Darlings

Saturday, July 27, 2013

Baju Raya 2013 by Jovian Mandagie

Niat di hati nak raya secara meriah tahun ni sebab nak celebrate tahun terakhir sebagai bujang kan. Tapi sebab busy plus kena saving lah konon, terus terbatal niat. So mungkin tahun ni kena behave sikit belanjawan untuk raya.

No kasut raya, no tudung raya. no duit raya. Baju raya untuk raya 1 pun tak terbeli lagi. Anggap tak do je laaah. Baru rasa nak sedih amat. tapi tiba tiba teringat yang dalam wardrobe kat rumah tu ada 4 helai baju kurung + dress yang masih tak terpakai. 

Terus tak jadi sedih. Lepas tu tiba tiba teringat jugak, fishtail dress yang aku rembat tuk diri sendiri pun ada yang belum pakai. errrk ni jual sambil pakai sendiri lah ni. Sampai berebut dengan customer.Nak bagi customer ke nak pakai sendiri. hahaha. Gila tak untung berniaga macam ni. Ni lah seorang Lyaa. Bab ni orang panggil menang membeli alah memakai.! Kita twist sikit peribahasa.

Walaupun tak beli baju raya. Window shopping tuk raya tetap berjalan. cuci mata tuk ubat kan hati. Macam biasa. Baju jovian tetap menggoda. Maybe sebab model dia tinggi melangit kot. so baju pun nampak cantik ajeee. kalau mak yang renek lagi rendang ni pakai. Takut ke lauttt aih.

Kali ni jovian buat design bervariasi sikit compared dengan tahun lepas. Memang melting habis. Siap ada orked, falling feathers lagi. Semua aku suka. Tahun depan kena ggrab satu tuk diri sendiri sebab dah lepas dah sikit beban kewangan. 















Range harga macam biase ler. RM 380- RM 460

Nak lagi best sebab boleh shopping online kat zalora. Tesco pun tak nak kalah kan. dah de Web online shopping sendiiri. Lagi cepat la susut account bank wanita wanita sekalian.

Happy shopping guys.


















14 comments:

cha said...

Bukn nk ckp apa. Hari tu akak tgk baju baju ni kt tesco indah khabar dr rupa huhu. Kain mcm kain murah je. Nasibla x beli online. Dgn jahitan x kemas. Smlm kwn akak pg butik jovian. Mmg baju xdela jual kt tesco sume baru ok kain dan jahitan. So klau nk beli jovian baik lyaa pg butik dia je terus sbb yg kt tesco tu alahai sedih tgk huhu

ma ❥ said...

tesco ada online shoping??haha baru taww

Mizz ErMa said...

hehehe..tau xpe, boleh rambang mata tgk koleksi2 raya sekarang nih..sume cantik2..

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

perghhh cantiknyaaaaaaaaaaaaaaa! harga pun cun! heheheheheh.. kalau dapat satu, memang ku jaga betul2 yela mahal kan.. :3

bgusnyaa akk masih ade baju tak terpakai lagi.. hurmm jimat duit kalau camtu..

fasha said...

hehe...kaki shopping lyaa ni yeee..same2..tapi tggl belom.berkerjaye je lagii.heee...

najihahfara said...

cantik2 design die kan

Cinta hazanis said...

comey tp mahal. :(

cik hani said...

Cantek..tapi harganya pun blh tahan..

Rosmiza Ali said...

Wah! Cantik2nya rekaan Jovian ni.. Tapi bila tengok tang harga tu bagai nak gugur jantung mak noks.. Huhuhu~~

June L. said...

Omigosh, I absolutely LOVE the emerald dress with the ruffles! *_* SO BEAUTIFUL.

Would you like to follow each other on GFC/Bloglovin? Junniku blog [Click!]
- A Korean fashion, beauty and lifestyle blog!

wawa syaida said...

cantik2 kan design jovian kali ni...tapi tu lah ngah berjimat cermat jugak huhu

kyo_9 said...

nauzubillah harga skang..
no wonder ramai belia jatuh muflis setiap tahun..

The ShomeL TwinZ said...

mmg cantik, harga pon cantik kan lya :)

zeera lily said...

wah.. harga x mampu..

http://belogzeera.blogspot.com/

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger