Darlings

Thursday, April 17, 2014

Lengan pendek Vs Tudung

Aku ada habit yang sangat tak alert dengan lengan. Maksud aku aurat kat lengan la. Even aku tak pakai lengan tiga suku or lengan pendek, Tapi macam terbiasa sangat tersingsing lengan baju sampai nampak aurat yang tak sepatut nya. 

Susah bila jadi manusia yang tak istiqomah ni. Kadang kadang aku terlupa. macam ter alpa sikit. So, suka sangat bila suami or kawan yang boleh tolong ingat kan kita sampai lah kita betul betul jadi istiqomah.

2 3 bulan lepas ada try hand socks. tapi tak istiqomah jugak. Lepas ni nak kena cari hand socks yang betul betul comfy, yang boleh  bikin manjang nak pakai. 

Banyak benda yang buat aku pikir dalam dalam semenjak masuk umur 25 ke atas ni. Banyak termenung pikir benda benda jahil yang pernah aku buat. Bukan senang nak buat satu perubahan yang besar dalam hidup. Kena melawan, berjihad lawan hawa napsu diri sendiri.

Dalam ter alpa, aku masih syukur. Sebab di kurnia kan parents & suami yang dari dulu lagi bagi nasihat " BIG NO TO SHORT SLEEEVES WITH TUDUNG". 

So, kawan kawan, mungkin hari ni mungkin kita boleh buat perubahan kecil. dari pakai lengan pendek, terus pakai lengan panjang bila keluar or bersama dengan orang yang bukan muhrim. Nampak mudah, tapi sebenar nya susah nak buat kan. So, kita berubah slow slow. Memang tak kan ikhlas pada permulaan. Tapi at least kita dah buat satu perubahan dalam hidup kan.


Renungan dan peringatan untuk diri sendiri .

3 comments:

Hannah Sytieh said...

betul ape awak tulis ni. kite pun tak alert. hurmm. padahal lgn tu aurat jugak kan

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

inshaallah,kita slow buat perubahan demi perubahan walaupun bermula dgn yg kecil kan.. :)

cik hani said...

cik hani pun tak suka lengan pendek kalau keluar. memang tahu aurat dan malu dengan pemakaian tudung di kepala tapi lengan pendek.

kalau lengan pendek, mmg cik hani pakai sweater

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger