Darlings

Thursday, March 13, 2014

Sacc Baby Expo 2014

Al kisah nya sabtu lepas rasa macam nak jamu mata barang barang baby. Kata nya baby expo terbesar Malaysia. Tapi idok la besar sangat bagi aku.

Lepas keje gerak p Sacc convention centre. Parking agak bersepah sepah. Main park je la kete kat tetepi jalan tu haaaa. Main pasrah kalau MBSA kasi love letter. Semangat nak jamu mata kata nya. Sebab nak terus balik rumah rasa macam bosan pulak.

Harga barang kali ni tak de la murah sangat. Nak pulak barang pigeon. Dengar kabor mahal sikit. Aku tak de la usha beria benor. Main terjah terjah je. Kata nak jamu mata jeeek. Budget tuk barang baby dah lari bulan ni. So tahan napsu je laaa. Niat hati nak rembat ziplock pun tangguh dulu. Haish laaa company tak mau kasi bonus kah bulan ni. Nak cukup kan barang baby ni. Kalau tunggu 9 bulan memang aku tak berapa ada daya lah.

 Geram je nengok barang barang pigeon. Travel pack boleh dapat RM15. Pejam mata pejam sambil lalu

 Baju ke swaddle ke mitten ke kalau bab pigeon mostly memang mahal sebab 100% cotton. Tapi tak semua la baju baju dia 100% cotton tu. Pandai pandai la kaurang pilih. ada bajet lebih boleh ler rembat baju pigeon. Aku rembat selai dua je baju newborn pigeon. Itu pun masa shopping dekat Manjaku.



 Antara barang yang aku usha kat sana nursing pillow & bean bag. tapi harga lagi mahal la dari instagram. So aku decide nanti nak order kat instagram je. Bab nursing pillow tu baik aku order yang kekabu. Lagi besttt!. Tahan lama. Harga pun berbaloi.

Then antara benda yang aku berkenan. Selimut ni! Bape kali lalu lalang depan selimut ni. Lepas tu gatal tangan p pegang. Materiall omakkk haii. Lembut gila.Tapi malas nak tanya harga. anyone tau mana nak cari selimut ni. Ni kalau beli ni, bukan tuk baby, tapi tuk mak bapak baby yang rembattt. huahuah

 Last Item. Pampers. Aku p terjah booth huggies je tengok promotion, sebab mamy poko  yang ada 50% tudah sold out.  Untuk huggies, 4 pack RM100. aku tak berapa tau la tu consider murah ke apa sebab aku tak survey pun harga pampers ni. Pikir punya pikir dengan Mr. Razman. Tak pe lah. P rembat dekat giant ke tesco jee la.


Itu je la sesi terjah jamu mata dekat sacc hari tu. Walau pun terkilan tak dapat beli apa apa, tapi pujuk hati . Ada la tu rezeki baby lain kali. May be rezeki yang lebih baik kan.


Next baby expo dengar kabar 25-27 april bertempat dekat Sacc jugak. Yesss lepas gajiii. So boleh shopping lagi.

1 comments:

Sheila Salim said...

Asssalamualaikum lyaa. bestnya. sheila takdapat pergi haritu. hehe gaji lambat Y_____Y tapi berjaya gak beli travel pack pigeon. hehee. ada org kat group momtobe jual harga sama rm15.. dia borong banyak gila, pastu jual takda amik untung. hehehee. ada lagi expo? rabak mata dengan poket... hihi ~~~

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger