Darlings

Showing posts with label hang out. Show all posts
Showing posts with label hang out. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Acara berdua

Lepas berpanas ambik jubah kat Uitm. Aku buat request nak tengok wayang. Mana tahan tengok orang update status real steel best lah real steel meletup lah. Bikin panas ajeeeew. Mr Razman on ajee. 

So destinasi kali ni Mid valley lagi. Orang yang tengah beratur sikit punya panjang kan. Sampai turn kitorang, Tiket pukul 4 SOLD OUT. Hajat di hati tengok cerita lain aje lah. Tapi pun SOLD OUT. Baru bunga bunga nak tengok In Time ( boleh tengok justin timberlake kan kan kan).

Frust. Agak lama menung kat kaunter tu. Aku buat muka kesian nak tengok wayang jugakkk. hohoho. Lastly pilih lerr yang pukul 6:45.

Tapi masalah nya. ada 4 jam lagi nak tunggu kul 6. Mati kutu mati kutu. Sebab aku & Mr Razman bukan lah kaki rayap sangat kat mall, p mall tengok wayang & makan. Shopping tu sangat lah jarang, window shopping tu selalu lah.

Jenuh pikir, masuk pet world lah, masuk kedai kasut lah. Semua kedai aku terjah lah senang cita. Lastly dia ajak masuk library terbesarrrrr. haaaaa. kaurang tau mana library terbesar midvalley? 

MPH la weh. Syokkkk gila. Kau masuk, p cari novel, cari port baik untuk bersila berlunjur . Then bukak buku baca lah sampai lebam. Gila macam rumah sendiri kan. Aku siap bukak wedges letak tepi  then cari port baik untuk bersandar sambil santai baca novel. Freeeeee!

Sebelum p library. Cari makan dulu weh.

Mine
 Tekak aku, tekak melayu sejati. Satu hari tak dapat nasi. Menggelupur der. Lagi lagi laksa. Tapi bila Mr Razman suggest. Aku rasa tak salah lah cuba. Sebab bau dia menggoda.

Mula mula kuah laksa ni masuk tekak. Sebijik rasa macam kat Laksa Shack. Sape penggemar laksa shack. angkat tangan tinggi tinggi. Aku suggest kan kaurang p je Garden cafe dalam jusco. Rasa sama ajeeeeek tapi harga lagi murah lah kalau nak compare dengan laksa shack yang harga belas belas ringgit satu mangkuk. Tak silap aku 14 ringgit kan paling murah kat laksa shack.

Mee kari
 Aku bukan pencinta segala jenis kari. Tapi kalau mee kari tu ada kerang & ayam yang super duper banyak. Aku memang hadap. Tapi kalau mee kari sekadar mee kari. Mintak mahap. Gua tak layan derrr. Sebab rasa kari ni out of my taste kot. Aku prefer nasi putih letak kicap dengan ikan bilis goreng lagi laaaaaaah. Walllah.

Overall. Boleh lah takat nak isi perut. Kuah laksa memang terbaik, cuma laksa tu besar sangat. Errrk aku dah terbiasa dengan laksa kelantan yang lagi tak size nya kecik comel, Tak kembang sikit tekak aku ni. 

oke, enough for today. Kepala aku berat gila neh. Mungkin tidur tu idea best. Babai kaurang. 




Tuesday, August 2, 2011

Si Comel Hanisah Hasbullah

  oh bila cakap si comel, memang betul betul comel okeh, putih melepak. Dalam gambar cantik, kat luar pun cantik. Aku panggil dak comel ni Nis jek, kecik yang penting selim melim gitu. Aku kenal nis pun through blogging jugak, then merapat kan silaturrahim kat facebook lak,






 My favorite picha






Terasa rendah diri je berdiri sebelah si comel ni. seriously , dia putih melepak, aku nampak macam si milo dah. sob sob sob..

Muka aku memang tak nak lah lebau lagi kan. Bila cuti, terima lah hakikat yang kau tak kan kurus sebab rasa nak melantak, terus dapat. ( gambar ni pun aku cilok dengan nis, time nak bergambar lah selalu tinggal camera buat pekasam dekat rumah)

Tak lupa jugak dekat si ayue jazari yang selalu teman aku berjimba. Berjimba time tak ada duit memang critical. Tak apo lah, janji boleh keluar, tak dapat shopping pun tak apo lah.

P/s : pssssssssst. pe lagi, p la terjah blog nis. boleh tengok gambar cun cun sebab dak comel ni suka outing. Jealous tengok gambar beliau.

Saturday, January 29, 2011

Wedding yang tak jadi Tapi dapat jumpa KAKAK

Salam. Hallu. Happy Weekend. Apa yang kauorang buat heh? Tidur ke hape? ke p shopping? Ke sebok dok berkemas dekat rumah. Aku pagi lagi dah bangun sebab Mr Razman ajak p wedding ex officemate dia. Punya la bersemangat aku. Pilih punya pilih baju kurung. sudah lah hari isnin sampai jumaat pakai baju kurung,
Hari sabtu pun orang tu suruh pakai baju kurung jugak. iye la. Lepas ni hari hari aku pakai baju kurung jek, tshirt , dress semua aku lanting kan dekat orang je la yeh. okeh? eh cita pasal wedding tak habis lagi kan.
Masuk jek kete, pak cik tu baru nak check event dekat fb, sebab nak set gps ke rumah pengantin. Tiba tiba dia tanya. hari ni berapa haribulan eh, si roomate aku jawab 29 hb. haaaaaaa aku agak dah. sekali silap tarikh okeh. wedding tu besok! haishhhh. menyirap tak. sabar je la. aku p naek tukar baju. tak kuasa aku p jalan kat mall berbaju kurung.
Sekali aku keluar kete, terpelecok pulak. tulah dok marah Mr Razman agak nya. tapi yang aku sakit hati, dia bantai gelak kaw kaw dekat aku. siot punya dia. tak pe tak pe, hari ni hari dia.
Sampai jek pyramid, nasib baik la senang cari parking. apa yang penting bila sampai pyramid, cari makan dulu. cacing dalam perut sebok dok lalalalala mintak isi. Aku bagi Mr Razman buat pilihan jek, aku malas nak pikir panjang.
Then dia pilih Laksa shack. follow ajek, Then, sempat la jumpa adik dia, ecah kojap, tak leh lepak lama lama sebab adik dia nak p shopping dengan cousin dorang. Tak sempat kan nak paw si ecah. dengar cita loan baru masuk..tengah masyukkk tuh. hehe. pandai dia lari kan diri yek. Kenyang perut suka hati,
then text si kakak pulak a.k.a sis kikin amer. Memang dah plan nak ngedate dengan dia hari ni, tujuan utama aku p pyramid memang nak jumpa dia pun. Kalau tak, aku balik rumah jek terus tadi sebab wedding cancel kan. Tunggu sis kin habis shopping dulu kat JJ. Then lepak kat air pancut depan sunway lagoon. kat situ la dok bergosip, then ada sesi make up jalanan pulak. hahaha. macam macam. aku sebok dok make up kan kak ija a.k.a kawan kak kin .
Even tak lepak lama lama. Tapi dah puashati dapat jumpa kak kin kan. bilala boleh lepak lama lama sikit. banyak benda nak ngadu tau. Tapi hujan la pulak. laen kali set time please kakak! oke la.
penat pulak aku nak membebel panjang. aku nak layan berangan sat.
Muka tak teruja tengok makanan. aku kan pemakan nasi yang tegar. tak jumpa nasi menggigil dowh. Kak kin~
four of us. adik kak kin tak de la..adore her. cute macam kakak dia..
Ini yang dimaksudkan dengan MAKE UP JALANAN..haha
wewwwitttttt. takut korang rindu Mr Razman. ambik! pssst .
i m sooooooooo happy hari ni sebab boleh sembang dengan kak suhana..uwaaa sedih pun hado sebab tak boleh jumpa dia CNY ni..rindu kak su!

Tuesday, December 14, 2010

Berjimba jimbaan secara kecilan

Salam. Hallu Fellas. Lambat sikit hupdate hari ni.
Exhausted betol. Bangun pagi pagi hari ni mata macam panda. Semalam dah pikir punya pikir kan. Tak mau guna ganti diri saya dah kat belog.
Rasa macam hipokrit saja. Masa mula mula blogging dulu guna Lya, then tukar jadi saya. Masih tak serasi dengan jiwa. Rasa macam buat buat baik.
Padahal aku bukan jenis yang bersopan. Nak nak pulak selalu dapat gelaran minah kecoh. Baru warna warni hidup.
siapa tak suka tak payah la kawan & buat buat suka kawan dengan aku. Macam aku tak tau kan siapa ikhlas & tak ikhlas. aku layan je perangai siapa siapa tak ikhlas tu. Kalau kau mintak tolong. aku tolong jek.
Tapi bila sampai tahap aku menyampah sangat dengan kau. Jangan harap aku pandang muka manusia jenis macam ni dah.
Konklusi nya. Kawan dengan orang tu biar ikhlas. jangan bersebab boleh? Jangan pandai guna guna kawan. Time susah pandai cari kawan. Time senang, kau mendongak tengok langit jek. Rasa diri hebat sangat.
Kawan aku yang kat bawah ni, time senang dia ada, time susah pun dia ada. Sebab tu orang panggil ni kawan.
Bukan parasit.
Menumpang kesenangan orang jek.
Caption gambar nih: Meh nak tanya sikit pada yang expert: Macamana nak lentik kan bulu mata. Jangan jawab lentik dengan pengepit bulu mata. Bulu mata penyapu. Tak kan lut dengan pengepit bulu mata.
Kalau nak buat jugak. kena tunggu 3 jam baru bebetol lentik. Tu pun tahan 15 minit agak nya. Pernah try pengepit bulu mata yang letrik punya.
Pergh!!! Itu pun ambik masa setengah jam. Gila dasat kan tahap penyapu bulu mata aku.
Sekarang baru nak masuk cerita yang ada bau bau bacang dengan tajuk entry. Semalam dalam pukul 2. Melefak dengan kawan aku time diploma dulu. Lama tak lepak sekali.
Masing masing ada komitmen belajar. Dia kat dungun, aku kat puncak alam. Tapi masalah jarak tak jadik hal la. orang cakap kalau kawan tu. Tetap kawan kan.
Bukan nya nak berjoli sangat pun . Boleh jumpa kawan pun dah kira ok.
Tapi kebetulan dia nak cari baju, aku teman dia p kb mall. Tak sangka banyak gila baju baju yang cun kat kb mall tu. Price pun affordable untuk students. Nak nak sekarang ni tengah in trend puff kan. Tapi aku kureng gemar sikit. Ada 2 helai pun jarang pakai sebab tak sesuai dengan aku kot.
Dah sampai kb mall, Ex skoolmate pulak text tanya keluar ke tak. Macam tau tau jek kan. So ajak la dia melefak sekali . Seronok oh boleh jalan jalan. Tak beli barang pun tak pe * yang ni tipu , sebab tangan mesti gatal nak shopping*.
Then melefak sambil bergosip dekat mcd jap. Perut asyik munyi munyian. bising betol perut nih. Dah habis melefak reti reti la balik rumah. Kang tak pasal kena cepuk dengan bapak sebab lambat balik.
kenal kan meh. Kawan aku. wahida zakaria. putih melepak melambang gadis kelantan sejati. eh aku pun sejati jugak weh . mentang mentang aku tak putih melefak.
Kami ex SCCIPIANZ. kawan kawan aku ambik medic, fisio, kimia gunaan, farmacy. aku sesat ambik customer service. Rasa nak sorok muka bawah katil.
Ini la gamak nya kalau ada kawan yang tinggi macam galah. eh tak berapa galah lah sebab aku yang kemetot. Itu pun dah pakai high heel. Tapi masih kemetot. apa nak cakap
Maaf lah. aku kebulur sangat sangat. Tapi sudah nya aku makan tak habis jugak
disudahi dengan gambar gadis bertiga. eh gadis lagi tau. wanita tu dewasa sangat. beboi. Nanti ak nak ambik award & tag yang kau orang bagi.

Tuesday, September 21, 2010

Nak cakap girls day Out tak boleh sebab ada boy!

salam,
hye. lepas tiga hari saya datang balik, haaaa tak sampai seminggu lagi kan, tak sempat bosan lagi, 2 weeks cuti raya, melepak membesar kan badan dekat rumah, tapi tak berapa besar lah, haha sebab even tak puasa tetap tak makan. baguih tak baguih, mak bapak saya geleng kepala sebab anak pemalas dorang bab makan pun malas jugak..haaa korang habaq mai, saya ni rajin bab-bab ape jek..see dah melalut ke bab malas dah, ni yang malas nak hupdate ni,
actually nak cito ni haaa jumpa dengan kak ida a.k.a blogger. sudah lama mau ketemu, tapi tak berjodoh pulak..ececeh. raya ke 6 lagi jumpa, tapi sekarang baru nak cakap. agak-agak ada bau entry basi tak? tak kan. redha je la, sebab tu la bagi muqadimah pasal pemalas tadi, sebab memang dasar pemalas, lagipun saya tengah tunggu camera ni, pastu mesti saya ber energy hupdate belog..kikiki boleh percaya???
baik jangan percaya! tengoooook dah melalut lagi, okeh saya balik ke pangkal jalan kali ke 4. kitorang jumpa kat KBTC, kebetulan kak ida nak shopping, kak ida je la shopping, saya dah shopping before raya hari tu, dah berjaya habis kan duit raya dengan high heel satu pasang dan anak tudung syria, tak habis-habis beli, lepas tu pakai kejap campak dalam bag! apa nak jadi dengan kau lyaa!!!
Teman kak ida beli wedges, terus pakai, cun plus anggun gitu, hehe..i like. lagipun high heels kat KBTC murah-murah melampau. saya survey kat sunway pyramid around 100 something, kat KBTC boleh dapat 35-45. haaaah berdarah hidung tengok. 4 inch pulak tuh, sesuai lah untuk ketinggian comel-comel macam ai neh, (rasa nak lempang tak). Then blah tuk minum-minum pulak.
yang lagi best tau ape? dua orang kawan saya pun ada jugak. cik ayu & en azwan. Best woo dapat sembang dengan sama-sama blogger nih, nak-nak pulak dia pun suka sal fashion & make up jugak, lagi la ai suka noq! sembang punya sembang, kena ingat dunia gak, kena balik rumah weh, mak pak kat rumah bising woooo kalau lambat balik, bab-bab nak say good bye ni lemah sikit, nanti bila lagi boleh jumpa kan,
saya tak tau la cuti semester kali ni saya nak balik ke tak, perasaan nya nak keje kejap tapi ntoooh la,nanti la hupdate pasal tu, layan gambar bajet ai nehhh..
wit kak ida a.k.a scatty kinki
en azwan & cik ayu( kau dah cukup tinggi jangan pakai wedges..haha..nada jealous!!!!!)
last picha, flash telah buat muka saya macam HANTU..eh mana hantu, mana hantu? kau la hantu!
thanks kak ida, nanti kita hang out lagi~~
nota tangan: pssssst kak ida comel wooooo tapi dah berpunya, jealous sebab cun melecun ajek dia pakai shawl macham tu..jealousssssssssssssss sebab ai pakai nampak macham telor busyuuuuuuuk, tak best2..

Monday, May 4, 2009

hang Out wit ma frenzs.......

hurmmm.
.acelii dah lama nak post entry ni, tapi asyik tertangguh je......
.so hari ni last day dekat sini..post je la.sebab dah balik kuantan dah tak de broadband da....
Kalau dekat kuantan mmg xsah kalo tak keluar bandar time2 weekend.....
sebab bosan sangat2 kalau melepak kt rumah...
nothin interesting lol...bgn kul 12...pastu tgk tv...mkn........routine la tu law weekend.......so, bek la hang out ngn dak2 umah ke..even xde duit pn lya on je kalo org ajk kua...
window shopping pn jd la..ktorg ni kalau hang out dekat mana mana pun boleh hamek gambar...tak kesh dah kalau org pndg pn..
.peduli hape..bknnye camera diorg pn...n ma frenzs pn sporting je law bab2 pose ni...........pntang nmpk camera......trus sengeh kambing dah