Darlings

Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Chriszen Gel Eyeliner

Hari ni rasa macam rajin sangat nak review pasal gel eyeliner yang aku baru try ni. Terjebak dengan chriszen gel eyeliner sebab brand yang aku setia tahap gaban tu dah discontinue (kata promoter dekat drug store la)

Dekat 7 tahun or lebih aku dok guna silky girl gel eyeliner. Beli loose, beli borong time ada warehouse sale bertahun tahun. Alik alik tahun ni dikhabarkan discontinue. WHY?? Kalau ada yang boleh jawab, tolong roger dekat komen ok. aku masih curious. Tapi tak tau nak tanya siapa.

Mari berkenalan dulu dengan Chriszen gel eyeliner ni. 
Macamana boleh terjebak dengan eyeliner ni? Aku gigih google sini sana sinun nak cari gel eyeliner dengan harga yang cun. Cun di sini membawa maksud AFFORDABLE. 



Okey. Tadaaa hasil google. Sebab tengok harga yang twinpack ni menarik, terus la aku grab dua. Rugi oooi alang alang dah membeli. Design dia pun ala ala silky girl kan. Aku jenis suka brush yang attach sekali dengan botol sebab kalau jenis yang brush asing asing confirm aku TER hilangkan. Contohnya masa pakai gel eyeliner Loreal dulu. Haish bercinta betul nak cari brush. Kualiti memang no doubt la loreal, tapi bab brush je akak fail uolls. 


Okey ni gambar lepas excited dapat barang. ambik gambar satu je, yang satu lagi alana rose bajet dia punya. Ambik la nak oi kalau reti sangat nak pakai benda alah ni. Mama bagi je haaa.



Review?
Alhamdulillah. Kena dengan citarasa aku ni. Color dia memang tak sepekat likat silky girl. tapi senang nak apply. Aku compared dengan silky girl la sebab brand silky girl yang aku pakai paling lama. Tak smudge sesuka hati, Senang nak tanggal. Smooth je bagi aku. Berbaloi baloi dengan rege ceq oii.

Ala ala close up sikit,  yang ni tak berapa nak smooth sebab alana rose sebok dok pegang kaki suh dokong dia, So kemain cepat la mama kau ni pakai eyeliner. Gigih tu tetap gigih . So kening pun tak ado la nak ber conceal bagai.  Janji ada gambar untuk testimoni. 

Okey, tu je la yang sedikit sebanyak boleh share dengan korang. In case korang nak mencuba or bertukar pada brand yang mampu milik dengan kualiti yang "not bad". So why not korang try chriszen ni. Ada rezeki aku nak try foundation golek sampai molek pulak. 

korang bila nak try? Yang penting boleh support local brand uolls. dah try boleh share comment pulak.

Tata uolls.

Saturday, July 27, 2013

Baju Raya 2013 by Jovian Mandagie

Niat di hati nak raya secara meriah tahun ni sebab nak celebrate tahun terakhir sebagai bujang kan. Tapi sebab busy plus kena saving lah konon, terus terbatal niat. So mungkin tahun ni kena behave sikit belanjawan untuk raya.

No kasut raya, no tudung raya. no duit raya. Baju raya untuk raya 1 pun tak terbeli lagi. Anggap tak do je laaah. Baru rasa nak sedih amat. tapi tiba tiba teringat yang dalam wardrobe kat rumah tu ada 4 helai baju kurung + dress yang masih tak terpakai. 

Terus tak jadi sedih. Lepas tu tiba tiba teringat jugak, fishtail dress yang aku rembat tuk diri sendiri pun ada yang belum pakai. errrk ni jual sambil pakai sendiri lah ni. Sampai berebut dengan customer.Nak bagi customer ke nak pakai sendiri. hahaha. Gila tak untung berniaga macam ni. Ni lah seorang Lyaa. Bab ni orang panggil menang membeli alah memakai.! Kita twist sikit peribahasa.

Walaupun tak beli baju raya. Window shopping tuk raya tetap berjalan. cuci mata tuk ubat kan hati. Macam biasa. Baju jovian tetap menggoda. Maybe sebab model dia tinggi melangit kot. so baju pun nampak cantik ajeee. kalau mak yang renek lagi rendang ni pakai. Takut ke lauttt aih.

Kali ni jovian buat design bervariasi sikit compared dengan tahun lepas. Memang melting habis. Siap ada orked, falling feathers lagi. Semua aku suka. Tahun depan kena ggrab satu tuk diri sendiri sebab dah lepas dah sikit beban kewangan. 















Range harga macam biase ler. RM 380- RM 460

Nak lagi best sebab boleh shopping online kat zalora. Tesco pun tak nak kalah kan. dah de Web online shopping sendiiri. Lagi cepat la susut account bank wanita wanita sekalian.

Happy shopping guys.


















Monday, June 17, 2013

InstaShop : Vanella _byLyaa

Bismillahirohmanirohim. 

Dah lama nak update pasal Instashop aku ni. Founder dah tentu tentu la aku sebab terang terang nama Vanella_byLyaa. Untuk permulaan memang aku jual handbag & fishtail dress je pun.

 Tapi setakat ni aku upload handbag je dekat instagram. Baju tu kalau orang whatsapp or pm kat fb baru aku p ambik stok. Sebab nya kekangan masa babe. Kalau boleh nak sangat aktif kan diri betul betul dalam business ni. Ni pun masih ada pending sebab aku tak p ambik stok handbag lagi. 

Harap nya customers bersabar sebab aku tak buat business secara fulltime kan. Kena bahagi masa dengan keje & wedding preparation.

So, for those yang ada instagram. boleh follow vanella_bylyaa. nanti aku dah ada masa maybe update stok dekat blog pulak. 


okeh, moh cilok gambar dari instagram aku sendiri



 upload gambar sesikit je lah.malas nak p ambik satu satu kat insta
For display only lah. Sebab semua dah sold out. Tujuan entry ni just nak promote instashop je. nanti dah ada stock baru. Aku update ler laeiii. oke??

Untuk fishtail dress pulak

ni contoh gambar


Babaiii.

Monday, February 18, 2013

Review Session : NH Collections

Hari ni rasa nak share dengan kaurang tempat shopping baru. Hulahula hula, click je NH Collections ni terus rambang mata. Tak percaya? Kena p terjah sendiri lah!. Tak rugi pun kalau p click, mana tau berkenan terus boleh shopping kan. Tak payah susah susah bazir tenaga, bazir duit sikit jeeee. Ala, lagi pun harga affordable beb. Kalau tak beli bulan ni, boleh terjah bulan depan kan. 

Jom terjah

Peplum aira.  Boleh pre order

siap ada riben lagi uooolsss.

Striking color yang vavavoooom der. 4 batu dah nampak.

peplum labuh, pakai dengan palazo pun cun, skirt lagi laaah cun.
Tu dia encik palazooo, agak hensem di situ. kalau aku pakai memang kena lipat banyak kali ler.
Lace ala ala scha pakai. nak lagi yg kale brown tu
Tribal cardi yang memang tengah top. Aku je yang tak de tribal collection lagi

Okeh. Cukup cukup sudah. Kang tak larat kaurang nak scroll. P scroll kat facebook pulak. Jangan lupa click like dekat Nh collections.

salam senin semua.

Chowss.

Friday, October 12, 2012

Review Session : Plain Cotton + Border lace

Sape suka lace , boleh hi 5 meh. Aku Tersangat lah suka lace. Sebab aku rasa baju tu sangat awesome bila patch dengan chiffon or cotton . Sempoi pun ado sebab simple tapi nampak elegance. Itu personal opinion aku lah.

So, pada yang masih nak mencari mana nak beli online, kot kot rasa malas ke nak p kedai kain. Meh sini aku tolong tunjuk kat mana kaurang boleh beli. Harga pun okay compared dengan online shopping lain.

 
Boleh p terjah kat fb, PM kat zat macamana nak beli sebelum terlambat.
oh ye.
harga untuk plain cotton 4m +  2m Ivory lace ni RM150

 Pilihan utama. Mustard color. Mengoda habisss der








Sila tunggu dengan sabar sebab Kak Zat ni career woman.Jadi Penyampai Radio Kelantan plus mummy pada dua hero pulak tu. So dia agak kebusy an .

Happy Shopping guys!

Friday, August 3, 2012

Yeaaaay Shopping !

Kali ke 2 shopping dengan Sallyshopping. Memang meriah habis sebab rembat 5 items terussss. Free postage punya pasal kan.

Bila dah dapat barang, rasa terus nak balik rumah sebab nak testing baju fit ke idokk. Kalau beli dress takut ler jugak ter senteng. Al maklum lah. Nampak kat website labuh je. 

Dress yang sebelum ni pun tak sempat pakai, lagi mau rembat yang lain. Aku rasa dah boleh buat stok raya. Amacam kalau pakai dress time raya? Pelik tak orang nengok?

Saturday, July 28, 2012

Leopard Cardigan

Finally. yeah finally berjaya dapat kan cardigan pilihan hati yang aku pernah update kat entry ni kan. Sangat berbaloi baloi sebab best & murah. Tunggu turn second batch pulak. Berbundle bundle borong sebab free postage kan.

Aku rasa dah cukup la tu bab shopping. Kena puasa shopping baju selama 2 or 3 bulan. Sebab dah melampau lampau shopping baju. 

Tapi duit dalam tabung tetap kena isi lah. Dah janji dengan diri sendiri kan.
 Janji tetap janji
shopping tetap shopping

Bila nampak leopard printed ajek, terus sawan. 
Nampak handbag, terus beli,
nampak kaen pasang terus beli tapi tak berjahit jahit sampai sekarang
Nampak tudung beli
Nampak shawl beli
Nampak tshirt beli
Nampak Cardigan pun terus beli.
Tak ke nama nya sawan.
Tak beragak agak betul sakit sawan leopard ni.

cardigan leapord pilihan hati itewwwww.
Macam mana lah nak buat buat lupa link sallyshopping ni. Sebab selagi ingat, selagi tu lah rasa nak rembat ajeeeee.

Tolong Delete dalam kepala hotak aku buleh?

Tuesday, July 24, 2012

Review session: Blogshop Pilihan Hati

Al kisah nya ramai yang tanya kat website mana aku beli cardigan & dress memurah kan dekat entri ni kan . Actually dah lama aku tak beli dress through online shopping ni sebab harga tak relevan. Eceh.

Actually aku malas nak bayo postage je. Lagi pun selalu nya dress yang aku nak mesti ada je kat giant. Bersepah sepah . Tak pun nak lagi murah, kaurang boleh p Pasar kabut Kat Stadium Shah alam. Kawan aku beli dress dapat 20 something je. Tapi aku adalah manusia yang mengguna kan masa tidur hari ahad dengan sebaik nya. So, aku rela mengbungkam dari ber shopping shopping. Ini sindrom orang yang keje 6 hari seminggu. Kalau tak paham. Sila diam kan diri.

oke, lets get to the point lah. 

Dah memang tujuan aku nak review blogshop ni.

Setakat ni aku puas hati dengan kualiti dress & Cardigan yang aku beli. Beli aje, Pakai nya tak lagi. Aku kan suka penuh kan wardrobe sampai muntah. 

For those yang tanya hari tu, Boleh p terjah baju cecantik dari korea kat link kat bawah ni.


 Sempena raya ni, Sally fashion ada buat promotion. Free Shipping. So baik p rembat sekarang.


HAPPY SHOPPING.

Saturday, July 21, 2012

Cardigan Pilihan Hati

Cardigan pilihan hati buat masa sekarang . Pantang nampak, mesti nak rembat. Sesi habis kan duit tak pernah habis. Sesi mengusha pun tak pernah benti. Baru je ura ura nak stop shopping, Kawan dah recommend kan tempat murah untuk shopping. Camanooo den nak tahan napsu yang meruap ruap ni.

 Tengok cardigan ni. Memang taste gua ni. Sekali pandang dah jatuh hati. belum lagi dua kali pandang. Terus rembat lah.

Arghhh feeling flowyyyyyy gitu. Walaupun dah ada dalam stok wardrobe. Tapi.. Masih simpan angan angan nak rembat lebih banyakkk.

Tapi dengan syarat.

Harga tak lebih 50 hinggit.

Kalau dah 40 something pun aku tak layan sangat dah. sebab cardigan sekarang berlambak lambak harga 30 or 20 something. Heaveeeeeen punya shopping.


  Suweeeet kan. 
color color lembut macam ni buat mata melekat.
Lepas tu, jumpa pulak dress ni. Tension gua sebab dress dah cantik. Tapi singgkat la pulak. Dah lama cari dress cenggini. Material chiffon, tapi labuh sampai kaki laaa. asyik jumpa yang senteng ajo. Tak kuasa aku nak beli. sat lagi nak kena alter kasi pendek pulak.

Bercerita pasal shopping, terus related dengan duit. Duitttttttttttttttttttttttt. Duit nak kawen, duit nak shopping. Mana mau cekau.
Patut nya raya kena lah ada bonus kan. hikkkk.

Bonus oh bonus. Come to mummy pelisssss. Entah ada harapan ke idak dapat bonus tahun ni. List barang yang nak dirembat dah bersusun. Kalau harap kan gaji, Negative ler jawab nya

Sob sob. 

Kalau tak dapat bonus.

Tak mau kasi duit raya dekat sepupu sepapat tahun ni.

titik.

huahuahua.

Sebab kena kasi duit raya kat umi papa kan. So kalau without bonus, Duit raya yang lain kena catu.
Okeh?

Gua paksa offismate gua ambik gambar macho gua . Suasa suram betul mentang mentang first day berpuasaaa.
Okeh lah. dah panjang lebar pulak aku merepek raban ni. 

Back to work. Babai.

Selamat berpuasa kaurang.

Tuesday, July 10, 2012

Big foot

 
Aku memang selalu mengalami sindrom kesengalan. Keje dalam bidang customer service kadang kadang memang kena ada method untuk release stresss.

 Kalau simpan sorang sorang takut jadi gila. Sebelum out of mind. harus lah ajak kawan sekali untuk jadi sengal.

Gambar di atas adalah gambaran Bigfoot yang terpaksa di ukur sebab bigfoot tersebut berura ura nak beli high heels secara online. maka size Bigfoot harus di ukur untuk mengelak kan kekecewaan di kemudian hari.

So, mari lah kita nanti kan. Samada Big foot ni berjaya tak sarung kan high heels yang di beli secara online. Nanti kan sambungan yang ntah bila.

Saturday, July 7, 2012

Dress pilihan hati

Dok sebok menguap, tiba tiba offismate tunjuk blogshop yang jual barang lagi murah compared dengan yang lain. Terbeliak sat mata. Tapi kualiti tu aku tak tau la macam mana kan. Sebab tak pernah shopping lagi. So, sebelum aku suggest kan dekat kaurang. Tunggu aku shopping dulu, check kualiti dulu. Baru aku buat review. Okeh?
 Honestly, sekarang aku prefer dress, lepas tu sarung aje cardigan or blazer. Sangat comfy. Kadang kadang rasa bebas bergerak. lagi sopan. So, aku banyak habis kan beli dress . 

Dress yang aku pilih bukan nya yang mahal pun. Range harga dalam 30-45 hinggit macam tu je. Kalau ada yang termahal pun sebab beli dress yang long sleeves . Tak pun beli dengan poplook.Memang  Puas hati. 

Okeh. kaurang? suka dress?


 

Wednesday, May 2, 2012

Cardigan Cotton on yang sangat comfortable

Oh sangat puas hati dengan hasil penyopingan dari Sis Ain ni. Second time aku beli cardigan brand cotton on. Koleksi yang first kale biru. Pun sangat jatuh cinta dengan cardigan tu. Dah dekat 2 tahun lebih aku lenjan. Tapi condition still TIP TOP.

So, sape yang rasa nak cari cardigan yang best quality. Boleh terjah cotton on. Aku ni kebetulan tengok sis ain nak let go cardi dia. So apa laei. Rugi wooooo lepas kan peluang. Hari ni parcel sampai, terus try. Jatuh cinta lagi kali ke 2 .


Friday, August 26, 2011

Parcel yang di tunggu tunggu


Semalam excited tunggu van pos laju datang melawat. Dari last week dok nunggu. Semalam penantian berakhir. 
Dengan rakus bukak parcel, lepas tu p show off depan umi. 

Sekarang ni, tak sabar tunggu dress pulok. hee duit tak bayar lagi, tapi excited terlebih. Boleh ler pakai time kawan kahwin ke hape. umi aku geleng kepala je, lepas satu , satu parcel sampai. 

Kerja aku dalam sehari, dok pikir macam mana nak habis kan duit. Memang kerja yang berpekdah kan. Kesayangan aku memang kena pasrah. Sebab ni sesi balas dendam shopping. hampir setengah tahun kot aku tak shopping. So sekarang , kasi chance lerrrrr.