Darlings

Friday, April 4, 2014

33 Weeks and still counting

Pengalaman 3rd trimester agak mencabar sebenar nya untuk m2b yang newbies ni. Nak nak lagi untuk aku yang tak boleh sharing pun pengalaman dengan adik beradik. Tengok kawan kawan aku, at least dorang ada kakak or adik yang dah ada anak, pernah tolong jaga baby. Aku dukung baby yang newborn pun belom pernah tau. Sebab badan baby lembik sangat. Tak berani weh anak orang. Anak sendiri nanti, kena lah berani kan diri jugak.

3rd trimester mencabar sebab dah mula tido tak lena kan. Permulaan untuk perubahan waktu tido. Proses penyesuaian bermula lahni sebab ikut pengalaman orang yang ada baby, tido malam memang tak lena punya. Mata panda jawab dia. Tapi untuk ibu mengandung, susah nak tido sebab panas yang amat. Even aku baru lepas mandi sekalipun aku akan on kipas no 4 or 5 berserta air cond sekali. Dasat kan. Ingat conquer kipas je, air cond sekali on. Itupun rasa tak selesa jugak.


Sekarang bila masuk 33 weeks, aku kerap muntah balik. Muntah kalau lambat makan sikit jeek. Tak boleh biar lapar sekejap. Kalau sebelum ni boleh tolak ansur lagi. Sekarang no more. Bfast pukul 9 or 10 dah makan yang heavy, pukul 12 pm dah start lapar, padahal selang masa antara pukul 11 am tu aku ada lah jugak makan biskut ke roti. Tapi masih tak boleh handle lapar. Rasa macam kronik pulak tahap kelaparan ni. So tabah kan hati tunggu lunch hour.

Lunch hour makan, pukul 3 or 4 melantak lagi apa apa yang boleh di makan, tapi pukul 5 lebih tu dah mintak nasi lagi. Rasa nak nangis laju laju sebab tak boleh handle perasaan lapar . sebab nak tunggu sampai rumah tu confirm la pukul 6 or 7. nak masak lagi. Lapar!

Newly mommies to be macam tu jugak ke ataupun aku je yang hover lapar macam ni bila masuk 33 weeks. Tau baby makin nak membesar lagi. Tapi rasa macam seram jugak takut terlajak ke 4kg. Masak mak hooooi.

Sekian lah korang baca luahan hati plus pengalaman orang yang pertama kali mengandung. Semua benda dia rasa curious. Meh share pengalaman meh.


 

5 comments:

msredcheesecake said...

Allah nak bagi rezeki besar tu, bukan mudah... sabar hadapi nye ye...take care...

Tihara said...

akak doakan moga semuanya selamat dan dimudahkan NYA..insha Allah :)

Siti Hawa said...

Kunjungan balas...

btw nnt anak kita sebaya la ek sbb I pon tgh peknen my 3rd baby..Skang dah 36 weeks. In Sha Allah 18/4 ni bersalin..Czer..huhuhu..sebabnya dua anak sebelum ni czer juga...

sikit tips tido utk u..
mlm tido mengiring kiri in sha allah lena tido.. :)

Cik Jelita said...

early 30w++ kite memang begitu.then 34w++ kite rasa tak lapar sangat pun.nasi makan 1x je sehari, itupun lepas balik kerja...husband plak yg over lapar.lunch dah mkn balik mesti mintak nasi lagi...

Mimi Azirah said...

Setiap org oengakaman pregnant memg lain dik...mcm akak pregnant anak sulung xkuat mkn tp berat bdn naik mendadak...anak 2nd makan tahap pelahap tpi berat bdn memg cantik je naik...pregnant anak sulung berat saat saat akhir pregnant 79kg...ank second 73kg je..

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger