Darlings

Monday, March 24, 2014

First check up @ PMC

Dua hari menyepi dari blogging. Asal weekend je malas benor nak update. Klik new post lepas tu pangkah. Sudah nya berjaya blogwalking je. Malam ni rajin kan diri untuk update. Simpan dalam draft siap siap. So pagi sok terus publish saje. Kalau nak update blog time koje memang sangat tak sempat lah.

So kali ni aku nak update pasal first time check up dekat PMC a.k.a Putra Medical Centre, Sg buloh.

Sebelum ni monthly check up aku p klinik alam medik area subang tu jek. Service kat sana tak de la tip top pun. So so je. Kalau aku di beri peluang. Aku nak sangat check up kat klinik kesihatan . Sebab orang cakap lagi details. Tapi dah suami cakap p klinik swasta. Hamba menurut lah. Tak kuasa nak menunggu lama kata nya.

Back to the topic. Macam mana pengalaman pertama? 

Doktor yang aku pilih of cos dr ratna. Aku dah google sana sini. Ada dr ratna & dato dr zarul. Dua dua banyak dapat positive review. Dr zarul lg berpengalaman. Tapi kalau alang alang dah ada dr perempuan  why not tak pilih terus kan.

Last week, pagi pagi lagi bangun sebab nak gerak awal. Tak buat appointment pun. Kata nya tak payah set appt kalau weekdays. Unless kalau weekendm kena book dulu.

So pukul 8 am kami dah ada kat sana. Pagi pagi pun aku dapat no 5 jugak lah. Lepas setel amik urine. Berat . Blood pressure. Baru tunggu turn jumpa doktor. Boleh tahan lama jugak consultation time memasing. Sampai nak tertido nunggu.

Dah sampai turn . Macam nervous pulak jumpa dr. Ye la sebab bulan 12 aku ada skip monthly check up. Takut kena sound dengan dr. Tapi sebalik nya dr ratna ni cakap lembut je haiii. Sampai tak tertangkap telinga aku ni.

Lepas short conversation, dr ratna mintak baring tuk scan. My fav time! Boleh skodeng baby. Alhamdulillah dr cakap berat baby normal, air ketuban normal. Blood pressure normal. Cuma aku terlupa nak tanya pasal kencing manis ke hape. Dr pun takde mention. Maklum la agak kerisauan sebab aku suka makan benda manis lately.  Takut sugar ingake lelebih pulak.
skodeng budak kecik ni yang kemain lagi golek golek dalam perut

Lepas scan . Kita main cucuk cucuk tetanus pulak. Terlambat sikit aku inject untuk second time ni . Dah settle inject. Mohon diri tuk blah laa. Perut dah bagi signal lapar . Lambat sikit ada yang protes.
Total bil untuk first check up dekat pmc RM 120. Not bad la kot. Lebih kurang je range harga dekat klinik alam medik.

 So sekarang tunggu next appt on 1st april. Tak sabar sebab boleh la.aku rest kan kepala hotak dari keje.
Bahagia bila semua berkembang dengan pesat. Macam pembangunan pulak.

Takat tu je la first check up dekat pmc.

Share pengalaman memasing la pulak.

Tata!

12 comments:

Nurhayati Morshidi said...

Seronok kan masa ni??? tapi bila ingatkan balik sakit beranak, jadi takut balik... Huhuhu~~~

cik hani said...

Lya..
semoga baby dan ibu sihat selau yer.
mudahkan segalanya yer..

Huda Luna said...

hehe bape weeks dah eh lyaa?
mcm x lama je lagi dah nak meletop

aah dr ratna ok
heheh

suezen said...

bg can dik oii waktu pregnnt ni...control ur sugar ok...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lyaa. wahh dah dekat dengan rumah sheila.. hihiii sheila still check up dekat KK Paya Jaras tu.. huhu.. nak masuk swasta duit tak meriah pula. hihiii selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

misz sheyla said...

seronok kan klau time scan...nak2 kalau baby ngah gerak2...tapi ikut pngalaman sy g klinik swasta pnerangan lebih sikit banding klinik kesihatan..sebab doktor xsempat nk layan soalan2 kita...sebab ramai lagi preggy mommy yg tgh tunggu giliran..

Shazwani Ramly said...

Awwww kak lyaaa, kenapa makin comel ni? berseri okay. Baby dlm perut behave je eh? hehe. Tak sabar nk tggu baby keluar. :)

nuranne (formerly simplyseoul) said...

Aww the cute peanut is growing..jaga diri mummy.

Pykaa Pdott said...

Wahh happynye tgk msti best kan sis . Tmbah plak anak sulong . Hee :)

Mimi Azirah said...

Kalo service ok mahal pun xpe kan asalkan puas ati

ros_reeza said...

jaga kesihatan k :)

kekman said...

Congrats! :)

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger