Darlings

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Tudung Bawal ala Yuna bella / mawar fizo gitu

Semalam tengok blog adik comel yuna bella ni jadi viral kan kat facebook gara gara beliau kreatip kan buat tudung bawal pin ala ala tudung fareeda. Dengan aku sekali terjebakk. Maka pagi ni terus semangat nak try. Walau pun tak sekemas adik tu pakai kan. Maklum ler sejak jadi mak buyung ni tahap kreatip tu makin berkurang. Sebelum mengandung dah kurang kreatip lepas mengandung bertambah tambah tak kreatip. Mak redhoooo.

Tak de modal nak bebel panjang-panjang, nak show off gambar je .Ni nama nya update blog secara terkejar kejar. Those yang baru tau pasal kefamousan blog yuna bella ni, sila p terjah link yang aku dah bagi tu. Leh follow step by step ye.


Pasghah kan la tengok aku selfie

Tutorial tersebut boleh di cuba pada yang tak sayang tudung bawal ek. Cam aku guna bawal kangaroo RM 5 jo. So bila nak cucuk pin besor bas pun tak sayang sangat. Sebab memang tinggal kesan brooch tau sebab jarum brooch tu boleh tahan panjang & besor kan. Kalau rasa nak korban kan tudung aidijuma yang mahal tu aku no haaal. Sila kan.

 aidijuma RM10 aku rasa korang redho je kan. hikhik hik

adik bella yang comel. hakak mohon cilok gambar. sebab comel sangat. kemas kan die pakai.

Monday, January 14, 2013

Shawl Tutorial : Cover Your Chest

Bila dah menginjak ke arah 25 tahun ni. Punya sikit kesedaran lah untuk share dengan kaurang "shawl tutorial" yang mencover aurat sikit . Manusia memang tak sempurna. Tapi kalau dia effort untuk sharing. Go ahead. Lagi pun sharing is caring kan.


Sape yang tak kenal Dena Bahrin kan. famous Blogger. Kagum dengan lifestyle dia.Sangat menjaga aurat. Kahwin di usia muda. dan dia dah bukti kan yang kahwin awal tu tak semesti nya jadi penghalang untuk kejar masa depan kan dan dan dan dan yang TERpaling kagum sebab tak lama lagi nak jadi ibu dah. arrrgh. Jealous.
Ni antara tutorial kesukaaaaaan. Ntah bila ada chance nak p grab maggie shawl from calaqisya ni. Hot selling habis. Agak nya kena p rembat kat butik sendiri ni. Kalau harap online, Kena refressh manjang la gamak nya.

Yang ni aku tak tau siapakah gerangan nya. Aku main search je. aku rasa shawl yang dia pakai ni sopan. So, aku letak ler sekali kat sini.

Selamat mencuba.

Versi aku pulak? hurmm nak buat tutorial tu yang malas. Sebab style aku memang aku main belit je depan cermin. Kadang kadang idea datang dan dan tu jugak. Lepas tu try kali kedua dah tak ingat. huhuahuahua. Prolematic betul budak ni.

Saturday, September 8, 2012

Tutorial Shawl : Cover your chest

I love her look.
Ni tutorial yang memang cover chest. Nak trendy tapi still cover aurat.
Why not kaurang try style ni.
So, boleh mula cari plain shawl.Nak lagi best lycra punya material lah baru terletak sikit. Kalau chiffon or cotton renyeh sikit. amacam?
Mana nak cari?
Boleh terjah  facebook kak ina
or
 Email terus je dekat kak lina
azlinahasan@yahoo.com

Sunday, September 2, 2012

Kaurang ALERT tak?

Entry Ni Repost: Sebab sejak dua menjak ni aku tak boleh nak comment langsung kat blog yang word verification ni. Rasa nak hentak pc ni pun hadooo. Memang kedengki dengan aku tak bagi comment entry kaurang ni.So please my dear sekalian..


Certain blogger tak alert dengan benda ni. Nampak macam remeh. Tapi kaurang kena ambik berat pasl word verification ni..

Bukan apa, sesetengah orang tu jadi malas nak tinggal comment bila tengok hado word verification. Heee aku la salah sorang tu,  so, blogger. Alert dengan mende alah ni. Check balik sebab dulu aku pun tak notice tau till one day ni ada blogger tegur aku pasal ni. lepas tu baru aku tukar setting..tak tau? simple aje, meh aku ajar.
 
Dashboard-Setting  

 

 Then cari yang kat bawah ni



 Klik NO show word verification for comments




okeh? dah p buat. nannti aku rajin p comment..heeeeee







Wednesday, April 18, 2012

Tutorial Shawl Silang

 For those yang rasa nak try slanting style. Boleh try. Sebab bagi aku style ni simple. Sekarang ni pun kalau nak keluar jalan jalan, aku gamble pakai style cengini je. Senang bagi aku lah. May be complicated bagi kaurang.



Credit to youtube lah.

Monday, April 16, 2012

Tutorial : How to Style ur "Tudung Bawal"


Sekarang back to basic. Pakai tudung bawal balik kan. So, aku share different ways untuk pakai bawal. Aku tak sempat buat tuto. Seriously . Tak sempat nak edit video. Tapi aku tetap nak share . Diorang pakai lagi cantik. So , why not aku share je video gadis gadis cantik ni. Have a nice try.


okeh. Babai

Wednesday, October 26, 2011

Tutorial lagi. Shawl style ala sis eila

Boleh cover pipi, ur chest. 
Credit to sis eila 


Pssst: Aku bukan tak mau buat tutorial. Tapi aku kurang berkelayakan. So. aku cari aje tuto yang best untuk share dengan kaurang. either make up ke shawl ke. Seriously. aku bukan yang expert nak buat tuto. Nanti aku dah terror sikit. Aku buat eh.

Sendiri cuba baru puas

Semalam aku tiba tiba rajin testing sendiri Tutorial tudung bawal yang aku share dengan kaurang tu. Try & error ke Success tu terpulang pada diri sendiri ler kot. kalau selesa. Boleh pakai time ngedate kan .

 Tapi, lagi bagus kalau tudung ni besar sikit. So selesa lah nak tarik naik atas.
 Kaurang dah try? Share ler aku gambar nya.

Monday, October 24, 2011

Blog Make up yang aku tak jemu jemu terjah

Semenjak jadi Unofficial penganggur. Aku banyak terjah blog yang banyak buat tutorial make up. Memang jatuh hati tengok dorang make up. So, terjah aje dalam diam. Dalam hati. Kagum. Kreatip dorang ni. So meh terjah blog blog yang aku suka.

Kelik nama untuk terjah ke blog mereka yang cun dan kretip ni.

zoey ni cik andam. So sapesape yang interested untuk dapat kan khidmat dia. Sila berbuat demikian. Dia dok area kedah ye. Yang dok area kl shah alam geget jari aje lah.



Video kat bawah ni salah satu make up yang aku suka. Siap download lagi.

Tak rugi kalau terjah belog beliau. Banyak tips penjagaan muka, produk apa yang dia guna.




Suka tengok muka dia. Macam mix pun hade. Tapi dia jarang update blog. Kadangkadang ternanti nanti jugak bila la dia nak update.
FYI, Nurul ain ni banyak buat tutorial pakai shawl. Boleh p terjah channel youtube dia.


Bunga memang aktif upload tutorial make up. Pun sangat sangat kreatif. Sekarang ni make up ala ala jack nitemare .


Mazni
Aku suka cara smokey eyes dia. Sangat kemas.

Sekian. Agat lama nak siap kan entry ni. So . Happy watching!

Sunday, October 23, 2011

Tutorial Tudung Bawal

Aku rasa tutorial ni menarik. So. Share share ler dengan kaurang. Happy Wacthing!


Wednesday, April 6, 2011

Tutorial shawl: Style suka hati

For those yang request. so so so sorry lah. lambat benor aku buat video ni. aku ni bukan la kategori yang rajin benor nak buat video. banyak songeh sikit. tapi sebab aku sayang kaurang terlebih. buat lah jugak.

 



  
 Ni contoh gambar aku pakai shawl style video kat atas tu  (pandangan sisi)


 gambar ulang tayang, sebab aku nak kasi tengok macam mana style yang aku pakai..style ni memang senang gila okeh, so kalau kaurang cakap susah, aku geget laju laju nak?

Second style ni lagi la senang bebenor..

 

hah, tak sampai 2 minit kot. so sapa lah yang mulut longkang hari tu cakap aku amek masa berejam nak pakai tudung. kalau kau bagi aku tudung bawal memang berjam jam aku dok depan cermin tu..hoho , tak percaya, try la tunggu aku time aku nak pakai tudung bawal, confirm kau menyesal


Credit to kawan kawan aku yang banyak tolong aku buat video ni, dari tukang record, tukang pegang cermin, tukang edit video. Sayang lah uolls. Kawan kawan yang betol betol banyak tolong aku. kawan aku time susah. 


Friday, June 11, 2010

Trial Make Up & Simple Tutorial

Salam,
malam ni saya merajin kan diri untuk update, dari semalam lagi nk update tapi asyik tangguh je keje, last-last tak jadik..hoho ..my bad habit, malam ni saya nak berstory pasal make up lagik, actually trial make up aje, next week kena handle training programme. saya jadi trainer untuk slot personality development,
kawan-kawan memang, memang bila pilih je slot untuk training, muka trainer PD terus dorang tunjuk kat muka saya ni haaa. agak kecut perut nak jadi trainer ni, saya tak de pengalaman sangat, nak kena brief pasal proper attire pegi office, light make up tuk pegi office, nasib baek pakai tie saya serah kan boys sebab tak kan la saya nak pakai kan tie tuk boy, haishhhh, mau nye mengamok orang tu,
so, semalam saya try make up kan kawan saya ni, light make up jek, first try conteng-conteng muka dia, pergh amat senang je nk conteng muka dia ni. sebab dia jenis yang berkulit putih melepak.
then, kaler mata dia brown okeh, haish..saya jealous melampau semalam, sambil make up kan dia sambil mengomel ..
"pesal la kau ni comel sangat! aku rase nak geget je sebab kau comel sangat, nasib baek aku ni girl, kalau tak, aku dah tekel kau jadi awek,"
haahahha nasib baek i straight nok! lepas dah siap make up tu, saya pakai kan tudung, mai ambik je tudung saya kat hanger tu haaa, sebab nak ambik gambar dia, dah siap cakap nak tempek muka kau ni kat blog aku..haha.
.see the result okeh si bella! kan saya dah cakap ni light make up jek, tapi dia cantek amat! ishk..envy dengan kecantikan dia, tapi saya tetap syukur dengan apa yang saya ada..
Then, tutorial simple sebagai menjawab persoalan lynn , dia tanya camana nak pakai tudung syria bagi tegak , muncung dan sewaktu dengan nya, actually, anak tudung syria ni bergantung pada jenis kaen jugak. kalau kaen lycra,
haish yang ni sesuai tuk orang yang nak pakai bagi melekat kat muka, sebab kaen dia susah sikit nak tegak, tapi kalau pakai melekat kat muka memang terbaek.
tapi muka i ni haaa sangat tak sesuai, tapi saya ada 3 anak tudung syria yang jenis lycra, so, saya tetas jek belakang kasi tegak, jap saya nak godek2 gambar saya pakai anak tudung lcyra. haa dah jumpa, ni dia. erkkk, ni kira muncung jugak kan..ni contoh anak tdg lcyra yang saya ada
okeh para blogger sekalian, mula sila pilih ank tdg syria yang jenis kaen tak lembik okeh, contoh nya, syria plain yg jenis kat bawah ni, ada satu lagi kaen syria plain yang tak best, susah nak tegak, saya nak cakap jenis kaen ape pun saya tak tau name kaen. tapi jenis kaen syria kat bawah ni tebal sikit, hasil rembatan dari uptown cheras. kalo nak tegak, sila tetas belakang anak tudung jadi macam ni. then hasil nya uoll akan jadi gojes..haha.tipu jek. tu terpulang pada si pemakai la kan. nak pakai kasi tegak or bulat, bagi saya, kalau ketat sangat anak tudung tu, sila je la tetas. kasi selesa sikit..okeh. selamat mencuba.
tata