Darlings

Monday, March 17, 2014

Resepi : Nasi Goreng Ikan Masin


Al kisah hari ahad yang kurang produktif sebab rasa nak bermalas malasan sajeeek. Breakfast pun tak kuasa nak masak, request Mr. Razman p beli je..

Tapi Lunch tak boleh dah nak ngelak. Kena masak jugak. Jenuh pikir menu apa yang simple. Sekali tingggg kepala hotak teringat nasi goreng ikan masin pun sodaaap ni. Apa lagi, laju laju la tanya laki boleh ke tak. Dah dapat green light tu sengih laaa mak ni. Sebab semudah ABC kan. hehe. 

Meh la jugak nak share resepi kot kot ada lagi para isteri yang baru berjinak belajar masak kan. Ni resepi nasi goreng versi simple .

Bahan-bahan

Ikan Masin ( Aku pilih tenggiri)
Bawang putih (aku letak 4 ulas)
Cili ( Ikut lah berapa banyak, ikut tahap kepedasan yang kaurang suka) 
Telur (optional, aku men suka je letak, kata tekak sendiri yang nak makan kan)
Nasi

Cara-cara

1) Style aku, aku suka tumbuk dulu bawang dengan cili ni sebab aku tak suka potong . Nak kasi blend sikit cili dengan bawang. Tapi tak do lah tumbuk sampai lumat kan.

2) Lepas tu goreng dulu bawang & cili tu sekali dengan ikan masin, agak agak dah naik bau tu boleh la masuk kan nasi. Bab garam tu memang aku tak letak laaah sebab ikan tenggiri tu dah cukup masin hazabedah. Kalau letak garam lagi confirm kena complaint dengan Mr. Razman.

3) Rasa macam nasi pun dah cukup blend dengan semua benda alah tu, Baru aku pecah kan telur, tu pun pecah kan dekat sipi sipi kuali sebab nak bagi dia masak sikit, kalau letak kat nasi nanti jadi lembik, melekat lekat nasi. Big no to Mr. Razman.

4) Siap, boleh hidanggggg. Makan la laki bini dengan kebulur nyaaaa.

Sayur sayuran aku tak letak sebab tak do stok sayur pun dalam fridge. Kalau ada kangkung ke sawi ke, kacang panjang , lagi besttttt kan.

Sekian lah menu laki bini di hari ahad.


pic credit to google, web famouschris







8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2..sedappp

ucupiza said...

sedapnyeeeee..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum lyaa. wahh simple yet delicious. hehee *terliur kejap*

misz sheyla said...

simple..boleh tiru ni dikala kemalasan nk masak nak2 time blk keje

shaFazie said...

tengok nasi goreng ini buat perut azie lapar..

Nursaila Norman said...

suka nasi goreng ikan masinnnn! pandai awk masak..nak try jugak lah..hehehehe

Shazwani Ramly said...

Kak lyaaa buat orang lapar malam-malam. hahaha

Myra Jay said...

Wahhh!! I like too nasi goreng ikan masin ni :D

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger