Darlings

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Food Review : Man Burger Kukus Lava

Selasa lepas kobar kobar nak makan dominos sebab dapat coupon kan. Niat di hati nak ler belanja suami. Sekali dominos yang dekat saujana utama tu sudah tutup, ganti dengan secret recipe gamak nyaa. Sudah nya pusing pusing area SU3 tu cari kedai yang menarik sebab nak masak air nya kena catu donggg.


Pusing pusing sekali macam tergerak hati nak try Burger ni. Dah lama usha tapi tak pernah nak benti makan. Tengok kedai macam menarik.

Main entrance nya
Keluar kete je bau semerbak . Makin tak sabar nak makan burger.

Di ingat kan kedai ni self service. So dah pilih meja tu boleh terus buat order kat kaunter lah. Boleh usha menu menu sepuas puas nya dulu. Yang menarik nya, Siap ada menu untuk daging exotic tau. (daging arnab, rusa, unta bagai) Yang ni Mr Razman la yang order. Dia memang suka bab exotic ni.



So untuk Mr. Razman , burger exotic arnab, aku order Burger patrick special (fatty patty) Beef.
Ni pulak macam signature dekat man burger. MR KRABS

Harga tu bagi aku affordable lah. Tak do lah terlampau mahal. Lagipun makan sekali sekala je. Jemah ni tekak melayu jugak. Tak kuasa der kekdah nak makan burger manjang kan. Sekali sekali ikut tekak yang mengada & alasan malas masak tu oke la.

Si suami ni ada kembar. Hp dia tu kembar dia laah. Manjang hp kat tangan ( macam mengata kat diri sendiri jugak ler ni)
Suasana kedai.


Setakat yang aku usha facebook dorang. Ada dua cawangan.  Area damansara damai & saujana utama. Penggemar burger. Boleh p terjah. Tak rugi. 










Thursday, March 27, 2014

Review Session : Safi Balqis White Trilogy

Lambat sikit update blog hari ni sebab semalam tak boleh nak drafkan entry. Internet connection macam mintak kaki semalam. Jadi pasrah je lah update lewat dari tak update langsung kheen.

Dari last week lagi aku nak update pasal produk baru safi balqis ni. before launching dah tau. hah. kali ni tak ketinggalan sikit aku. Sebab tiba tiba p space u8, tengok eh safi tukar packaging ke hape ni. Lagi tertarik sebab tengok kek nis yang jadi duta. Terus mengushaa. Ghupe nya memang produk baru. Safi balqis white trilogy namo nyooo. 

Sebab nak tau lebih pasal safi balqis white trilogy ni, aku p la page safi. Tak de lagi update. Tengok instagram kek nis pun tak berhupdate lagi pasal ni. Bikin tertanya tanya lagi. Then semalam baru tengok kek nis update pasal launching safi balqis white trilogy. Yang aku tau ada pencuci muka & penyegar 2 in 1. Yang lain idok la tau sangat. Nak search info pasal ni pun tak ado. So, kite tunggu je la new update dari safi.

Nak lagi best. Safi balqis memang tengah buat promotion sekarang ni. Lotion, pencuci muka safi manggis susu tu ada 20% discount, BB cream ada 50% (Lepas discount jadi RM10.30 tak silap. Nyaris borong. Nasib tak bergaji lagi) , Serum safi balqis tu aku lupa bape tak silap aku 50% jugak. Tak semua ada discount. Pengguna safi balqis boleh p usha dulu tambah stok yang ada. Berbaloi baloi sebab discount up 80% kalau tak silap. 

Yang berdekatan dengan space u8, boleh p terjah, yang ni under the store punya jualan murah. Kalau kat guardian & parkson aku tak p usha lagi.

Lepas tu nak ceghita yang aku terbeli jugak produk baru ni. Hurmmm perasaan nak mencuba tu tak dapat di bendung. aku masih stick dengan pencuci muka safi manggis susu tu. Tapi yang safi balqis white trilogy ni aku bawak p office, cuci muka lepas remove make up . So bila nak ambik wuduk tu rasa macam fresh sikit muka. Masa solat pun rasa alahaiii tenang nya bau dia. Dengan formulasi arbutin, nano biowhite dan kiwi. feh. memang best!

So, currently aku ada dua lah pencuci muka favorite!.

Dia nya benefit macam biasa

  • Membuka pori
  • Membersih dgn mendalam
  • Menlindungi dari UV
  • Mencerah kan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyemarakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan kulit
  • Menghalus kan kulit
Harga?RM5 lebih je untuk yang 100g sempena promosi. Kalau nak try, sila lah terjah sekarang.

Selamat mencuba.

Sekian , my honest review .


Thursday, March 20, 2014

Lux White Impress ada promo!

Kesah nya hari isnin lepas ajak Mr. Razman buat lawatan dekat subway giant seksyen 13. Bukan mengidam. Teringin jeek. Hak pun boleh punya alasan kan. Alang alang dah ada dekat giant maka buat lah jugak sesi terjahan dekat guardian mengenang kan shower foam dah nyawa nyawa ikan. Kemain pepagi picit kasi shower foam keluar. cinonett keluar!

Kali ni masuk guardian dengan Mr. Razman memang tak leh le lelama. Kalau aku masuk sorang mau nya aku bertapa belek barang satu satu

Bab nak cari shower foam ni tak susah sebab aku kan loyal userrr. So mata terus melilau cari lux je. Dari zaman diploma 2006 sampai lani. Itu je pun brand yang aku beli. 

Nak baca review pasal lux?

http://lyaman.blogspot.com/2011/01/review-session-8-lux-shower-gel.html

Aku dok ralit cari lux yang pink color soft touch tu. Kalau boleh nak yang refill je. Senang taruk dalam botol. Jimat sikit mengenang kan dah masuk tengah bulan ni. Hampir nazak lah.

Cari punya cari susah nau nak jumpa yang refill pack tu, sekali Mr. Razman nampak lux botol kecik yang 220ml tu tapi lux putih white impress. Hurmm tak interested. Sebab aku rasa bau tak best macam pink soft touch tu.


Baru je nak kalih p tempat lain, Tiba tiba Mr. Razman tunjuk harga RM2.88 satu. Haish tenyeh mata.Tak kan la muroh bebenorrr. Sebab biasa nya harga untuk botol 220ml tu RM6.00. separuh harga. Pantang nampak benda muroh sikit. Terus rembat. Rembat dua sekali. senang simpan stok time gaji dah nazak nanti. 


 hah. Kemain semangat tunjuk resit


gigih jugak aku try belek kandungan paraben.

Bau dia?

Tak de la sebest bau soft touch or lavender. Tapi aku layan kan jee.

Time bayar tu ada la jugak aku nanya adik cashier tu promotion sampai bila ni. Sebab dalam kepala hotak aku boleh datang rembat buat stok banyak banyak, then p refill dalam botol besar. Sekali dia jawab tak tau. Nasib kau budak baru dikk. ahkak ni macam nak menyinga jugak laa tanya soalan senang tak tau. Tapi atas dasar budak baru, kesian dia. Jawab soalan customer pun muka stress tahap gila. Cabaran benorrr.

So anyone yang pakai lux. Boleh try terjah guardian sekarang. Mana tau ada lagi promotion . Tapi untuk botol putih white impress ni je la kot sebab aku tak nampak yang soft touch & lavender pun...


White impress pun white impress la. Saving duit aku.


Friday, March 14, 2014

Review Session : Safi manggis susu

Dah lama tak buat review pasal safi kan. Loyal reader tau yang aku memang loyal user untuk safi balqis. Boleh terjah previous review.


So review kali ni pasal produk baru safi. Safi manggis susu. Meh tunjuk gambar sikit pada yang tak sedar lagi kewujudan safi manggis susu ni.

Yang sebenar benar nya aku baru sedar je kewujudan Pencuci muka Safi manggis susu ni sebulan lepas. Kalau tak silap launching awal tahun 2013 gamak nya. Ambik masa setahun jugak eh baru aku sedar. Betul betul aku tak pedulik pasal skin care yek tahun lepas.


Kenal dak sapa model ni.? Sekali pandang. Eh mira filzah laah. Model jovian yang cun melecun tu .Aku memang suka usha cik model yang cantik ni. Muka dia lembuttt aje.

Sebelum ni aku dah try pencuci muka yang ni.



Yang ni pun best hakak hakak sekalian. Sila boleh saving lagi sebab 2 in 1. Pembersih & Penyegar sekali. Dah berapa botol dah aku habis kan. Nak lagi senang je boleh main tekan tekan. Lepas cuci muka rasa macam berangin je muka.

Tapi bila terjah guardian, Ter berjodoh pulak dengan pencuci muka safi manggis susu ni. So, tanpa was was dan ragu ragu aku terus rembat satu. Harga pun macam biasa. Affordable.

Untuk yang 50g RM 5.50, 100 g RM 9.90


Gambar dah tengok, harga dah tau kan. Meh kita cite keberkesanan pulak.

Eceh macam aku ni dapat duit pulak dok review produk safi ni. Aku bukan apa. Suka share benda yang berkesan untuk aku. Kata loyal user kheeen. So , this is my honest review lah.

Apa Khasiat manggis?

Manggis ni ada 4x anti oksidan yang lebih baik dari Vit E & C, fungsi dia untuk membantu menentang radikal bebas agar kulit kekal remaja gitu. Boleh cerah kan kulit secara semula jadi tanpa kering kan kulit even kita cuci muka banyak kali sekali pun.


Benda yang kena titik berat kalau pilih pencuci muka, Cari yang tak mengering kan kulit muka. Jangan sampai kulit kaurang terhidrat oke.

Effect best yang aku suka pasal safi dari dulu sampai sekarang.

Black head ke white head bagai memang clean. Aku tak suka kalau pegang muka or hidung rasa macam kesat jeee. Nak rasa smooth & lembut.

So sepanjang sebulan aku try pencuci muka safi manggis susu ni. Totally satisfied!

Aku suggest kan untuk Mr. Razman sekali sebab white head dia memang berleluasa kat kawasan hidung. So kaurang boleh try and share review oke..

Tata!


                  




Wednesday, June 12, 2013

Review : Toner Safi Balqis

Bila jari rajin nak menaip, laju laju bukan new post sebelum mood swing lagi.

So hari nak sembang pasal beauty tip. Kira macam review produk lagi la. Hari tu just buat review je pasal toner safi balqis. Hari ni nak tempek sekali gambar lepas pakai toner secara konsisten. Memang rasa berbeza.

sebelum guna toner safi balqis, kat tepi tepi hidung tu mesti ada white head la, black head lah,  Semua benda nak berkampung kat hidung ni
Nak cakap 100% tak de jerawat tu tipu lah. sebulan sekali mesti ada jugak. tapi at least bila tak make up rasa jugak confident dari dulu.


Meh nak habaq secara simple. Sila rajin kan diri pakai toner kalau anda memang jenis yang cuci muka . Sebab bila dah cuci muka liang pori terbuka, so, tugas anda sekarang kena p ttp pori tersebut. Rajin rajin kan lah cari toner yang memang sesuai dengan muka kaurang. Kalau aku. memang stick dengan safi balqis lah.

Terpulang pada diri masing masing. Tapi kalau dah start pakai tu, sila lah istiqamah. kalau asyik dok tukar produk 1 bulan sekali. Sampai sudah susah nak nampak hasil. Ye dok? oke la.

Kira simple update je. Tataaaaa.

Wednesday, April 10, 2013

Review Session : Handbag Gree AAA

Hari nak review pasal handbag Gred AAA, kalau berkenan uolls boleh p terjah dekat link yang aku bagi tu. Range harga tak mahal beb, Normal Price lebih kurang RM200-RM250 tapi depends pada brand bag jugak lah.

 Sebelum beli tu rajin rajin kan la pm or whats app kak irza ni dulu Kalau interested nak beli, jangan lupa bagitahu yang anda reader blog lyaa suriany.




