Jaga tepi kain orang ni banyak kategori tau.
Scenario 1 ,
Hari Si A dapat gaji, Then dia berangan nak tukar handphone baru. Smart phone mungkin. Teringin lah jugak dia nak merasa bbm ke , whatsapp ke, instagram bagai. So, berkobar kobar lah dia tukar hp. Dia guna duit gaji titik peluh dia lah. Tak pun dia paw lah bapak dia ke,bf die ke tunang dia ke, laki dia ke. or whatsoever lah.
Tapi ada si polan cakap cakap belakang " eh, Si A ni tukar hp baru, lepas tu tak de duit lah. Pakai je la hp lama. Ada hati nak tukar yang baru." Nampak tak kepochi kita terserlah kat situ? Istilah kedengki lagi tepat untuk si polan ni.
Prinsip hidup aku .Lantak lah orang sekeliling aku tu nak tukar kereta baru kah, rumah baru kah, hp baru kah, beli baju baru kah, beli handbag baru kah. As long as dia tak susah kan aku. Simple. Buat apa semak kan kepala pikir , eh dia ni shopping bagai nak gila, lepas tu tak de duit lah. Heyyyyy. Tak cukup masa aku nak tolong pikir pasal kewangan orang lain. Kewangan Mr Razman tak po. Aku willing!. muahahaha.
Scenario 2,
Si A ni suka beli handbag. Maybe handbag yang dia beli tu handbag mahal ler sikit, bonia, coach ,kate spade, miu miu ke hape. Persoalan nya sekarang. "Kena perlu timbul, eh dia ni, beli handbag mahal mahal, Kalau aku memang tak beli lah, baik aku beli handbag murah murah je. Tak membazir. " . Itu pendapat kau.
Babe, Setiap orang ada personal taste. Sesetengah orang, lagi prefer barang murah, tak kan beli branded punya barang. As for me, aku tibai je, aku rasa aku ada duit, aku beli yang mahal, rasa tak de duit, aku diam. Tak perlu nak persoal kenapa orang tu suka beli barang branded or not. . Dia berhak nak buat hape pun dengan duit dia.
Aku bagi dua contoh yang selalu jadi kat sekeliling aku lahhh. Pikir kan dan renung kan.