Darlings

Showing posts with label make up. Show all posts
Showing posts with label make up. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Chriszen Gel Eyeliner

Hari ni rasa macam rajin sangat nak review pasal gel eyeliner yang aku baru try ni. Terjebak dengan chriszen gel eyeliner sebab brand yang aku setia tahap gaban tu dah discontinue (kata promoter dekat drug store la)

Dekat 7 tahun or lebih aku dok guna silky girl gel eyeliner. Beli loose, beli borong time ada warehouse sale bertahun tahun. Alik alik tahun ni dikhabarkan discontinue. WHY?? Kalau ada yang boleh jawab, tolong roger dekat komen ok. aku masih curious. Tapi tak tau nak tanya siapa.

Mari berkenalan dulu dengan Chriszen gel eyeliner ni. 
Macamana boleh terjebak dengan eyeliner ni? Aku gigih google sini sana sinun nak cari gel eyeliner dengan harga yang cun. Cun di sini membawa maksud AFFORDABLE. 



Okey. Tadaaa hasil google. Sebab tengok harga yang twinpack ni menarik, terus la aku grab dua. Rugi oooi alang alang dah membeli. Design dia pun ala ala silky girl kan. Aku jenis suka brush yang attach sekali dengan botol sebab kalau jenis yang brush asing asing confirm aku TER hilangkan. Contohnya masa pakai gel eyeliner Loreal dulu. Haish bercinta betul nak cari brush. Kualiti memang no doubt la loreal, tapi bab brush je akak fail uolls. 


Okey ni gambar lepas excited dapat barang. ambik gambar satu je, yang satu lagi alana rose bajet dia punya. Ambik la nak oi kalau reti sangat nak pakai benda alah ni. Mama bagi je haaa.



Review?
Alhamdulillah. Kena dengan citarasa aku ni. Color dia memang tak sepekat likat silky girl. tapi senang nak apply. Aku compared dengan silky girl la sebab brand silky girl yang aku pakai paling lama. Tak smudge sesuka hati, Senang nak tanggal. Smooth je bagi aku. Berbaloi baloi dengan rege ceq oii.

Ala ala close up sikit,  yang ni tak berapa nak smooth sebab alana rose sebok dok pegang kaki suh dokong dia, So kemain cepat la mama kau ni pakai eyeliner. Gigih tu tetap gigih . So kening pun tak ado la nak ber conceal bagai.  Janji ada gambar untuk testimoni. 

Okey, tu je la yang sedikit sebanyak boleh share dengan korang. In case korang nak mencuba or bertukar pada brand yang mampu milik dengan kualiti yang "not bad". So why not korang try chriszen ni. Ada rezeki aku nak try foundation golek sampai molek pulak. 

korang bila nak try? Yang penting boleh support local brand uolls. dah try boleh share comment pulak.

Tata uolls.

Wednesday, July 4, 2012

Make up pun bermood mood

Topik hot fm hari ni. Perempuan rajin make up di awal minggu je. Masuk hari rabu khamis mood nak make up dah slow down. Betul ke?

Kaurang pun macam tu ke? Aku hari isnin la paling malas nak make up. Sebab monday blues kan. Start hari selasa rabu tu dah okay sikit lah. Sebab blues dah kureng sikit.

Credit to Fatin suhana

Love her make up so much.
Tapi kalau make up macam ni p office hover la nyah.

photoshoot ke, wedding ke. memang marvelous habissss.



Eh kaurang macam mana? Memang mood make up slow down ke bila masuk hari rabu?

Monday, October 24, 2011

Blog Make up yang aku tak jemu jemu terjah

Semenjak jadi Unofficial penganggur. Aku banyak terjah blog yang banyak buat tutorial make up. Memang jatuh hati tengok dorang make up. So, terjah aje dalam diam. Dalam hati. Kagum. Kreatip dorang ni. So meh terjah blog blog yang aku suka.

Kelik nama untuk terjah ke blog mereka yang cun dan kretip ni.

zoey ni cik andam. So sapesape yang interested untuk dapat kan khidmat dia. Sila berbuat demikian. Dia dok area kedah ye. Yang dok area kl shah alam geget jari aje lah.



Video kat bawah ni salah satu make up yang aku suka. Siap download lagi.

Tak rugi kalau terjah belog beliau. Banyak tips penjagaan muka, produk apa yang dia guna.




Suka tengok muka dia. Macam mix pun hade. Tapi dia jarang update blog. Kadangkadang ternanti nanti jugak bila la dia nak update.
FYI, Nurul ain ni banyak buat tutorial pakai shawl. Boleh p terjah channel youtube dia.


Bunga memang aktif upload tutorial make up. Pun sangat sangat kreatif. Sekarang ni make up ala ala jack nitemare .


Mazni
Aku suka cara smokey eyes dia. Sangat kemas.

Sekian. Agat lama nak siap kan entry ni. So . Happy watching!

Saturday, October 22, 2011

Penangan Tya's Touch. Superb!

Aku memang dah lama jatuh cinta dengan penangan make up sis tya. Kerja dia kemas ajek. So selalu usha customer yang dia make up. Mabelessss. Frust pun hade. sebab rasa nak sangat sis tya make up kan time tunang or nikah.

Sadly. Jauh sangat derrrrrr. Kelantan-Lembah Klang. Gua tak mampu. Pujuk hati sendhiri. Kalau ada rezeki, boleh sis tya make up kan untuk pre wedding. Itu pun kalau pre wedding photoshoot aku tu wujud  kan. Entah tahun bila lah tu. Verangan lebih.

Mari kita Berkenal kenalan dengan sis tya. Ghase nya dah ramai yang kenal dia. Antara mak andam famous amos kot. Aku tengok booking list dia sampai tahun depan. So kalau sape sape nak booking dia, kena check lah dulu. Takut dah full. Haish. Sekali lagi . *Jealous mode*
Sis Tya. Kadang2 join modeling event jugak. Tak silap aku kat Uitm shah alam ni.
Mama Howt with ziyaad. Dah besar ziyaad sekarang.
 Dulu aku follow personal blog sis tya. Tapi sekarang blog tu dah tak berhupdate. Sis Tya focus kan pada blog make up dia. Sedar tak sedar dah lama aku jadi follower sis tya ni. Dari zaman dia belum kahwin lagi. Sampai lah sekarang dia dah ada anak. Cepat jugak masa berlalu heh.


Sekarang mari kita terjah hasil sentuhan sis tya.

Fatin Suhana
Irine Nadia pun guna khidmat sis tya jugak untuk photoshoot

 
Glowing glowing gitewwww
Sis Zaza. Model famous amos


 So,pada yang interested untuk di touch up dengan sis tya. Boleh email ke tyastouch87@yahoo.com

Facebook : TYA ADNAN

YM : fatiha.adnan

hp No : 019-3707473
&

*Gambar gambar credit pada tya's touch. Aku dah mintak permission awal awal dengan sis tya. Thanks mak andam meletops ni sebab bagi cilok gambar. All the best untuk business sis tya.











Saturday, August 20, 2011

Review session 12: Make up Remover

Dah lama tak hupdate pasal product yang aku guna kan. Sekarang ni agak kekeringan akai nak hupdate hapo dekat belog ni, tu yang kadang kadang aku tinggal belog sampai kesepian tu, non idea.

oke,
product reviewed kali ni, make remover. Aku guna maybelline punya. Sebab bessssst, tak pedih kan mata, yang penting harga pun affordable. Highly recommended, sebab aku pun dah lama guna product ni, boleh bagi 4 bintang. Sila cuci make up anda betul betul, jangan sampai liang pori tu tersumbat, naek jerawat , kaurang jugak yang bising...





Tapi bila out of stock kan. Aku rembat je minyak johnson umi aku ni, saving! Yang penting kau remove make up sebelom tidur . kalau rasa nak kulit berkeduit seribu sebelom tua, tak payah susah susah remove make up tu, biar je, esok pagi tak payah make up dah.
oke, tak do idea nak bebel panjang panjang . lagipun dah nak buka ni. tata titi tutu

Tuesday, August 9, 2011

Magic eyes Instant eyeshadow



#Click video tu untuk Tengok cara pakai instant eyeshadow

Semalam, aku tersangat rajin blogwalking, then aku terjumpa pasal instant eyeshadow ni. First impression.aku, Wallah, apesal aku tak pernah pernah tau weh pasal ni, aku yang out dated ke ni new product? 

So, eyeshadow ni akan menyenang kan keje untuk yang tak reti blend eyeshadow secara manual, macam aku, aku gasak jek tenyeh kat mata, jadi tak jadi tu belakang kira, janji conteng dulu. Mana la tau kaurang nak beraya dengan bereyeshadow tahun ni, lip lap lip vogue da vass gituuuu cik kak kiteee.

hape lagi, p terjah belog Supermodel's Secret beauty

Trial order of 2 pairs @ RM 13 Free pos Express
(Due to limited stock designated for Trial order, u may choose 1 color of ur choice, the other one will be randomly picked)

Buy 1 box of 6 Pairs @ RM 35 Free Pos LAJU 
[Save RM 4.00*]
~Cost per pair @ RM 5.83 only~

Buy 2 boxes of 12 Pairs @ RM 59 FREE PosLaju 
[Save RM 19*]~Cost per pair @ RM 4.91 only~



 Smokey eyes Gituuuu

 Color color yang hade


 Sekian, masa untuk sambung tidur sebab entry ni schedule post. babai.




Thursday, August 4, 2011

Eyeshadow pun boleh la

Bila sengkek sangat sangat sangat, nak beli eyeliner pun kau berkira tau, even menda alah tu dah jadi benda yang wajib hado dalam stock make up. aku tak ado cream ke compact powder or segala mak nenek tu, aku tak do la kesah sangat, tapi bila eyeliner pun sold out, mula la aku menggelupur,

Bila aku ingat la, kes ni jadi bertahun tahun yang lepas kot, memang sengkek gila gila . aku pun mula la cari inisiatif lain, Then aku nampak  eyeshadow  black color ni, sebat jek, konon konon eyeshadow jadi eyeliner. saving kot. hitam pekat sama macam eyeliner.

Kiro jadi la tu. haaaaa, so kalau sapa2 ada eyeshadow tu bole le try try ye dok.  Aku guna yang silky girl je, dah berzaman beli, zaman diploma dulu kan reti beli silky girl, Jangan tak tau, silky girl punya product siapa cakap tak bagus walaupun murah. Best jugak. Kalau bab product silky , aku suka eyeshadow & gel eyeliner. memang best. recommended jugak.

 haaaaa, eyeshadow ni  pekat. any suggestion lagi tak eyeshadow brand amenda yang pekat,? sebab aku guna maybelline, in2it, elianto, mesti tak pekat, tak berapa best.

 Janji kau pandai control. jangan sampai masuk dalam mata, paham paham jek lah eyeshadow kan jenis berdebu, so senang comot sikit.



oke, selamat mencuba.

Thursday, July 28, 2011

Make up: Try & error

Yeah. try & error. ngaak ado kojo.

 Aku ni jenis manusia yang kureng gemar pakai eyeshadow, Sangat sangat tidak gemar, tapi bila dah bosan, semua benda pun jadi kan.



Saturday, May 28, 2011

Gel Eyeliner- Loreal



Hari tu masa aku up kan entry make up, Sarah ada suh letak gambar pakai eyeliner tu kan. so, here it is. hope boleh membantu awak ye. dont worry. Eyeliner tu terbaik lah. highly recommended.


 Aku tak kesah kalau tak ada eyeshadow, tapi kesah kalau tak ada eyeliner.


 Senang nak control. Aku rasa orang yang nak belajar pakai eyeliner, senang jek guna yang gel punya. jangan terus kau hentam liquid. memang sememeh. Jangan cakap kau, aku yang bertahun tahun pakai eyeliner pun, kalau bab liquid terus jadi parkinson. hurmm, kena practice banyak banyak lagi agak nya, sebab kadang kadang tergedik jugak nak try liquid, feeling feeling cat eyes gitu.

oke? tata titi tutu.

Wednesday, May 25, 2011

Entry Make up


Scheduled post: Aku tengah syok membuta time kaurang membaca. Happy reading !

Eceh, bukan hado make up make up pun ni, saja nak sharing sharing barang make up apa yang aku guna hari hari. Kira aku buat satu entry je la bagi menjawab soalan soalan yang pm aku dekat fb. Harap yang tanya tu baca la.

Yang request dengan aku  video tutorial make up tu. Sory sangat. aku bukan tak mau buat, Tak ada orang nak jadi model la kat kampung ni, aku tak tau nak taram muka sape, lagipun barang make up aku banyak yang dah nak habis, so kena saving saving lah.

Okeh, jangan panjang panjang cerita, moh kita terjah.

1) Compact Powder : PIXY 


 Aku baru try dalam 2 bulan lebih. So far okeh lah, Reason utama tukar dari miyami pada pixy ni sebab pokai tahap gaban lah. Memang lah tak banyak beza bagi kaurang. tapi bagi aku yang tak ada income memang banyak beza. Lagipun aku beli yang refill punya jek, then refill kat miyami. heeee. Bijak kan. So orang pun confuse aku pakai miyami ke pixy.

Review pasal pixy ni? aku rasa tak banyak beza sangat dengan miyami. harga pun reasonable kan. Recommended la.

 2) BB Cream : Silky girl


 Dah try maybelline & elianto, Aku rasa nak try silky girl pulak, kawan suggest kan kat aku. Lagipun time tu ada sale, dapat murah sikit. Then kuantiti pun lagi banyak dari maybelline. Texture bb cream silky girl ni lagi pekat lah dari maybelline, ala ala elianto dah. Kalau maybelline kan cair sikit.

 Review aku? okeh je, aku tempek jek kat muka ni, tapi kawan aku cakap muka aku nampak gelap sikit. adakah pengaruh bb cream ni. Seram jugak aku dengar, okeh, lepas ni may be kena tukar bb cream lagi. brand hape tu dipikir kan kemudian tahun.

3) Mascara : Elianto


First time aku try mascara ni, mak aih. Memang menyumpah dalam hati, rasa macam tak kena dengan taste. Tapi kawan kawan aku suka benor dengan mascara ni, Lama lama aku pun suka jugak. okeh lah, not bad.nak feeling bulu mata panjang 4 depa boleh lah p try. 

Next mascara aku rasa nak try AVON pulok. Sekarang ni terpaksa la bercuti pakai mascara. Dah habis dah pun. Tak best pulak hidup tak ada mascara ni.

4)Gel eyliner : Loreal
Yang ni paling best. Tok sah dok meragui ke"best" an & keteroran gel eyeliner ni. Senang tahap cipan nak apply kat mata. highly recommended.

5)Blusher : Maybelline

Currently aku guna peach color. tapi dah tahap nyawa nyawa ikan. Aku banyak blusher, eceh banyak la sangat. Lebih dari satu tu kira banyak la kan.

Tapi yang favorite aku. aku memang suka peach color . Even minah gila pink, tapi tak semua benda aku prefer pink color okeh. sebab aku rasa blusher pink color macam tak kena dengan aku. Aku kan berkulit "cerah". huawa wa wa wa wa.

6)Lipstick : Revlon




Fall in love with this lipstick. pun aku pilih peach color. Tak kan aku nak gasak color merah mak ngah tu kan. Bukan nya untuk heavy make up. Before this aku guna maybelline. Pun best. Lipstick beli banyak banyak pun tak kesah der. Boleh tukar tukar angin.

7)Concealer : Rimmel




Dah bertahun aku beli menda alah ni. Bukan aku selalu pakai. Tapi time eyebag melampau lampau tu, aku tempek gak sikit. aku pun tak tau best ke tak, sebab masa aku nak rembat maybelline tu, ngak hado, so aku sapu je la yang ni pun. Aku tak leh nak compare dengan brand lain . Nanti aku tukar brand, aku buat comparison ye.

okeh lah. tu je la yang aku boleh share. Kalau nak tanya lagi. Aku rajin aku jawab heh. babai .

Lebiu lah.

Saturday, March 26, 2011

Trial make up

Trial make up.


Lepas penat buat kerja, reward diri dengan macam ni lah. Korban kan waktu tidur time rehat sebab minat yang mendalam nak conteng muka orang.hoho.. 
 
Puas hati dapat conteng conteng ni, even banyak kekurangan. tapi atleast aku ada perasaan nak cuba. Aku conteng muka sya, sya conteng muka aku. haaaa terbaik, nanti nak try eyeshadow color laen pulok. Siapa yang pakar. boleh lah tunjuk aku lagi..aku suka betol kalau ada yang sudi nak ajar..

Tuesday, March 8, 2011

Make over lagi


Hallu readers. Sorry. Aku abaikan belog usang ni lagi. seriously! aku tak bermood nak hupdate belog. Minggu yang stress, minggu yang penuh dugaan, kena buli,  semua ada.

Aku dah banyak kali update sebenar nya. tapi aku tak publish. entah berapa banyak entry dah pun aku buat. tapi sekerat jalan. tambah pulak dengan tenet yang laju nak mampos. lagi la aku bercinta nak hupdate belog kan. Tapi hari ni aku nak hupdate jugak, dah la baru dapat buffered earning baru.

Hancus macam ni. nuffnang baru berbaek hati lagi, aku dah buat perangai. eiiii. oke lah. hari ni bukan lah bermood sangat, aku just nak hupdate pasal make over kan roomate aku si faez ni. kali ni try smokey eyes lagi. kaurang tengok then boleh bagi komen la. aku beginner lagi. banyak benda yang aku kena belajar, tapi ni memang minat aku, aku lagi berminat nak cik andam la kalau macam ni, apa kata kauorang. Degree tu gantung kat rumah je la..hehe.  

Oke la kauorang, Thanks sebab sudi follow belog aku. aku terharu, sebab tiap kali bukak ada yang masih sudi follow aku even  aku tak sempat nak p terjah belog kauorang. hurmm
aku rasa nak tidur jap. hehe. mengantok. byeeeeeeeee.




 

AFTER





BEFORE

Thursday, February 24, 2011

Maen conteng conteng.


 Aku beginner. Masih dalam proses belajar cara make up kan yang betol. Ada masa terluang. aku memang suka conteng muka orang. Alhamdullilah. Dapat satu job bulan 6 nanti. Aku da mula cuak even ada masa beberapa bulan lagi. Yek la. Ingat senang nak make up kan pengantin. Practice  hari hari okeh.



ni shu. jadi mangsa aku, sebab si nisak suh tunjuk kan macam mana nak pakai eyeshadow. aku maen letak jek. kat office, mana cukup barang make up. guna yang mana hado jek laaaa. tak boleh nak lentik kan bulu mata dia. sayang betol. tak pe la. janji dah lepas gian aku make up kan orang.

Saturday, December 25, 2010

Mekap mekap sikit

Salam. haip, makan dah? aku belom. motip aku bagitau belom makan kot kot ada orang nak belanja. ada? kalau ada sila pm kat fesbuk.
Hari ni aku nak menjoyah pasal make up lagi. Kauorang dah tau kan aku memang suka make up make up nih. Dah bape orang kawan aku jadi mangsa conteng conteng ni. Ala, kadang kadang diorang yang memang suka aku taram muka diorang.
Make up best, tapi nak sental balik malas. kalau make up kan muka orang , kau sental sendirian berhad la kan. tapi bila make up muka sendirik, mak aih bercinta betol nak sental balik,
kadang kadang tertidur aku dengan make up , lepas tu besok pimple sana pimple sini. Aku paling suka smokey eyes nya style. feh, tapi sayang nya diri sendiri tak boleh nak try style ni. Eyelid aku besar gedabak weh. Tak sesuai langsung dengan smokey eyes.
So, untuk puas kan hati sendirik, aku suka buat smokey eyes kat kawan kawan. memang syiok ah.kauorang paham kan macam mana perasaan bila tengok hasil make up sendiri. Biar tak cantik pun totap nak happy.
Last aku make up kan orang masa minggu pra graduasi hari tu. oh aku tak join sebab tu kauorang tengok aku tak hupdate apa apa pasal ni, Tapi gambar kawan aku tu tak de pulak. nanti nanti la aku cilok kat fesbuk dia. gambar kat bawah ni pulak, masa aku jadi trainer untuk slot personality development.
feh, memang minat ah. tiba tiba rasa nak tukar kerjaya jadi cik andam. tapi sayang nya umi aku tak kasi beb. pasrah pasrah.
Mangsa mangsa. Wan nabila huda a.ka bella. comey ah budak ni. putih gebus. Senang nak make up muka dia...(without make up pun dia memang cun!) Aku bagi light light jek sebab ni make up untuk p office. bukan nak p clubbing. tiba tiba tempek gambar ni kan. idok la. Nak promote ler. si wan nabila huda ni ada jugak berlakon dalam cite nur kasih the movie. Aku pun tak sabar nak tengok macam mana dia berlakon. Ada la can kau jadi bini norman hakim , bella.
psst : meh sapa sapa nak tadah muka. aku bosan ni..