Darlings

Monday, June 19, 2017

Keyboard warrior

Hai hai guys

Previous entry aku ada janji nak update pasal second child kan. Erkk kita postpone dulu la ya sebab aku dok cari gambar alana rose masa baru lahir tak jumpa jumpa. So, kita proceed dengan entry lain la ya.

Pagi pagi buta ni rasa terpanggil nak share pasal "keyboard warrior". 

Kadang kadang aku rasa keyboard warrior ni ada anger management issue sebab bila baca komen komen dekat mana mana isu yang viral rasa macam tak boleh hadam. segala benda bahasa kesat keluar. Dah tu pulak banyak yang berselindung disebalik fake profile (biasa dekat instagram lerr).
Yang terang terang guna real profile tu aku tabik spring sebab memang confident level dia tinggi melangit.

Aku idok la baik bebenor. Masa zaman muda remaja dulu pun asal marah berapi dan dan tu jugak la kalut nak update status (facebook) luah perasaan maghah bebenor la kononnya. Yes, i admit. Sekarang kalau baca balik. Ya Allah. apa pasal kau childish bebenor cik kak oiiii. Tapi itu dulu la. Bila dah kahwin, slowly changing la babe. Even tak sepenuhnya. ada masa tengah marah memang terasa jugak la nak update, tapi sempat muhasabah diri bila ingat someone said, Jangan update status kat mana mana social media masa kita tengah terlampau happy, sedih or marah. Bawak bawak cool down dulu. Alhamdulillah. Berkesan lah jugak pada aku.

Berbalik pada issue keyboard warrior tadi, 

Ramai antara kita selalu je baca komen komen dekat mana mana issue yang viral. Terdetik tak dekat hati korang, "eh dasyatnya bahasa minah/mamat ni? Kalau tanya aku memang yess la jawapan dia. 
Contoh sekarang tengah hot issue " Penuntut UPNM  mati didera rakan guna seterika wap" . Sebelum tu salam takziah pada pada keluarga arwah Zulfarhan  osman zulkarnain. Dari dia kita datang, pada dia kita kembali.

 Aku tak terkecuali jadi silent reader untuk issue ni. Bila baca kronologi kes buli/dera yang membawa maut ni memang rasa terobek jiwa raga. Kita orang luar pun terasa sedih dengan musibah ni apatah lagi dengan keluarga mangsa. Tapi, itu tak memberi kita hak untuk mencaci mencemuh semua tertuduh tu. seeloknya kita serahkan pada pihak berwajib untuk tentukan apa hukuman yang setimpal untuk si pelaku pelaku tersebut. Nak voice out pandangan masing masing tu bukan tak boleh uolls, tapi sampai keluar semua ayat ayat tak tak best dibaca tu rasa macam hurrrrm sangat. yang sipelaku tu dah tentu ada saham membunuh, yang korang pulak sibuk nak booking saham mencaci menghina si polan si polan tu pulak dah kenapa?. Yaaaa siapa tak marah. semua orang marah weh sebab kejam sangat cara diorang tu. Tapi bagi la komen yang waras. Bahasa melambang jiwa bangsa kan. 



Pikir masak masak sebelum komen. Pikir dalam dalam sebelum pilih untuk jadi keyboard warrior. Seeloknya jaga keluarga kita, jaga diri kita dulu sebelum kita galak mencemuh orang lain. Tak best pun weh, Jangan satu hari nanti tetiba diri kita pulak yang terviral then orang dok cemuh macam macam baru kita tau rasa kan. So, hati hati lah bila dah pilih untuk jadi keyboard warrior tu. Jangan menyesal dikemudian hari cik kak cik abang oiii.


Oke la. malas nak bebel panjang panjang. Masa untuk goreng telur mata kerbau tuk laki bangun sahur. 

Tata uolls.




0 comments:

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger