Darlings

Showing posts with label working life. Show all posts
Showing posts with label working life. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Hectic Day

Hari yang penat, hari yang tak best hari yang moody . Semua tak kena hari ni. Blog pun terbiar tak berupdate. Curi masa untuk update walaupun mood sangat la swing. Kenapa hari sangat menyeksa kan jiwa?

Hari ni berhempas pulas settle kan daily report. Ni semua sebab 2 hari punya training. Hari hari aku ada 4 report yang nak kena submit. 2 hari attend training, report dah pending, hari sabtu lak EL sebab tak sihat. Campur dengan report hari ni. cer kira. 4 hari X 4 report = 16 report kena submit. Muntah!

Dah lah tido malam memang tak lena. Lagi liat nak bangun pagi. Macam semalam tak tau lah berapa puluh kali dah aku terjaga. ubah posisi tido. P toilet. Sekali bila alarm bunyi rasa nak menangis tak mau bangun. Tak mau p kejeeeeeeeeeeeeeeee. Mata berat sampai sempat snooze alarm tu sampai 6:13 am. Tapi sampai bila mau snooze kan. Nak tak nak kena bangun & p keje!



On the way p keje, aku bantai membuta je pagi ni. Betul betul rasa longlai jee. Sedar sedar dah dekat nak sampai. Mr. Razman kejut suh beli bfast pun tak mau hari ni. Tekak cam loya je nak makan nasi lemak. Bosan!. Cakap tak mau beli bfast, tapi aku tau lah akibat nya kalau tak beli bfast. mesti masuk angin punya hari ni.


Sampai office start buat keje, stop kejap p toilet jeek, Sedar sedar dah pukul 10 am. Perut dah bagi sign lapar sesangat. Tadah muka kesian dengan colleague siapa siapa yang ada makanan. Dapat baulu pun jadi laah . Alas perut. Walau pun tak berapa nak alas tapi better than nothing laaah. Pukul 12 tu aku dah start muntah keluar balik baulu. oh my. Memang sengsara. Keje banyak tapi badan dah tak larat. Muka tok sah cite lah. Memang masham je la. Memang tak pedulik dengan customer lah. 


Lunch tak larat nak keluar, request dengan colleague kirim beli jee. aku nak naik rest kat surau. Berjaya lelap 10 minit pun jadi laa sebab kepala dah berat sangat. 1.50 pm bangun solat then turun sambung keje. Tengok tengok makanan dah ada, stop makan jap. Lepas settle makan je, aku muntah kan semua makanan tadi. Tak tau kejadah nya hari ni. Makanan tak lekat bila angin dah masuk kot. Lagi sengsara hidup. Pujuk hati, sabar laaah. Nanti malam makan sedap sedap k. Bukan apa, kesian kat anak, bukan main dia golek kiri kanan protes lapar sangat agak nya. 


Rasa bersalah yang amat, Esok memang nak ke tak , kena makan jugak pagi pagi. Sengsara melayan muntah hari ni. 

Satu je aku lega hari ni, Even dengan muntah & pening, aku berjaya settle kan daily report. Alhamdulillah. 

Besok pulak cuti lagi sebab ada monthly check up. Boleh rest kan kepala hotak sekejap. 

Tapi hectic day aku belom berakhir. 7.50 Pm still kat office tunggu Mr. Razman. Hari ni last day financial year. Mau nya kena berkampung dekat office. 


:(((((((((((((. Rindu dekat bantal kat rumah. sob sob sob.


 




Thursday, June 6, 2013

Random update

Lama biar kan blog sepi tak ber update. Fokus lebih pada keje, pada wedding preparation. Memang rasa waktu keje tak sempat nak update blog. 

Time overtime bekejar siap kan report untuk next day. Normally pukul 7 or 8 baru get ready balik rumah. Macam tu ler rutin sejak dari dulu. Tapi sekarang ni bit tough sikit sebab Job description makin bertambah. Work Pressure pun makin bertambah hebat.

 Kalau di ikut kan. aku bukan ler jenis workholic punya orang. Balik rumah aku akan lupa kan 100 % pasal keje, Memang dalam mode resting mind betol betol punya. Tapi semenjak dua menjak perkataan rest kan minda kat rumah tu macam dah hilang. Terbawak bawak pending case sampai rumah. Tidur pun boleh termimpi sampai nangis dalam tido. hebat nya penangan keje. 

Tapi di sebab kan memerlukan duit yang banyak, bersabar tu letak pada tempat pertama. Biar kan diri berhadapan dengan pressure. supaya masa hadapan nanti reti sikit control temper. 

Enough said pasal stress. Bercakap pasal stress banyak banyak buat kaurang muntah. Mungkin starting from today, aku paksa diri rajin kan update pasal daily life. okey guys. 


Teaser untuk next update. Instagrammer yang follow insta aku dah basi tengok gambar ni.

Bbai bai bai bai bai


Wednesday, January 16, 2013

DRB-HICOM AUTOFEST 2013, in support of GAZA



Sape sape yang simpan niat nak beli kereta dalam masa terdekat memang elok sangat lah join autofest ni. Nak tengok kete Mitsubishi ke, audi ke, honda ke, proton ke, suzuki ke,erkk malas pulak aku nak taip satu satu. sila refer Picha diatas ye. 

Nak buat appoinment tuk service Mitsubishi car boleh cari aku lah. Aku boleh arrange kan. Jangan tanya pasal harga kete pulak dengan aku. Aku tak jual kete.

Located at glenmarie, Landmark- Drb hicom or Hotel Holiday in.
. Start 10am-6pm

Lupa pulak.

Autofest ni berlangsung mula 18 jan - 20 oke. So, meh la meriah kan suasana. Kot kot kaurang dapat Lucky draw ke. Aku ni pulak kena menyebok kan diri kat sana hari jumaat. Meh teman aku meh.

Saturday, November 17, 2012

My SabtuDay

Sabtu datang lagi. Masih tetap kena kerja. No cuti cuti. Simpan cuti untuk balik kampung. So masa orang dok bersenang lenang cuti dekat pulau bagai. aku terceruk dalam office. Memang tabah kan hati teringat kan kampung.

Sebelum aku start buat keje. Terdetik lah jugak nak update blog . Maka wujud lah entri yang aku pun tak tau kategori apo ni.

Oh yea, harap harap ada modal lah untuk update lepas ni sebab sekarang dah timbul balik musim wedding. So, keje aku adalah p wedding orang. Hari ni ada wedding, besok ada. Minggu depan aku tak check schedule lagi.

Bila ada wedding. Jenuh nak pikir pakai baju apa. 

Disebab kan aku tak suka kelam kabut pagi pagi. Maka malam sebelum nya aku dah prepared apa yang aku nak pakai. So bila aku bangun pepagi, aku boleh bersiap lambat lambat .


 Outfit for today.
Black Peplum Dress
Palazo
Today's outfit
 Maka. dengan jaya nya aku habis update blog. Sekarang masa untuk KERJA.


Friday, August 10, 2012

IFTAR - Day 20

Semalam bebuka puasa dengan meriah dengan offismates. Dah survey semua hotel, sekali hotel yang paling dekat jugak lerr yang dipilih. Dekat tak dekat, seberang jalan office aku aje. So, tak payah pikir pening kepala nak redah jammed kan. Boleh gerak dari office pukul 6:30 lagi.

Review aku? Makanan So so aje lah. Aku kurang gemar pilih buffet sebab aku bukan jenis yang makan banyak sangat. So, ni jelah buffet yang aku attend sepanjang bulan puasa. Sebab tak berbaloi babe. RM109 satu kepala kalau kau makan ciputtttt . Nasib free kan.
Located @ Glenmarie. Sape berminat boleh try. Tempat memang cantik de vasss lah. Pasal makanan , semua benda aku try sikit sikit. Sendawa bau daging kambing. huahuahua. Lepas tu  Aku cari oyster. Tapi yileeeeeeeek. Frust kita tau daaak.


 Sebelum bukak puasa. Muka pun paksa senyum. Sebab perut dok kriooook kriooook bau makanan . Istifar dalam hati mensabar kan diri.

Ni baru first round. Behave dulu.
Conclusion nya. Perut memboyah dengan jaya nya. Sambil jalan sambil usap perutttt. Nasib ler pakai baju kurung yang loose sikit. So ada space  perut nak memboyaaah.

Sekarang ni. Perut bunyi kriooook kriook sebab tengok gambar makanan kat atas. 

Thursday, July 26, 2012

Striking Colors

Today's outfit
Aku suka pakai  striking color neh. Nak nak lagi color merah mak ngah. Sebab apa aku suka pakai pun aku tak tau. Yang aku pasti bila aku pakai kale merah aku rasa confident. Jarang nak kesah sangat apa yang orang kata bab dress up ni sebab aku suka ikut kepala aku sendiri. Kalau Umi aku ke papa aku ke Mr Razman tegur baru lerrr aku kisah sikit.

Len orang len cara pikir. Ye dok. Certain orang memang tak berani habis try red color ni. Depends lah. Kita pakai apa yang kita selesa. Kemahuan sendiri, bukan atas dasar paksaan. Jenis aku yang gila striking color neh. Shawl pun bersepah sepah red color, tambah tudung bawal. Sebab senang nak match kan dengan uniform keje. Tapi tak do lah berhari hari kau pakai red color. Orang lain pulak naik jemu nengok nya.

Bukan takat merah aku suka.

Semua color yang  janji nampak cun kat mata aku. Aku redah jeee.
Kaurang??

Iftar Day 5


Saturday, July 21, 2012

Cardigan Pilihan Hati

Cardigan pilihan hati buat masa sekarang . Pantang nampak, mesti nak rembat. Sesi habis kan duit tak pernah habis. Sesi mengusha pun tak pernah benti. Baru je ura ura nak stop shopping, Kawan dah recommend kan tempat murah untuk shopping. Camanooo den nak tahan napsu yang meruap ruap ni.

 Tengok cardigan ni. Memang taste gua ni. Sekali pandang dah jatuh hati. belum lagi dua kali pandang. Terus rembat lah.

Arghhh feeling flowyyyyyy gitu. Walaupun dah ada dalam stok wardrobe. Tapi.. Masih simpan angan angan nak rembat lebih banyakkk.

Tapi dengan syarat.

Harga tak lebih 50 hinggit.

Kalau dah 40 something pun aku tak layan sangat dah. sebab cardigan sekarang berlambak lambak harga 30 or 20 something. Heaveeeeeen punya shopping.


  Suweeeet kan. 
color color lembut macam ni buat mata melekat.
Lepas tu, jumpa pulak dress ni. Tension gua sebab dress dah cantik. Tapi singgkat la pulak. Dah lama cari dress cenggini. Material chiffon, tapi labuh sampai kaki laaa. asyik jumpa yang senteng ajo. Tak kuasa aku nak beli. sat lagi nak kena alter kasi pendek pulak.

Bercerita pasal shopping, terus related dengan duit. Duitttttttttttttttttttttttt. Duit nak kawen, duit nak shopping. Mana mau cekau.
Patut nya raya kena lah ada bonus kan. hikkkk.

Bonus oh bonus. Come to mummy pelisssss. Entah ada harapan ke idak dapat bonus tahun ni. List barang yang nak dirembat dah bersusun. Kalau harap kan gaji, Negative ler jawab nya

Sob sob. 

Kalau tak dapat bonus.

Tak mau kasi duit raya dekat sepupu sepapat tahun ni.

titik.

huahuahua.

Sebab kena kasi duit raya kat umi papa kan. So kalau without bonus, Duit raya yang lain kena catu.
Okeh?

Gua paksa offismate gua ambik gambar macho gua . Suasa suram betul mentang mentang first day berpuasaaa.
Okeh lah. dah panjang lebar pulak aku merepek raban ni. 

Back to work. Babai.

Selamat berpuasa kaurang.

Thursday, July 19, 2012

Malas Day

Hari yang indah tanpa uniform. Memang syok. Sebab hari hari pakai uniform pun bosan jugekkkk. Pagi pagi ni aku dah sarung kan blouse covered by cardigan kesayangan. Sampai roomate tanya keje ke idak. Nampak sangat ketidakformalan di situ. Yeaaaaah. nak jumpa customer tapi sempoi habis kan macam nak p tengok wayang sajek.
 Most of the time aku bukan la face dengan customer sangat. Let say ada complaint ke, customer nak jumpa ke baru ler aku tunjuk muka. Tak do lah aku menebeng kat depan 24 jam. Tak kuasa aku.

Gua ada hp c3, paling canggih. Lu ada?
Sampai office, sarung lerrr blazer sekali harung dengan cardigan. kejadah tak kejadah. hari ni hujan lebat plus air cond sejuk nak mampos.

Tangan aku dah kebekuan nak menaip ni pun. Aku mintak diri. 

Sebenar nya tak do idea pun nak update amenda hari ni. So, aku main update je pasal daily life aku. Nanti aku rajin aku buat review yang tertangguh ni. 

Adios .
chowssss
 




Monday, July 2, 2012

8 Months already

Dah masuk 2 july 2012.  Maknanya dah masuk 8 bulan aku keje kat tempat sekarang. Baru 8 bulan. Tapi dah merasa banyak pahit manis. Jatuh bangun, gelak ketawa, Menangis. Nak tak nak semua tu memang kena hadap & apa yang aku hadap sekarang confirm lah lain sangat sangat dengan dunia belajar. 

Apa yang kau belajar, mana nak sama dengan benda yang kau lalui. Teori & Practical. Dua benda yang beza. Kadang kadang tak do la beza sangat. Setengah benda boleh apply je .

Macam rajin. Tapi satu part tu je la yang aku cat. muahahaha
 Sepanjang aku keje tempat sekarang ni jugak, dah banyak attend interview company lain. Alhamdulillah. Rezeki sentiasa berpihak. Yang paling sayang bila terpaksa tolak offer dari Petronas. 

Even dapat position yang aku interview tu, tapi tiap kali tu lah aku berat hati nak hand over surat resign. Entahhh lah. May be sebab office sekarang ni paling dekat dengan rumah. 

Ralat tak ralat. Aku redha je time tolak tu. Mr Razman pun banyak bagi opinion kenapa aku kena tolak. Even gaji masyuk, tapi faktor lain kena ambik kira jugak. Paling aku tak boleh tolenrate adalah faktor Jammed. Okeh. sebab aku manusia yang paling tak penyabar, So kalau p koje kat PJ, memang hari hari lah aku stress dengan jammed.  Dengan berat hati , aku tolak. 

Tapi aku percaya. Rezeki ada kat mana mana. Bersyukur dengan gaji yang aku ada sekarang. (pada masa yang sama p interview lagi. hohohoho) . 

Atleast kena bersyukur sebab ada keje tetap kan.
Kita tak kan boleh predict untuk future, but at least . Kena ada planning. 
 
Bertahan selagi mampu bertahan , tapi usaha tu penting. Tawakal without usaha is nothing babe. So make sure usaha beganding bahu bersama tawakal..

Bukan bermaksud bila aku p interview tempat lain, aku tak hargai rezeki yang ada. Tapi dalam hidup ni kena ada target untuk maju kan diri. 
 
Salah satu aku suka pasal interview adalah experience. Yang kat mana mana pun kau tak boeleh beli. Dan lagi satu, Confident. Kalau sebelum ni aku takut takut. Sekarang ni aku rasa aku gain confidence sikit compared dengan dulukala. So, sebab tu lah aku suka p interview kot. Dapat ke tak dapat tu soal no 2. Yang penting kau cuba.

Oke? Cukup ler tu membebel hari ni. Membebel pagi esok pulak. Babaiiiii.
 




Wednesday, May 30, 2012

Training Day

Second training dengan Mitsubishi Motors. Content nya lebih kurang dengan first training. Tapi kali ni lagi happening la. Nak lagi best, bila jadi antara CR yang termuda. ehemmm, lepas ni, dah tak jadi antara yang termuda la agak nya.

Cuma yang tak best tau amenda. 

Tak best sebab Hq Mitsubishi memang kat sini, so aku tak do chance ler nak berjalan jalan. Orang yang kat pantai timur, sabah serawak syok ler kaurang kan. Berjalan.


Macam biasa. Mesti jadi manusia terpendek di kalangan mereka yang macam model
salah satu aktiviti.
Yang best pulak sebab koje makan aje. Kejap kejap makan. Kalau seminggu p training confirm naek 50kg dalam masa yang singkat.

Yang terkilan sebab tak sempat snap pic semua CR satu msia. May be next time kot.

Conclusion nya. Training kali ni, boleh release stress aku sebab boleh lari kan diri dari keje . Heaven pun hadoooo.Conduct training hari hari boleh. hahahahhahaha.




P/s: Hari ni back to hometown. yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaa!




Wednesday, March 28, 2012

Working Life

Sedar tak sedar dah nak masuk 5 bulan aku masuk alam keje. Baru nak masuk 5 bulan tapi rasa macam dah lamo aje keje. Nak nak lagi dalam bidang customer service, rasa macam lagi cepat aje aku bertambah tua. Seriously lah.

Nak mengomel?

Tak do lah

Tapi anggap belog ni tempat catat memori, sharing.

So, sharing pasal working life sikit.
Aku pernah update yang aku lembik, tapi macamana boleh tersesat dalam dunia customer service yang TOUGH!. Hari hari face dengan customers.

Jumpa customer yang tak banyak cekadak, kau nasib baik lah. Kira good day ever lah. Tapi bila start je ada customer yang langsi, Mau lah kau bad mood . Nak senyum pun rasa macam sembelit.

Cuma aku bersyukur. So far everything works well. Walaupun tak semua jadi ikut planning kita. Tapi tak do lah aku rasa hidup aku teruk.

Aku mintak, in future, tak do la customer yang datang bawak parang kalau tak puas hati. Mau terkencing on da spot kalau ada weh.
Nak maki, maki ajo lah. Sebab muka Customer relations kan memang tuk tadah orang maki.

All da best untuk diri sendiri.

Thursday, February 23, 2012

Happy Working

Benda yang kita tak suka tu la yang selalu kita dapat kan. Punya lah aku benci kaler putih. last last bila kerja kena pakai baju putih.

Baru padan muka kan kan kan kan kan kan . Tapi tak po, layan kan je lah. Janji tak payah basuh baju banyak banyak.

Friday, November 18, 2011

Dunia kojo

Hello guys. Menyepi kan diri betul kan. Neway, bukan merajuk ke hape. Tapi tak do idea. Tak kan aku nak update pasal kerja ajo sepanjang masa kan. 

Masuk hari dah 18 hari aku masuk alam keje. Sebab aku start keje on 1/11/2011. Tapi tak masuk lah cuti raya, weekend ke hape benda tu kan. 15 november hari tu aku dah dapat first pay sebab dekat sini gaji 2x sebulan, so next gaji 25 november pulak.

Teruja dapat gaji? Agak teruja, sampai rasa sayang pulak nak guna. 

Badan still lemau dengan air cond. Balik keje kadang kadang terus tidur dengan baju keje. Kantoi lah tak mandi kan. Macam semalam, pukul, 930 aku dah tertidur, tv yang tengok aku. Aku ni ada penyakit, kalau tidur awal, mesti liat gila nak bangun pagi. So, aku kena tidur pukul 11 or 12. Baru ler senang sikit nak bangun.

Rutin harian 610 am dah bangun, rush p mandi, semayang & kejut Mr Razman. Dia ni kalau kejut awal pun dia p sambung tidur balik. Dah paham sangat, Kalau lambat , dua dua sekali punch card MERAH. Bagus lerrrrr teww.

Kerja di bawah satu bumbung dengan Mr Razman ni banyak dugaaan tau dak, Banyak mata yang memandang, kena pandai differentiate antara kerja & personal. Satu benda je kau buat salah. Semua orang pandang. Boleh jadi issue hokeh. So, pandai pandai lah berlakon. Nak pulak kerja aku memang relate dengan dia. Lagi la kena pandai pandaiiiiii.

oh, hari tu ada yang tanya aku kerja apa? Kerja aku "customer relation" . Hari hari deal dengan customer. Bosan pun tahan ajo lah. Company bayar gaji so buat je la kerja kauuu.

So far aku tak do lah dapat customer yang fussy gilo gilo. Sebab customer mitsubishi tak do lah banyak songeh sangat kalau nak compare dengan customer proton .

Satu benda lah yang aku kena praktik betul betul sekarang. SENYUM!. kang hado customer tak puas hati sebab muka CR macam cuka. Dah bertambah satu lagi complaint. 

okey lah. nanti aku cuba merajin kan diri hupdate. Weekend may be ada benda best yang nak di gebang kan.babai!



Friday, November 4, 2011

Finally

Jumaat sudah. 2 hari away dari dunia blogging. Bukan takat tak hupdate, blogwalking ke segala jadah semua tak larat nak buat. Balik aje terus cari tilam nak melanding kan diri. Satu badan lemau. Lepas mandi , letak kepala terus blank. Sedar sedar dah pukul 6 a.m. Tidur yang lena gileee.

Ambik masa la kot nak membiasa kan diri dengan dunia keje. Dulu masa aku start practical pun aku amik masa seminggu dua untuk serasi kan diri. Kau tau serasi kan dengan hape? Air cond!. Badan aku memang mengada sikit pun. Dah lama tak dok dalam air cond sejuk sejuk . Direct 8 or 9 jam pulak tu. Mau tak lemau. After 1 weeks, badan dah boleh terima la kot. Hopefully lah.

Nak update panjang pun teragak agak. Bila kat office semua yang kita buat orang pandang. Nak pulak orang baru. So, pandai pandai lah behave. Later2 lah aku kasi entry panjang & berpekdah sikit dekat kaurang.. Bebooooi.