dr zubaidi pun pernah update kat blog dia yang ubat yang dekat farmasi tu dorang jual secara tak terkawal. Baik lah kita bertanya pada yang pakar dulu. So that, doktor boleh bagi antibiotik yang sesuai. Sebelum tu kalau kita ada keputihan yang teruk berserta demam, doktor akan buat ujian darah & air kencing. Biasa nya doktor akan bagi ubat untuk di insert kan ke dalam faraj. Seram lak aihhhh .


Update sekadar berkongsi info. Untuk details. Kena lah pandai google & gali ilmu. Lagi paham kalau kita cari sendiri.

Happy reading mommies.

Saturday, April 5, 2014

Perempuan, Handbag & Passion

Manusia yang pernah dok dengan aku, kenal aku mesti tau yang aku gila handbag sikit. Tak pernah rasa cukup dengan handbag. Dah beli satu, nak dua, lepas tu nak lagi dan lagi. Bab branded ke tak branded tak ada aku nak kesah sangat. Kalau dah cantik sangat kat mata tu, memang perasaan membuak buak. Handbag paling murah pernah aku rembat RM 10. Tapi condition tip top. Orang confirm tak caya punya lah harga RM 10 jek. 

HANDSOME LAHAI MK NI
Antara koleksi handbag kesayangan ? ,handbag cap sogo, cap korea, Mng, charles & keith, carlo rino, guess, coach, long champ, Burberry . Memasing aku sayang tak kira harga mahal ke murah. Yang paling aku suka lenjan birthday Pressie dari Mr. Razman 2 tahun lepas. sebab senang nak sumbat barang then boleh jadi sling bag sekali.. Sekarang bag tu dah hampir uzur. Ada rembat satu handbag ala ala gitu , brand Mng jugak. Tapi feeling nya tak sama lah dengan birthday pressie. Mungkin kena request baru lagi kan. Request Mng lepas la kot. Kalau request celine mesti kena reject punya. haha. dah tau sangat. kata nya " Handbag sayang dah banyak".

Tangan pun asyik dok gatal je dok scroll usha handbag kate spade, MK, celine. Usha tuk jamu mata. Sebab sekarang budget lebih pada nak sambut anak tercinta. So ubat lah hati tengok gambar dulu. Mana tau lepas ni rezeki anak mencurah sangat, boleh mama reward diri dengan handbag baru pulak kan. Lagipun last time beli handbag tak silap aku awal awal kawen hari tu. Kira hebat lah ni berjaya tahan napsu berbulan bulan kan.



Friday, April 4, 2014

33 Weeks and still counting

Pengalaman 3rd trimester agak mencabar sebenar nya untuk m2b yang newbies ni. Nak nak lagi untuk aku yang tak boleh sharing pun pengalaman dengan adik beradik. Tengok kawan kawan aku, at least dorang ada kakak or adik yang dah ada anak, pernah tolong jaga baby. Aku dukung baby yang newborn pun belom pernah tau. Sebab badan baby lembik sangat. Tak berani weh anak orang. Anak sendiri nanti, kena lah berani kan diri jugak.

3rd trimester mencabar sebab dah mula tido tak lena kan. Permulaan untuk perubahan waktu tido. Proses penyesuaian bermula lahni sebab ikut pengalaman orang yang ada baby, tido malam memang tak lena punya. Mata panda jawab dia. Tapi untuk ibu mengandung, susah nak tido sebab panas yang amat. Even aku baru lepas mandi sekalipun aku akan on kipas no 4 or 5 berserta air cond sekali. Dasat kan. Ingat conquer kipas je, air cond sekali on. Itupun rasa tak selesa jugak.


Sekarang bila masuk 33 weeks, aku kerap muntah balik. Muntah kalau lambat makan sikit jeek. Tak boleh biar lapar sekejap. Kalau sebelum ni boleh tolak ansur lagi. Sekarang no more. Bfast pukul 9 or 10 dah makan yang heavy, pukul 12 pm dah start lapar, padahal selang masa antara pukul 11 am tu aku ada lah jugak makan biskut ke roti. Tapi masih tak boleh handle lapar. Rasa macam kronik pulak tahap kelaparan ni. So tabah kan hati tunggu lunch hour.

Lunch hour makan, pukul 3 or 4 melantak lagi apa apa yang boleh di makan, tapi pukul 5 lebih tu dah mintak nasi lagi. Rasa nak nangis laju laju sebab tak boleh handle perasaan lapar . sebab nak tunggu sampai rumah tu confirm la pukul 6 or 7. nak masak lagi. Lapar!

Newly mommies to be macam tu jugak ke ataupun aku je yang hover lapar macam ni bila masuk 33 weeks. Tau baby makin nak membesar lagi. Tapi rasa macam seram jugak takut terlajak ke 4kg. Masak mak hooooi.

Sekian lah korang baca luahan hati plus pengalaman orang yang pertama kali mengandung. Semua benda dia rasa curious. Meh share pengalaman meh.


 

Thursday, April 3, 2014

Tandas Awam Vs Typical Malaysian

Tandas awam ni main kan peranan penting jugak tuk ibu ibu mengandung. Ye laa. asal keluar jek, kejap kejap cari toilet. Pantang sejam sekali. Itu yang kadang kadang malas bebenor nak keluar. Pikir nak kena guna tandas awam. Bukan apa senah oiii. Kalau toilet dekat mall yang besor besor tu okay la gamak nya condition tandas. Tapi kalau mall yang kecik macam space u8. MasyaAllah. Nak ceghita pun terbayang bayang kat ruang mata. Spesis yang p space u8 mall ni kebanyakan jakun ke hape.
gambar credit to google lah.
Kalau guna tandas awam, sila lah semat kan di dada tu yang tandas tu milik awam. Bukan hak mak bapak kita. Kalau guna tandas cangkung, maka cangkung lah, kalau guna tandas duduk tu duduk lah, yang suka benor bertenggek tu apa hal la. nak bertenggek tu bertenggek lah. Aku tak kesah kalau mangkuk toilet tu pecah dua ke apa, yang aku kisah tapak kasut yang orang dah pijak kat mangkuk toilet tu. haiyooo. 

Jenuh dah aku rasa management dok tempek gambar ni dalam toilet. tapi tak do function. Macam gambar perhiasan semata mata.



Ntah najis amenda la orang dah pijak, lepas tu p tinggal kesan kat situ. Pengotor amat lah. Pikir diri sendiri. Memang tak de kesedaran langsung. Kot ye kalau ada hati nurani. tolong le lap balik tapak kasut tu. Hish. Hazab betul layan perangai orang yang kurang bermoral macam ni. 

Tiap kali aku p space u8 mall, memang sedia kan lah tisu bebanyak dalam handbag. Kalau tak, nak lap dengan apa, sanggup tahan kencing or sanggup tala je duduk atas tapak kasut mereka mereka yang tak bermoral ni?? Pilihan kat tangan anda lah.


Jangan sampai mangkuk toilet tu pecah dua , kasi balasan cash dekat mereka yang memang kurang moral ni.
Jangan sampai jadi macam ni baru nak nyesal!

Mahap lah kalau ada yang tersinggung. Tapi tepuk dada tanya hati. Patut ke tak patut kita jual ikan macam tu. Kalau toilet rumah korang. Buat lah. Sebab hak milik korang. Tapi bila melibat kan public toilet. 

Show some respect!

Renung renung kan.

Wednesday, April 2, 2014

Shopping Barang baby

Ahad lepas aku berjaya jejak kan kaki ke Marrisa shoppe yang dekat seksyen 20 tu. Sebelum ni dok follow dorang dekat Instagram jek. Sebelum p tu aku dah list kan barang barang yang nak kena beli supaya tak over budget kan.

Antara yang aku list :

  • Warmer
  • Tropica Baby herbal
  • Breastmilk bottle
  • Laundry detergent
  • Grooming set



Tapi yang tak terbeli nya gromming set. Terlupa. Sebab aku dah terbeli thermal travel bag. So budget dah lari lari anak kat situ.



Then aku apply member kad sekali. Nanti kalau ada promotion, Boleh dapat 50% diskaun. Bayar RM10 je untuk apply kad ni. Then dia bagi balik dalam bentuk voucher time birthday kita. So tak rugi pun. Untung ada laah. Tapi make sure kena p shopping laa time ada sales tu.



Total damage : RM341.50.

Phewwwww. Nasib lah dah kira siap siap so tak de lah terbuntang sangat bijik mata nak buat keluar duit dari purse. Itupun nasib baik barang barang yang aku beli tu ada diskaun 10 %. Kalau idok lagi mahal la jawab nya.


Mommies yang berminat nak p boleh lah. aku kasi alamat sekali

Marrisa Shoppe
NO.7A, Tingkat 1 pusat perdagangan suri puteri, seksyen 20
40300 shah alam.

Landmark : tak jauh dari Kpj shah alam dah. ke depan sikit je

Hari khamis pulak. Dok survey car seat . Tergaru garu kepala mana nak dapat car seat yang harga affordable. Tengah ada duit ni, dari aku dok melabur dekat benda yang tak sepatut nya. baik lah aku beli siap siap. Lagipun nanti akan travel balik kelantan lah, balik n9 lah. So better lah ada car seat ni tuk simpanan.
tak dapat car seat yang sebijik sejibun macam dalam gambar. tapi nasib dah letak disclaimer siap siap yang color or weight may be different due to available stock. so redha je laaa.
Then dekat fb ada akak suggest suruh usha lazada. Kemain semangat aku p usha. Tengok ada brand sweet cherry yang murah murah. So rembat je la. Di sebab kan budget ada lebih sikit aku rembat sekali milk storage ziplock bag  tu. Harga pun tak de la mahal sangat 2 kotak dapat RM20.60


Dalam masa beberapa hari, beratus ratus habis. Pasrah menyerah sebab mama pun tak shopping lagi tuk diri sendiri. Takat reward diri sendiri dengan makan jeeek. Ok la tu dari tak dapat apa apa kan.

Next target : Baby cot pulak. Orang cakap tak guna sangat. Tapi aku nak jugak.