Darlings

Thursday, April 3, 2014

Tandas Awam Vs Typical Malaysian

Tandas awam ni main kan peranan penting jugak tuk ibu ibu mengandung. Ye laa. asal keluar jek, kejap kejap cari toilet. Pantang sejam sekali. Itu yang kadang kadang malas bebenor nak keluar. Pikir nak kena guna tandas awam. Bukan apa senah oiii. Kalau toilet dekat mall yang besor besor tu okay la gamak nya condition tandas. Tapi kalau mall yang kecik macam space u8. MasyaAllah. Nak ceghita pun terbayang bayang kat ruang mata. Spesis yang p space u8 mall ni kebanyakan jakun ke hape.
gambar credit to google lah.
Kalau guna tandas awam, sila lah semat kan di dada tu yang tandas tu milik awam. Bukan hak mak bapak kita. Kalau guna tandas cangkung, maka cangkung lah, kalau guna tandas duduk tu duduk lah, yang suka benor bertenggek tu apa hal la. nak bertenggek tu bertenggek lah. Aku tak kesah kalau mangkuk toilet tu pecah dua ke apa, yang aku kisah tapak kasut yang orang dah pijak kat mangkuk toilet tu. haiyooo. 

Jenuh dah aku rasa management dok tempek gambar ni dalam toilet. tapi tak do function. Macam gambar perhiasan semata mata.



Ntah najis amenda la orang dah pijak, lepas tu p tinggal kesan kat situ. Pengotor amat lah. Pikir diri sendiri. Memang tak de kesedaran langsung. Kot ye kalau ada hati nurani. tolong le lap balik tapak kasut tu. Hish. Hazab betul layan perangai orang yang kurang bermoral macam ni. 

Tiap kali aku p space u8 mall, memang sedia kan lah tisu bebanyak dalam handbag. Kalau tak, nak lap dengan apa, sanggup tahan kencing or sanggup tala je duduk atas tapak kasut mereka mereka yang tak bermoral ni?? Pilihan kat tangan anda lah.


Jangan sampai mangkuk toilet tu pecah dua , kasi balasan cash dekat mereka yang memang kurang moral ni.
Jangan sampai jadi macam ni baru nak nyesal!

Mahap lah kalau ada yang tersinggung. Tapi tepuk dada tanya hati. Patut ke tak patut kita jual ikan macam tu. Kalau toilet rumah korang. Buat lah. Sebab hak milik korang. Tapi bila melibat kan public toilet. 

Show some respect!

Renung renung kan.

10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lyaa, sebab tu sheila prefer masuk toilet cangkung tu. tak rela la sebab sheila geli gila tandas duduk ni. kotornya menang spoil mood nak membuang. heee gambar kaki sape tu lyaa? adehh ngeri T___________T"

Dkna Abza said...

ngeri betul tengok gambar last tu :(

Unknown said...

hihi..tandas awam kat malaysia ni kebanyakkannya macam tu..orang2 kita ni tahap kebersihan tandas masih poor...sabar je la..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

kan? pelik org yg mcm nih. klu ssh sgt baik dok kt bwh je dpd duduk atas tuh :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

kat pjbt ni ada peel mcm tu.. pndai buang pastu tak pndai cuci..aish.geli benor

are_lin@yu said...

tula krg btmggjwb skt kn..huhu..ish tktnya tgk pic tu..

suezen said...

seriau tgk gmbr last.pengsan terus

ayut said...

Mmmm...ssh klu nk ubh org punye attitude...klu dri tu mmg xnk brubah mmg pyah.

Nuriesya Nadia said...

Haaaaa ini satu tabiat. Lagi satu tabiat lepas membuang tak pam , pffttt !

Mimie said...

Ai is geram kalo nampak bekas tapak kasut kat toilet...sbb tuh b4 keluar akak buang sume sisa sisa cecair n pepejal...so bile keluar akak cuba elak gi toilet awam sbb byk kotor dr brsihnya...if terdesak akak akn check tandas tuh bersih ke tak...kalo beraih on je kalo kotor maaf lah memg akak tahan smp jmp toilet bersih