Darlings

Thursday, July 13, 2017

Parents tak reti jaga anak?

Sejak naik pangkat jadi mak, entry pun berkisar pasal parenting, anak anak, rumahtangga je la uolls. Topik hangat dekat facebook lately kan. Masing masing dok bertelagah pendapat diorang betul. Haish. Apa yang dok kalut sangat la. Dah namanya manusia, adik beradik kembar pun belum tentu sama pendapat inikan pula parents A dan parents B kan.

Baru baru ni dok hangat pasal statement chef wan yang ibu bapa tak reti jaga anak masa bertandang ke rumah orang. Masing masing butt hurt kan. Mau tak butt hurt weh. Aku ler salah sorang tu. Raya baru baru ni, macam biasa la kalau balik kelantan, agenda wajib adalah ziarah menziarah rumah sanak saudara. Turn rumah ke 5 jatuh pada rumah arwah atuk aku, walaupun atuk dah tak ada, tapi aku still ada nenek tiri, mak cik pak cik yang masa raya lah boleh jumpa masing masing. Nak dijadikan cerita, masa aku dan Mr Razman sibuk dok leka makan mee bandung, terlepas pandang si lasak alana rose tu buat apa. Dia ni memang suka pegang semua benda tau. Nak dijadikan cerita dia gatal tangan g petik bunga plastik dalam pasu. Gamaknya nak ambik tapi tak sampai so dia acah tarik, sekali dengar bunyi benda pecah. Berkecai bahagian atas pasu, berkecai jugak hati mama ni nak oi. Panik sebab pasu rumah orang kot! Padan muka mama papa kan sebab lalai sangat. Mendapat malu.

Kalau aku p mana mana memang mulut aku bising, "alana jangan pegang tu, alana jangan ambik ni, alana jangan panjat, alana turun sekarang, alana jangan buat abang! " . Yesza sampai rasa sakit tekak, exhausted sebab manjang dok pekik. tak ada niat nak jadi parents yang halang anak anak dari being creative, active or whatsoever beb, tapi mengenangkan kita berada dalam rumah orang, kalau jahanam harta benda orang , siapa yang menjawab, tuan rumah memang cakap tak apa la, ala budak budak. tapi dalam hati mesti rasa kuciwaaaaa jugak. Respect tuan rumah.

Mama redha je la dua kali pecah dalam bulan yang sama. sekali apaknya yang buat, sekali anak perempuan bertuah yang buat
Kalau kat rumah sendiri, most of the time aku biar je. Nak panjat pagar, nak panjat kerusi. haaa panjat panjat sampai korang rasa bosan. Tapi bila dekat rumah orang, bila dekat mall, senang cerita dekat luar, nak tak nak mak kaurang kena jadi singa, mulut kena mengomel non stop bagi mengelakkan peristiwa pasu pecah, gelas pecah berulang, tambah satu lagi, berlari sana sini macam pelesit bak kata chef wan.
Nasib wujudnya safety harness ni, Dapat lah ringankan beban sikit.
 So, nak tanya la. anak anak korang behave gila ke kalau kat luar? Kalau behave dan mendengar kata alhamdulillah. Rezeki Allah bagi tu. Tapi jangan mendabik dada dan condemn orang yang anak anak super lasak ni. Dah berbuih mulut tegur cara baik, marah, tinggi suara, semua aku dah try. Tingal last sekali aku dah tak mampu nak marah, mampu tahan marah dari meletup je. Kadang kadang sampai aku hang, tengok je anak anak buat apa. Orang cakap macam tengah reboot system.


Tengah tidur rasa geram nak cium, tengah melasak rasa geram nak cubit. grrrrrrrrr
Sekarang ni. Nak cuba didik hati jangan jadi manusia yang pemarah sangat even banyak kali terbabas tapi masih lagi mencuba.

Aku doakan semua parents yang ada anak anak lasak ni mampu bersabar.

Best of luck!

8 comments:

E'in said...

awekkk biase laatu.. bebudak tengah nak membesar.. memang laa aktif.. kite lagi risau kalau anak tu lembeeeeeeeeek je tak aktif..

macam ecad nie baru dapat kaki, memang penat gile laa.. huhu.. cume kat rumah orang tu takde pulak die nak capai itu ini.. cume capai makanan je.. haha

NorHaFydzah said...

kan..? i pun nak cakap statement CW tu agak melampauuuu! tapi tengok situasi la kan.. ni anak kita baru 2 tahun..kalau anak yang gatal tangan tu dah umur 7-8 tahun.. merayap sesuka hati kat rumah dorang..parent make dunno even tegur pun x de.. tu memang tak patutla kan.. ni anak kita baru umur 2 tahun. of course la rasa nak explore semua benda tu agak berkobar-kobar kan.. semua benda dia nak tengok.. tapi kita tak de membiarkan.. duk ikut je ke mana dia ergi.. itu jangan..ini jangan.. but still mencuba la melarang sedaya yang boleh. tahap dah malas.. ajak balik je senang.. sedih kalau kecam anak kita cenggitu. rezeki u olls la dapat anak yang duk diam je.. ujian dan dugaan buat kita yang anak tak rerti duk diam.. hehe sabar ye mumy.. jangan putus asa berusaha mendidik dan jangan putus doa buat anak kita

#nasibkitaserupa

Nina Mads said...

chef wan bg pendapat tp bab dia ckp tu ada betol especially dtg ke rumah sepahkan rumah org sbb tiap kali raya situasi sama. harap parents bertabah la.

kak ell said...

macam-macam perangai anak kan, syukur dapat tengok anak membesar depan mata ni

kak ell said...

macam-macam perangai anak kan, syukur alhamdulilah dapat tengok anak membesar depan mata

Indah Mulya said...

Hi kak lyaa! Dh upgrade jd supermom ni!! Anak2 kak comel2 smua. Lm btol ler xmlawat blog kak..smoga kak n family sihat smuanya 😊

شركة المثالية said...


شركة تنظيف منازل بالخبر

Akmal Farabi said...

bagus artikelnya..

sangat bermanfaat