Darlings

Tuesday, April 8, 2014

Masalah keputihan semasa mengandung

Masalah keputihan masa pregnant ni macam dah jadi common pulak. Sebab rata rata mesti mengalami jugak. Tapi jangan anggap remeh lah. 

Keputihan ni berlaku sebab perubahan harmon ibu mengandung tu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat. - See more at: http://hamil.mustaffa.org/panduan-kesihatan-ibu-hamil-bagaimana-mengatasi-keputihan-ketika-hamil#sthash.sirrwhMV.dpuf
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat. - See more at: http://hamil.mustaffa.org/panduan-kesihatan-ibu-hamil-bagaimana-mengatasi-keputihan-ketika-hamil#sthash.sirrwhMV.dpuf

Keputihan yang di jangkiti bakteria or kuman boleh bagi effect pada baby tau. yang aku tau sikit sikit boleh menyebab kan lahir bayi prematang, radang otak, gangguan pada pencernaan baby dan yang  lagi worst boleh menyebab kan kematian. Dulu dulu aku ambik remeh je pasal keputihan ni. Ye laa. Tak cukup ilmu di dada kan. Ingat kan masalah biasa biasa jee.


Cara mengatasi?

Sila lah p jumpa doktor yang bertauliah ye mommies. Jangan pandai pandai p cari ubat sendiri dekat farmasi. Refer pada yang pakar. Dr zubaidi pun pernah update kat blog dia yang ubat yang dekat farmasi tu dorang jual secara tak terkawal. Baik lah kita bertanya pada yang pakar dulu. So that, doktor boleh bagi antibiotik yang sesuai. Sebelum tu kalau kita ada keputihan yang teruk berserta demam, doktor akan buat ujian darah & air kencing. Biasa nya doktor akan bagi ubat untuk di insert kan ke dalam faraj. Seram lak aihhhh .


Update sekadar berkongsi info. Untuk details. Kena lah pandai google & gali ilmu. Lagi paham kalau kita cari sendiri.

Happy reading mommies.

13 comments:

ada mokhtar said...

thanks for sharing.... mmg tgh ada masalah keputihan melampau skrg ni.. then boleh pulak buat dek je kan.. tiba-tiba baca entry u ni baru perasan lately ni asyik demam... okey kena ambil serius ni.. tq :)

Cik Hani said...

nice entry..
tp perempuan yg belum bkhwin pun kerap mengalami mslh keputihan.

Farah Shahidah said...

lyaaa !!tak sabar nak tgok lyaa junior .hehehe

Ayu said...

keputihan mmg bhya especially klu kita preggy...takut2 bacteria goes to baby...apapun,take care ye dear...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

thanks for the info.. tau la lps ni nk smbg ngan bini2 klu ada masalah ni.. :)

Unknown said...

haah...makin menjadi2 lak sekarang ni..tapi baru tau kite tak boleh pakai feminin wash tu sembarangan..T__T

Nursaila Norman said...

memang kena berjaga2..tiap kali check up dgn swasta doc akan tny keputihan mcm mana, ok atau x? so far alhamdulillah..takde. tp kalau dgn KK nurse x pernah tny pun.. hurmmm,takkan diorg x kisah kot kan? huhu

ma ❥ said...

kalau pregnant ni apa2 masalah baik rufer doctor terus takut ada effect pada baby

Unknown said...

2 kali hamil,belum pernah alami masalah ni..ada kawan dulu dia pnya keputihan sampai dia tak senang duduk.katanya rasa merenyam2 gatal.dia tak tahan dia beli air gamat dan kerap sapu.lepas tu gatal2 tu dah tak de.keputihan tu tetap ada la.sampai ngandung kali ke 4 pun macam tu jugak.memang sebab hormon la puncanya.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lyaa. sheila pun ada sikit2 keluar ni. tak selesa betul. hehe singgah menabung sini~~~

suezen said...

yes ... jumpe doc lg bgs....jgn suke2 pki ubat kt pharmacy...sebab kita x tau brape dos yg we needed...

Mimie said...

Time pregnant memg de yg dpt mslh nih...one of my frens de yg keputihan kuar kaler ijau. Skang dh ok

Unknown said...

sy takde alhamdulillah.. cuma kalo boleh tinggalkan minum ais..kwn2 sy yg mostly takde problem discharge dorang jarangggg minum ais..