Darlings

Thursday, October 13, 2011

Manusia paling tak cool

Cool tu Penting? Lain orang lain pendapat . ye dok? Aku jenis manusia yang sangat tak COOL. . 

Cool ke tak cool ni kau ingat boleh di buat buat ke. Kalau aku, memang fail lah kalau nak berlagak cool. Eh kadang kadang berlakon jugak, Kadang kadang ada je yang tertipu konon aku cool. haaa. Gasak. 

Time bila aku tak cool?

Tengok movie. lebih lebih lagi korean movies. Haisssssh. Fail. Part sedih sikit ajeeeee, berjejer air mata merembes keluar. Dasar tak penyegan langsung. Memang tak reti control macho. Ada satu hari tu, kantoi dengan housemates sebab nangis. Housemate punya la tanya apapasal nak riau malam malam ni kan. Dengar jawapan sebab tengok movie. Memang ada perasaan nak lepuk kepala laju laju kan.

Eh, sebenar nya aku memang ratu air mata. Seriously. Safieya penah buat statement, air mata aku macam lombong pecah tak silap. lupa dah, sebab benda dekat tiga tahun lepas kan. 

Sebab apa aku cakap aku ratu air mata? Aku dok sedap sedap sembang ni, tiba tiba aku tercerita lah benda sedih. alah, tak do lah sedih benor, tapi dah bergenang air mata aku. Berkaca. Orang yang tengah pandang muka aku. memang kantoi la kan. 

Senang cakap. Aku tak reti buat buat tak sedih. kalau kaurang suh aku nangis dan dan tu, pun boleh. Murah sangat air mata. apesal ntah. Banyak kali kot aku ter try ler cover kan. Malu weh. sikit sikit berkaca je mata aku. sat lagi, memang betul aku dapat title ratu air mata secara rasmi.

Time bila lagi aku tak cool.?

Macam yang sesetengah orang tau pasal aku. Clumsy nak mampusss. Menggelabah. Buat salah sikit, tau pulak aku nak menggelabah. Macam kawan aku selalu cakap, menggelabah ayam betul lah. Dah tau sengaja buat salah, buat buat ler cool kan.

Clumsy pulak, kerja nak tergolek ala hindustan, tumpah kan kuah kat baju sendiri, sebab tu tak boleh pakai baju white color. COMOT satu dunia. Lepas tu, bila masa aku nak COOL kan. cecite.

Pendek kata. Kena p belajar dulu macam mana nak calm down kan diri sendiri. hssssssssssssssssssst.


5 comments:

miss fatihah said...

hahaha..cool xcool la jugak.

IeRa said...

hihi..
cool je la babe..
;p

hakamah hamyadi said...

hehehe...ratu air mata?ni mau 1tangki air ni kalo tadah...hehehe

Mama Gee said...

kita sama mudah memangis...kalo jd pelakon takde masalah kalo tetiba suh nangiss...amek feel jap...pastu kuarlah air mata tu..huhuh kememeh..

safwan asyad said...

satu lg..SML..haha

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger