Darlings

Showing posts with label product review. Show all posts
Showing posts with label product review. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Chriszen Gel Eyeliner

Hari ni rasa macam rajin sangat nak review pasal gel eyeliner yang aku baru try ni. Terjebak dengan chriszen gel eyeliner sebab brand yang aku setia tahap gaban tu dah discontinue (kata promoter dekat drug store la)

Dekat 7 tahun or lebih aku dok guna silky girl gel eyeliner. Beli loose, beli borong time ada warehouse sale bertahun tahun. Alik alik tahun ni dikhabarkan discontinue. WHY?? Kalau ada yang boleh jawab, tolong roger dekat komen ok. aku masih curious. Tapi tak tau nak tanya siapa.

Mari berkenalan dulu dengan Chriszen gel eyeliner ni. 
Macamana boleh terjebak dengan eyeliner ni? Aku gigih google sini sana sinun nak cari gel eyeliner dengan harga yang cun. Cun di sini membawa maksud AFFORDABLE. 



Okey. Tadaaa hasil google. Sebab tengok harga yang twinpack ni menarik, terus la aku grab dua. Rugi oooi alang alang dah membeli. Design dia pun ala ala silky girl kan. Aku jenis suka brush yang attach sekali dengan botol sebab kalau jenis yang brush asing asing confirm aku TER hilangkan. Contohnya masa pakai gel eyeliner Loreal dulu. Haish bercinta betul nak cari brush. Kualiti memang no doubt la loreal, tapi bab brush je akak fail uolls. 


Okey ni gambar lepas excited dapat barang. ambik gambar satu je, yang satu lagi alana rose bajet dia punya. Ambik la nak oi kalau reti sangat nak pakai benda alah ni. Mama bagi je haaa.



Review?
Alhamdulillah. Kena dengan citarasa aku ni. Color dia memang tak sepekat likat silky girl. tapi senang nak apply. Aku compared dengan silky girl la sebab brand silky girl yang aku pakai paling lama. Tak smudge sesuka hati, Senang nak tanggal. Smooth je bagi aku. Berbaloi baloi dengan rege ceq oii.

Ala ala close up sikit,  yang ni tak berapa nak smooth sebab alana rose sebok dok pegang kaki suh dokong dia, So kemain cepat la mama kau ni pakai eyeliner. Gigih tu tetap gigih . So kening pun tak ado la nak ber conceal bagai.  Janji ada gambar untuk testimoni. 

Okey, tu je la yang sedikit sebanyak boleh share dengan korang. In case korang nak mencuba or bertukar pada brand yang mampu milik dengan kualiti yang "not bad". So why not korang try chriszen ni. Ada rezeki aku nak try foundation golek sampai molek pulak. 

korang bila nak try? Yang penting boleh support local brand uolls. dah try boleh share comment pulak.

Tata uolls.

Thursday, March 27, 2014

Review Session : Safi Balqis White Trilogy

Lambat sikit update blog hari ni sebab semalam tak boleh nak drafkan entry. Internet connection macam mintak kaki semalam. Jadi pasrah je lah update lewat dari tak update langsung kheen.

Dari last week lagi aku nak update pasal produk baru safi balqis ni. before launching dah tau. hah. kali ni tak ketinggalan sikit aku. Sebab tiba tiba p space u8, tengok eh safi tukar packaging ke hape ni. Lagi tertarik sebab tengok kek nis yang jadi duta. Terus mengushaa. Ghupe nya memang produk baru. Safi balqis white trilogy namo nyooo. 

Sebab nak tau lebih pasal safi balqis white trilogy ni, aku p la page safi. Tak de lagi update. Tengok instagram kek nis pun tak berhupdate lagi pasal ni. Bikin tertanya tanya lagi. Then semalam baru tengok kek nis update pasal launching safi balqis white trilogy. Yang aku tau ada pencuci muka & penyegar 2 in 1. Yang lain idok la tau sangat. Nak search info pasal ni pun tak ado. So, kite tunggu je la new update dari safi.

Nak lagi best. Safi balqis memang tengah buat promotion sekarang ni. Lotion, pencuci muka safi manggis susu tu ada 20% discount, BB cream ada 50% (Lepas discount jadi RM10.30 tak silap. Nyaris borong. Nasib tak bergaji lagi) , Serum safi balqis tu aku lupa bape tak silap aku 50% jugak. Tak semua ada discount. Pengguna safi balqis boleh p usha dulu tambah stok yang ada. Berbaloi baloi sebab discount up 80% kalau tak silap. 

Yang berdekatan dengan space u8, boleh p terjah, yang ni under the store punya jualan murah. Kalau kat guardian & parkson aku tak p usha lagi.

Lepas tu nak ceghita yang aku terbeli jugak produk baru ni. Hurmmm perasaan nak mencuba tu tak dapat di bendung. aku masih stick dengan pencuci muka safi manggis susu tu. Tapi yang safi balqis white trilogy ni aku bawak p office, cuci muka lepas remove make up . So bila nak ambik wuduk tu rasa macam fresh sikit muka. Masa solat pun rasa alahaiii tenang nya bau dia. Dengan formulasi arbutin, nano biowhite dan kiwi. feh. memang best!

So, currently aku ada dua lah pencuci muka favorite!.

Dia nya benefit macam biasa

  • Membuka pori
  • Membersih dgn mendalam
  • Menlindungi dari UV
  • Mencerah kan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyemarakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan kulit
  • Menghalus kan kulit
Harga?RM5 lebih je untuk yang 100g sempena promosi. Kalau nak try, sila lah terjah sekarang.

Selamat mencuba.

Sekian , my honest review .