Darlings

Saturday, April 5, 2014

Perempuan, Handbag & Passion

Manusia yang pernah dok dengan aku, kenal aku mesti tau yang aku gila handbag sikit. Tak pernah rasa cukup dengan handbag. Dah beli satu, nak dua, lepas tu nak lagi dan lagi. Bab branded ke tak branded tak ada aku nak kesah sangat. Kalau dah cantik sangat kat mata tu, memang perasaan membuak buak. Handbag paling murah pernah aku rembat RM 10. Tapi condition tip top. Orang confirm tak caya punya lah harga RM 10 jek. 

HANDSOME LAHAI MK NI
Antara koleksi handbag kesayangan ? ,handbag cap sogo, cap korea, Mng, charles & keith, carlo rino, guess, coach, long champ, Burberry . Memasing aku sayang tak kira harga mahal ke murah. Yang paling aku suka lenjan birthday Pressie dari Mr. Razman 2 tahun lepas. sebab senang nak sumbat barang then boleh jadi sling bag sekali.. Sekarang bag tu dah hampir uzur. Ada rembat satu handbag ala ala gitu , brand Mng jugak. Tapi feeling nya tak sama lah dengan birthday pressie. Mungkin kena request baru lagi kan. Request Mng lepas la kot. Kalau request celine mesti kena reject punya. haha. dah tau sangat. kata nya " Handbag sayang dah banyak".

Tangan pun asyik dok gatal je dok scroll usha handbag kate spade, MK, celine. Usha tuk jamu mata. Sebab sekarang budget lebih pada nak sambut anak tercinta. So ubat lah hati tengok gambar dulu. Mana tau lepas ni rezeki anak mencurah sangat, boleh mama reward diri dengan handbag baru pulak kan. Lagipun last time beli handbag tak silap aku awal awal kawen hari tu. Kira hebat lah ni berjaya tahan napsu berbulan bulan kan.



5 comments:

khadijah said...

Kan saya pun obsesi dengan handbhandbg. Skrg suke search kat instagram. Dpt gred 3 a pun jd la kan hee

Aishah Jahirah said...

boleh tukar2 handbag...ala 10 hinggit pn kalau cntk n oke rembat je...hihii..cubit kepsi n ford.:)

Nurulee said...

ee tak berapa sangat dengan handbag. more to yg simple brutal and sempoi. not too feminine. eceewah. hahaha.

ch@ said...

ohohooo i love MK too....
hi Lya :)

Mimi Azirah said...

Akak pulak giler wide shawl...hehehe...memg tapak tgn gatal aje nak kuar duit beli

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger