Darlings

Tuesday, January 31, 2012

Unfriend sudah. Senang ceghita

Konon konon rajin malam ni update. Tapi tak tau nak mula ayat macam mana. So, aku mula kan dengan konon konon. Padahal setengah jam cari idea. ape kebenda aku nak taip ni.

Ni takat random hupdate je la.  Reader belog ni bukan saje terdiri dari kawan kawan, tapi musuh yang diorang declare sendiri pun ada baca. Erm, pendek kata manusia ni, orang yang dia tak suka lagi dia nak ambik tau kan. Agak nya, Size bra orang tu pun dia nak ambik tau gamak nya la kan.

Macam kisah add meng add kan facebook. Aku memang simply je approve. Malas nak berkira. Tak berprivasi sangat pun facebook tu. Tak do lah nak kesah sangat. Tapi yang aku kesah tau hape. Kau add aku, lepas tu kau nak cakap belakang, " Hidup ni simple. Hari ni kau bercerita dekat orang. Esok lusa, sampai lah benda yang kau dok ceghita tu. Amacam? Best tak bila tembelang pecah.

Aku nak menyenang lagi kerja orang macam ni. Aku kelik button "unfriend". SETTLE. Hikmah dia apa tau. Takde lah bertambah dosa dia. Niat baik nak kurang kan dosa dia. So, cukup sampai disini. Aku pun tak mau lah dok tambah lagi dosa menyakit kan hati tengok profile orang macam ni. Lenyap dari pandangan mata. Perfect!

Masa untuk golek golek. Good nite .

Thursday, January 26, 2012

Terlupa muhasabah diri

kadang kadang hidup kat atas,
kadang kadang kat bawah
Masa kita kat atas,
kita alpa
lupa dengan kesenangan dunia.
Lupa dengan akhirat

Aku pun.
Selalu hanyut dengan dunia semata mata

Buka pintu hati aku untuk terima kesusahan hidup sebagai dugaan dari Allah
Sabar kan hati aku dengan fitnah, hasad dengki Manusia,
Jauh kan aku dari hasutan manusia Pendusta
Pelihara aku dari segala macam bencana,
amin.






Monday, January 16, 2012

Sesuai ke saya pakai mini skirt?

Orang cakap pakaian tu mencermin kan keperibadian kita. Betul ke? Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh kan.

Last week ada yang cakap kat aku. Biasa Orang pegang jawatan Customer Relations ni pakai skirt. Aku speechless.  Terdiam aku kojap. Tapi aku tau. Niat dia nak cakap, bukan tanya.

Jawapan aku senang aje

"Jiwa aku bukan jiwa seksi. May be sebab  aku orang kampung. aku tak reti pakai mini skirt. "

Mungkin aku ni kampung sikit, tak pernah kenal skirt pendek. Tapi aku rela orang panggil aku kolot , orang pandang sinis . As long as aku pakai apa yang aku selesa & tak menjolok mata. 

Aku kerja , nak cari rezeki halal. So, biar lah aku buat dengan cara yang betul. 

Aku bersyukur masih punya parents yang ambik berat cara aku berpakaian. 
Aku bersyukur masih punya Mr Razman yang sentiasa tegur kalau baju aku tak elok pada pandangan mata dia

Wednesday, January 11, 2012

Wedding lagi

Hari tu rombongan ke teganu, kali ni dekat dengan kampung melayu subang pulak. so enjoy da picha. Malas nak mencarut panjang panjang.











adik beradik hottt
rilex je p wedding pakai selipar jepun. sempoiiii.
si pengapit ni tengah mencari calon. Sapo lah gadis malang tu.hahahha. sorry bro!
sleeveless dress yg di rembat masa rombongan ke teganu. oke, tau kat sini bersepah sini dress macam ni, tapi saja gedik nak kenangan dari teganu


last sekali. dengan penantennnnnn yang hijoo. Tahniah kak ina.

Thursday, January 5, 2012

Duit oh duit

Kerja penat penat mesti lah sebab duit kan. Kalau tak, baik lerrrr silang kaki senang lenang kat rumah. Habis kan duit mak bapak. 

Zaman sekarang ni pulak, gaji beriban pun belum tentu cukup nak tampung hidup dekat bandar. Masa ni lah rasa nikmat dok kampung sendiri. Duit sewa rumah tak payah bayar, balik rumah mak dah masak siap siap, tak habis duit balik kampung. 

Tapi

Aku tak menyesal pun dengan keputusan aku untuk kerja sini. Cuma kadang kadang tersangat lah rindu suasana kampung,

Bila aku dah pilih kerja kat shah alam ni, banyak lah kena sacrifice, Monthly bayar sewa yang boleh tahan tapi puas hati sebab rumah selesa plus cantik lah pada pandangan mata aku.

Okeh, lepas di cat baru nampak ghupe ghumah.

Settle pasal bayar duit sewa rumah, pikir bayar benda lain. aiyooooyo. Betul la cakap mak mak, Kau dah kerja baru lah tau betapa sayang nya nak keluar duit. Sayu tengok duit mengalir macam air, bayar tu bayar ni, Nasib lah tak tinggal negative. Boleh lagi lah nak menyoping sikit sikit.

Mr Razman yang gaji 3x ganda setengah dari aku pun aku tengok kojap je duit nya habis. Ermm cepat habis tu sebab dia pemurah sangat. haha.  Semoga lepas ni awak murah rezeki lagi yeaaaa sebab kita ada misi tertangguh lagi ni.

 Ermmm, duit oh duit!



Hari ni 5 Jan.  So ada 10 days to go. Sabor je lah. 
Sila lah belajar berjimat cermat.


Tuesday, January 3, 2012

Trip to Terengganu Part II

Rombongan ke Teganu ni bukan tujuan penyopingan semata mata, Tapi rombongan penanten. Kali ni Sepupu Mr Razman yang kahwen. 

Journey ke Teganu rasa tak do jauh sangat pulak, may be sebab jalan ke teganu syok kot. Ada pepantai, negeri yang sangat cantik kan. Kalau balik kelantan pulak, lalu raub bagai tu, gua musang lagi tu, tidur bangun tidur bangun balik 44 kali pun rasa tak sampai sampai lagi. Kiri kanan hutan der! 

Nak pulak, aku ada penyakit, masuk kereta aje, terus rasa macam makan ubat tidur. Mata lalok lalok. Mintak tidur, Errrk jawab nya 10 minit kereta jalan, aku dah selamat belayar. Syabas. Sebab penyakit suka tidur ni, aku memang susah ingat jalan, even 400x lalu jalan yang sama. Sedih kan. Budak sekolah rendah pun lagi expert pasal jalan dari aku.

Tengok gambar nak? Kalau tak nak sila bersurai sekarang. Heh.
 
Eh penanten lelaki lerrr.
Okeh fine. muka dengan bola lebih kurang. 10 minit kemudian aku tarik tudung ke depan laju laju.

Mr Razman, LS ( memang poyo habis pun nak kenal kan diri sendiri), Mak uda, Mak tam, bang fahmi, Mak  yang tengah gelak besar. amboi mak, Aiza , Izad. Big family. eh ni baru suku . Yang len tak muat camera.
Mak awak pun mak kita kan. Duadua pun sayang.
Kampung Penanten Kampung pujuk. Comel sangat nama kampung.
 
okeh last last baru ada penanten. heeee. Tetap hado kan.  Selamat berbahagia
P Teganu kejap aje, So tak sempat nak dating dengan kesayangan kesayangan sekalian dkt Teganu. Dear Nurulbadiah, cik Kazmira, Nani . Next time kita ngedate eh.

Beredar untuk mandi. Yea, aku tau. Memang buruk perangai sikit. Pukul 11 baru nak mandi.

Babai!

Monday, January 2, 2012

Jom Jalan jalan Kelate

Balik kelantan nye lama sudah. End of november hari tu, Tapi saja peram lama lama tunggu gambar dari Kak long Mr Razman. 

Berjaya lepas kan rindu tengok umi papa kejap. Janji balik kan. Thanks sangat pada family Mr Razman. Kalau tak, entah bila lah boleh balik. 
Odw to Pengkalan Kubor. Nasib dah tak banjir

Memang tak plan langsung pun nak balik hari tu, last minute punya plan. Hari ni plan, esok balik. Memang terbaik. So, boleh bawak mak Mr Razman jalan jalan. Merangkap, Kak long & husband sekali.

Layan kan gambar.

Shopping shopping di Pengkalan Kubor

Tiba tiba aku rasa aku pun pelancong. hek eleh kan. Sebab ni firt time aku masuk muzium kelantan. Ishkk iskh

Berjalan jalan tanpa high heels or wedges memang heaven kan. Bahagia je  kaki aku
Melantak time. Sodap betul makan ramai ramai.
Muka kekenyang lepas makan. Feh. Layan mata seh
















Kesayangan yang sayang sangat sangat sayang!
 Balik dari Kota bharu, Singgah lepak @ Chalet Sri Cerana dulu.Aku nama je dok dekat dengan chalet ni, Tapi setahun ada la dua kali aku datang lepak.

Tak berapa berminat agak nya kalau tempat sendiri. Setau aku, port dating budak budak remaja , aku? Nak dating dengan sape kalau kat kelantan. Tak do Orang nak ajak dating.

 Pemandangan kat Chalet Cerana ni tenang beb.

Layannnnnnnnnn, matahari terbenam pulakk.

Tiba tiba rindu Kelantan. hek, kan dah kata tiba tiba.


oke lah
Tunggu next entry pulok
Trip to Teganu Part II .