Yang paling buat hati melting, mesti gucci ni. Haishhhh. Kumpul duit nuffnang dulu baru boleh p rembat.




 Berminat sila PM at Inbox.. Call/ Whatsapp - 0136454296

Happy Shopping guys!

Wednesday, March 6, 2013

Review : Produk Safi Balqis

Aku rasa dah banyak kali buat review pasal safi balqis ni. Tapi kali aku buat full review. Kira macam rutin harian .

Pembersih Muka

Time mandi pagi kadang aku dasar pemalas jugak lah cuci muka. Terlebih rajin aku sental la, kalau tak rajin aku terus mandi kerbau je. So rutin cuci muka dengan pembersih muka safi ni tak tetap lah. Kadang kadang pakai kadang tak. depends pada kerajinan. Selama aku guna pembersih muka safi balqis ni, oke lah. sebab tak mengering kan kulit aku.Nak pulak aku ni jenis manusia yang tak suka kulit kering sangat. oily sikit okeh lah.


 Scrub

Menda alah scrub ni aku pakai dua tiga kali seminggu. errrrm boleh men nyah kan sel kulit mati dan kotoran yang adooo. Sila cuba.

 Toner

Lepas mandi, mesti aku sental toner dulu kat muka aku. sebab bila kite dah cuci muka dengan pembersih tu, liang pori akan terbuka. So, keje kita sekarang , kena tutup balik itu punya lubang pori okeh. 
Kira toner ni antara benda penting okeh . aku punya toner selalu je cepat habis. Nampak gaya aku memang betul betul sental kan. Toner ni best sebab aku rasa macam tak melekit. Lepas sapu toner, aku biar seminit dua dulu. Bagi kering dan menyerap dalam muka dulu. Jangan terus p sental dengan pelembap ke hape dulu.


Next

Serum

Yang ni pun salah satu fav aku sebab bila tempek kat muka rasa macam muka lembut jeee. Senang nak absorb dalam kulit even texture dia macam cream sikit. Tapi Make sure pakai ni sebelum pakai pelembap. Botol nya kecik, isi dalam pun sikit je. Tapi mampu bertahan lah sampai sebulan.  Yang penting kulit rasa licin. So, memang Highly recommended . Harga ? Lebih kurang RM 22.50.

Pelembap


Ada krim pelembap siang dan krim pelembap malam. Krim pelembap siang aku dah lama habis. Malas nak beli, sudah nyaaa tiap tiap pagi aku sental krim pelembap malam  ganti yang siang punya.hahaha. Dasar malas nak p beli lagi. Asal boleh aku ni. Masa aku nak p beli krim siang ni , stock habis then aku ada rembat shurah qaira. Damn sungguh la. Baru pakai dua kali muka nek jerawat pasir yang kecik kecik tu. Haish. Terus stop. Walaupun rasa membazir. Mungkin tak serasi dengan kulit gamak nya. So far aku suka dengan krim siang & krim malam ni. .

Eye cream

Eye cream ni tujuan dia untuk hapus kan eye bag la konon nya. Tapi aku jarang sangat pakai. Dalam seminggu ada le sekali dua. Sebab aku tak suka texture yang cair sikit kot. Tu yang aku jarang pakai. Bila jarang pakai aku tak tau ler sejauh mana keberkesanan si menda alah ni.

Kaurang ada yang pengguna setia eye cream ni? cer cite sikit bagus ke idokk.


Krim kecantikan

Krim ni aku dah pakai since diploma. Memang bertahun. Tak pernah curang dengan krim lain. Kalau kumpul kan bekas ni, dah boleh buat koleksi. Puas hati je. Kalau tak de cream ni rasa macam tak complete hidup beb. Kalau bb cream tak de aku boleh terima tapi jangan cream ni yang tak de

Then, baru ler apply bb cream.

Bb cream pilihan hati buat masa sekarang. Dah dua bulan lebih bertahan.

Then, settle .


Sekarang ni aku rasa aku kena p terjah krim anti jerawat ni. Untuk simpanan. Tau tau la perempuan. Sekali sebulan mesti hado jerawat punya. Sekali jerawat datang menyerang. boleh tahan hebat dugaan. Terus jerawat batu der. 
macam banyak good review pasal krim anti jerawat ni. apa salah nya kalau give a try kan.


Safi balqis ni dia punya effect ambik masa yang lama cik kak. Kalau rasa nak kulit cantik dalam masa yang singkat , jangan pilih safi. Tapi depends pada kulit jugak lah. Kawan aku pakai tak sampai setahun muka dah cantik gila macam pakai produk mahal, 

Kalau kulit aku pulak, memang jenis yang lembap bertindaaak.hahaha. aku yang recommend kan. tapi orang lain yang flawless dengan safi. .ada sedikit ketensionan di situ. oke lah. Ni bukan entry promote. Just sharing rutin harian aku. 

Sekian.

Babai

Monday, February 18, 2013

Review Session : NH Collections

Hari ni rasa nak share dengan kaurang tempat shopping baru. Hulahula hula, click je NH Collections ni terus rambang mata. Tak percaya? Kena p terjah sendiri lah!. Tak rugi pun kalau p click, mana tau berkenan terus boleh shopping kan. Tak payah susah susah bazir tenaga, bazir duit sikit jeeee. Ala, lagi pun harga affordable beb. Kalau tak beli bulan ni, boleh terjah bulan depan kan. 

Jom terjah

Peplum aira.  Boleh pre order

siap ada riben lagi uooolsss.

Striking color yang vavavoooom der. 4 batu dah nampak.

peplum labuh, pakai dengan palazo pun cun, skirt lagi laaah cun.
Tu dia encik palazooo, agak hensem di situ. kalau aku pakai memang kena lipat banyak kali ler.
Lace ala ala scha pakai. nak lagi yg kale brown tu
Tribal cardi yang memang tengah top. Aku je yang tak de tribal collection lagi

Okeh. Cukup cukup sudah. Kang tak larat kaurang nak scroll. P scroll kat facebook pulak. Jangan lupa click like dekat Nh collections.

salam senin semua.

Chowss.

Tuesday, January 8, 2013

Tutti Frutti VS Snogurt

Siapa peminat tegar tutti frutti , siapa peminat tegar snogurt? Kalau tanya aku, aku jawab Tutti Frutti ler. Walaupun Tutti Frutti lagi mahal. Tapi puas hatiiiii.

Actually baru sekali aku jejak kan kaki ke snogurt yang dekat seksyen 7 tu. Itu pun lepas sesi habis kan duit dekat gulatis. So alang alang dekat seksyen 7 terus ler terjah snogurt pulak. Reason utama sebab nak tau lla snogurt ni lagi best dari tutti frutti ke same je rasa . 

Masuk snogurt je, tengok decoration kedai. Not bad laaah. Very the colorfullll. 

Then terus ambik ambik cup. Tak menyabar babeee. Aku ambik banyak flavor jugak hari tu. Termasuk flavor dewvy melon & mango peach. dan tak lupa flavor yang tak pernah missed choc & vanilla.Dan dan jugak le aku cedok Mango peach masuk tekak dulu. Oh maaak aih. Very masham!. Dah nama nya mango peach kan. huahua. padan ler muka. Saje je nok men try sebab before p snogurt tu, aku ada la jugak baca review orang. Suggest kan ambik mango peach. Guess what? Memang tak menepati citarasa lidah aku lah.

mari terjah gambar snogurt yang berjaya di cilok dari page diorang la.




Harga bagi 100gram berat Tutti-Frutti = RM5.30 

Harga bagi 100gram berat Snogurt = RM4.90 

Tapi pilihan hati aku , tetap tutti frutti. Sebab aku lagi suka rasa froyo tutti frutti, tak muak sangat. Lagipun tiap kali aku p tutti frutti, dua flavor je yang jadi pilihan hati. Yang len kureng pandang sikit. Aku rasa dah jadi monthly routine dah gamak nya. Ni semua pasal Tutti Fruitti sekangkang kera dengan rumah aku .


So, pilhan kaurang?