Darlings

Thursday, April 24, 2014

Welcome back!

Sebulan lebih sejak cik pearl accident hari tu. Tanggal 18.03.2014. Hari ni dah 24.04.2014. Baru dapat kete. Rindu tok sah cakap lah. Ye lah dah 2 tahun lebih hari hari tengok kete sendiri. Tiba tiba sebulan lebih masuk bengkel. Mau nya tak teringat teringat.

Kenapa lama sangat?

Ntoh lah macam macam lah masalah bengkel ni. Cakap tukar bonet, tapi tak tukar. Repair sajek. Gamak nya dia tengok nama owner dalam sistem tu perempuan. So ada akaiii la nak menipu konon dah tukar bonet. Ini business tak de jujur punya olaaaang!. Nasib laki iolls dengan iolls ni berkecimpung dalam bidang automotive. Even dorang boleh kencing iolss, tapi idok lah boleh kencing laki iolss tu. Sia sia keje automotive kalau kena tipu dengan pentipu macam ni kan.


Tutup je lah cerita. Nak sakit hati panjang panjang pun tarak guna. Benda dah lepas. Cuma Mr. Razman nak pertahan kan hak je la. Kata dah tukar, maka kita tuntut lah bonet baru. Kalau main kotor jugak, kita terus direct ke Etika lah kan. Kita tengok Etika nak bayar ke idok payment tu kalau kita submit gambar before & after. Kadang kadang kena tegas dengan bab macam ni. Kalau tak sampai sudah lah di kencing kan dengan orang sajek.

Nasib jugak lah masa renew roadtax itu hari Mr. Razman suruh letak nama dia as second driver. Kalau tak. Lagi haru jugak nak claim insurans. Lagi complicated lah kata nya. Apa pun, tiap benda jadi ada hikmah kan. Tabah je lah. Janji dah dapat kete sebelum bersalin. 

Terima kasih jugak untuk orang yang berbaik hati bagi pinjam kete selama sebulan lebih ni. Iya lah. Mula mula tu mati akal jugak. Tak kan ler nak meronggeng dengan superbike time perut boyot ni. Kalau motor biasa aku boleh terima akal jugak la. Kalau superbike tu idok laaaaaa aku sanggup. Burok benor!.Plus aku pakai kain sepanjang preggy ni, Guana gaya kalau naik superbike dengan kain? Terselak sampai mana hagak hagak?



Masa time susah accident macam ni la, terus psiko suami, Nanti sila lah beli kereta baru kalau ada rezeki lebih, Gamak nya merajuk tak habis lagi since kete kesayangan dia kena rembat .

Yang dah kena rembat tu, bio lah. Tak de rezeki. Biar yang merembat tu merangkak cari kat padang masyar nanti. Yang penting sekarang, semoga rezeki kami bertambah murah. Amin.

1 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lyaa, haa sebulan masuk bengkel? bertabahnya menunggu kan. bab repair kereta ni, lelaki mesti tahu sedikit sebanyak kan. suami sheila boleh repair sendiri sebab dulu dia pernah jadi runner jual barang kereta. hihi singgah menabung clinique.. take care mommy ~~~

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger