Darlings

Friday, March 14, 2014

Review Session : Safi manggis susu

Dah lama tak buat review pasal safi kan. Loyal reader tau yang aku memang loyal user untuk safi balqis. Boleh terjah previous review.


So review kali ni pasal produk baru safi. Safi manggis susu. Meh tunjuk gambar sikit pada yang tak sedar lagi kewujudan safi manggis susu ni.

Yang sebenar benar nya aku baru sedar je kewujudan Pencuci muka Safi manggis susu ni sebulan lepas. Kalau tak silap launching awal tahun 2013 gamak nya. Ambik masa setahun jugak eh baru aku sedar. Betul betul aku tak pedulik pasal skin care yek tahun lepas.


Kenal dak sapa model ni.? Sekali pandang. Eh mira filzah laah. Model jovian yang cun melecun tu .Aku memang suka usha cik model yang cantik ni. Muka dia lembuttt aje.

Sebelum ni aku dah try pencuci muka yang ni.



Yang ni pun best hakak hakak sekalian. Sila boleh saving lagi sebab 2 in 1. Pembersih & Penyegar sekali. Dah berapa botol dah aku habis kan. Nak lagi senang je boleh main tekan tekan. Lepas cuci muka rasa macam berangin je muka.

Tapi bila terjah guardian, Ter berjodoh pulak dengan pencuci muka safi manggis susu ni. So, tanpa was was dan ragu ragu aku terus rembat satu. Harga pun macam biasa. Affordable.

Untuk yang 50g RM 5.50, 100 g RM 9.90


Gambar dah tengok, harga dah tau kan. Meh kita cite keberkesanan pulak.

Eceh macam aku ni dapat duit pulak dok review produk safi ni. Aku bukan apa. Suka share benda yang berkesan untuk aku. Kata loyal user kheeen. So , this is my honest review lah.

Apa Khasiat manggis?

Manggis ni ada 4x anti oksidan yang lebih baik dari Vit E & C, fungsi dia untuk membantu menentang radikal bebas agar kulit kekal remaja gitu. Boleh cerah kan kulit secara semula jadi tanpa kering kan kulit even kita cuci muka banyak kali sekali pun.


Benda yang kena titik berat kalau pilih pencuci muka, Cari yang tak mengering kan kulit muka. Jangan sampai kulit kaurang terhidrat oke.

Effect best yang aku suka pasal safi dari dulu sampai sekarang.

Black head ke white head bagai memang clean. Aku tak suka kalau pegang muka or hidung rasa macam kesat jeee. Nak rasa smooth & lembut.

So sepanjang sebulan aku try pencuci muka safi manggis susu ni. Totally satisfied!

Aku suggest kan untuk Mr. Razman sekali sebab white head dia memang berleluasa kat kawasan hidung. So kaurang boleh try and share review oke..

Tata!


                  




3 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lyaa. wahh pengguna tegar ye. sheila baru 2 bulan guna pencuci safi 2 in 1 tu.. memang best.. hehee. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

Nuriesya Nadia said...

Kita asyik tak berjodoh je nak jumpa dengan pencuci muka ni. Y___Y

Unknown said...

Boleh tak kalau pakai yg 2in1 tu sekali dgn pncuci muka manggis n? Blh campur2?