Darlings

Tuesday, July 30, 2013

Resipi Puding Roti

Bila aku masak dapur. Hura hara keadaan dapur tu keje kan. Zaman single ni memang jarang benor masuk dapur. Masak bila aku rasa nak masak jeeee. kalau tak rela tak makan la der . Malas lagi mengatasi perasaan lapar. Oke bab ni mungkin jangkit dengan Mr. Razman. Beza nya aku tak keding keding kalau tak makan pun.



Nak di jadi kan ceghita. Semalam offismate aku sebut pasal puding roti. Aku macam tertarik lah jugak nak cuba buat. Maklum lah. aku kan tangan kayu bab masak. so bila si alia cakap yang puding roti tu senang je nak buat . Terus la terdetik nak try. Apa salah nya asas bakat memasak yang memang malap habis sebelum kawen kan. 

So, here we go. Tepat pukul 4.30 aku tercegat depan punch card. Semangat waja der nak try buat puding roti. 


Bergegas ke giant dulu beli bahan bahan.

jangan panjang kan ceghita. Tangan pun lotih jugak nak menaip panjang panjang ni.

Bahan bahan :

Bahan-bahan

 
7-8 keping roti (depends pada kaurang lah nak buat tuk berapa orang kan)

* 500 ml susu segar @ 2 cawan ( Aku guna susu HL tu je)

* 4 sudu besar gula halus

* 2 biji telur

* 1 sudu teh esen vanilla

* 1 sudu kecil serbuk cinnamon ( Yang ni optional kot sebab aku tak letak pun)

2 sudu besar butter - cairkan ( aku pilih brand yang paling murah kat giant. Kedek bai)

3 sudu besar kismis

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair

1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)

2 sudu besar tepung kastad

2 sudu besar gula 


Cara-cara


Sediakan bekas ke loyang ke whatsoever lah kiah. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam bekas tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk sos kastad pula - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

So guys. Selamat mencuba.

12 comments:

mama maman aka yana said...

cam tertarik la pulak.. hehehe

Mek Onie said...

kita nak try la nanti :D

fasha said...

lyaa kite nak buat roti puding ni tak terbuat pon..haha..tah bila masa laa den nak wat...thanx for sharing...lepas ni boleh laa wat roti puding style lyaa..hehehe

suezen said...

wahhhh kemain rajin !....hehehe...bread puding mmg senang nk msk:)

cik hani said...

Cik hani teringin nk wat tapi xde oven microwave bagai tu..mcmne nk bakar..huwarggghhh

~misshuny~ said...

samala..hani pun baru lepas tepek resipi puding roti..tp versi hani xpayah bakar..hihi...senang je kan buat..sedap pun sedap

nuyui a.k.a miss YUI said...

sng je kan..hihi..

Lady said...

sedapnyeee, boleh cube :)

Amanina Mads said...

nampak sedap..nk try la. hehe

E'in said...

pehhhhhh nmpk sedap nie.. lau rajin t awek try wat plak.. tu pun lau rajin tu nak mai laa.. hahaha

the malay male said...

roti pun boleh buat puding skrg ni..huhu

zeera lily said...

best kn puding roti? sng je nk buat..

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger