Darlings

Wednesday, July 18, 2012

Sihir Menyihir

Sihir menyihir ni dah jadi asam garam , adat resam melayu pulak ghase nya. Family aku pun tak terlepas jadi mangsa dengan benda benda syirik ni . Bila ada kaitan dengan business je, mesti tak terlepas jek. Even bukan business besar juta juta pun mesti ada yang tak kena. Itu yang kadang kadang aku takut nak berbusiness. 

Umi papa aku, bukan berniaga besar besaran pun, takat berniaga barang runcit kat rumah untuk side income. Tapi tu zaman aku sekolah rendah lah.Alhamdullilah. Dulu duit sangat masyuk sebab tak ramai yang bukak kedai masa tu. Nak pulak umi papa jual barang yang susah nak ada kat kedai lain.Agak murah rezeki.

Bila sebut pasal berniaga, akan ada je yang berhutang. Berhutang bayar, tak pe lah. Berhutang tak bayar pun consider okayyyy lagi la. sebab kat akhirat nanti kau tanggung lah, Berhutang tak nak bayar lepas tu sihir kan orang tu yang sangat tak okaaaaaaay.

Dah hutang ribu riban, lepas tu bila orang mintak hutang, marah. Aku ada masalah nak paham jenis manusia yang macam ni. Macam kita lak yang berhutang dengan dia. Main kasar nampak. 

Sebab orang jenis macam ni lah porak peranda kan hidup family aku.

Masa mak orang lain dok sebok masak untuk family. Aku & papa berdikari cari makan sendiri. 
Seawal umur 9 tahun, ambik duit dengan papa , p cari mee goreng or maggi kat kedai.

 hari hari aku nangis, kenang nasib.

Sampai macam tu sekali orang buat umi aku. 
Bersenang lenang tengok penderitaan orang. Bahagia agak nya hidup dapat tengok orang sengsara.

Semoga orang yang bersekutu dengan setan ni dapat balasan setimpal dunia akhirat. 

Pahit aku nak lafaz kan perkataan maaf ni. Sebab dia dah cacat kan zaman kanak kanak aku. 

Tapi aku masih cuba ikhlas kan hati untuk maaf kan dia.

Sebab balasan Allah lagi hebat.

Semoga Allah ampun kan dia.



32 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

takut sangat if citer bab sihir ni...takutnyer azab Allah nnt....siapa yg amalkan elok la bertaubat sblm terlmbt....kowaii!

Mila Ahmad said...

Sabarlah ye mungkin ada sesuatu hikmah yang menanti kelak.

gdsbnga said...

zaman sekarang ade lagi eh benda mcm ni ? aigooo =='

kazmyra afkar said...

dunia ni tak lari dari bende tu, tak tau bila nak insaf.. takat mane je la main sihir2 tu, nanti sampai masa ALLAH juga yang mereka akan berjumpa...

shiQin Az said...

what happend to ur mom?
keji betol la dorg2 nie. :( itula, ape dorg suke sgt ke tgk org laen idup susah..? dlu kte ade jgk mmbr yg prgai mcm ni, da la berutang..da nk abes sem kite mtk utang balek, die kate kte berkire..ape daaa..RM10/20 xpe lg..
eh, membebel kat sini pulak..heheee

Makwe Kintan said...

family akak pn penah kena sihir dik..sampai mak akak sakit & skang dh buta mata akibat sihir...rumahtangga akak skang pun penah kena sihir...org nk akak & suami cerai berai..spy hidup kami xbahagia..tiap kali bila akak baru nk mengandung je mesti xjd sbb org tu shir spya janin akak xkn lekat..adoiii...kdg xphm knpe mereka sakit hati tgk kita senang sikit...kita xkacau org pun kan..peliklah...apa pn bersabar & berdoa shja yg termampu...=)

SURIA AMANDA said...

Nama pun melayu mana pernah x busuk hati...nak2 bab sihir ni..family akak dah kena la dik

Nurlyla said...

ya allaj.. bersainglh dgn sihat.. maafkn je, blasan allah lbih adil..

cik najihah said...

menakutkan..dulu abah sy penah kene. sihir jauh. x boleh masuk negeri johor. bila dah berubat alhamdulillah. org sekarang ni x boleh nak percaya sangat

Cik mama said...

org mcm ni memg takkan aman, sbar yerr dik, InsyaAllah balasan utk mereka ni akan ada, itu janji Allah.


Memammcoo laaa blog awak.. kna pkai spek hitam.. heheheh follow sini. ^_~

Ardini Humaira said...

sampai hati diorang... takpe.. semoga mereka yang terlibat dapat balasan yang setimpal di akhirat kelak, amin

Nurul Husna Mohd Hassan said...

abang ipar saya orang buat sampai tutup pintu hati. alhamdulillah sekarang dah ok.

Lizzie Yasmin said...

Zaman modern mentaliti kuno macam tue lar. Ada lagi orang percaya benda macm tue. Kawan ramai dlm Fb nak jugak kawan dengan setan. :(

kay_are said...

kalau dah dengki, busuk ati memang sume jalan ngan cara dorang guna, baik salah tak kire dah.. part hutang pinjam pndai bayar tak reti tu pun satu hal gak tu

asfira aminuddin said...

babe sekarang mmg banyak benda sihir menyihir ni. i pun mcm takut sbb yelah benda benda ni bukan bole bwat main kan. btw i tau u mmg kuat menjalani ujian Allah. ada hikmah sumanye tu :)

dwaty said...

berhutang x bayar??? pastu sib=hir plak??? ermmmm... harap dia diampunkan...

yana yani said...

bersabar lah..

Maria Menado~ said...

Nauzubillah. besarnya dosa depa. Tak pe Lyaa.. saba je, balasan tuhan tu akan ade cuma tak tahu bila, Allahualam... saba je dear :)

Erna Ziana Lamsera said...

apa yg jd ne? pena kena gak tym f3. bernanah belakang leher sampai suku kpala. nasib sempat brubat kampung. sedey kwn sndiri yg kena kn kita :(

fasham said...

takut kalo dengar org men sihir2x ni seolah dah mcm x ingat Allah langsung

marilah membaca:

http://fa87.blogspot.com/2012/07/novel-kirana-aqila-chapter-2-persiapan.html

ELY FAUZIANI ISMAIL said...

hye lya!

family ely pn pernah kena.saba je la.esok lusa mmg nmpk balasan Allah bagi cash kt dunia agi.keep faith :)

ஜ miss klanika ஜ said...

ish jenis guna bantuan sihir ni memang apa dah apa pesen daa. moga sempat bertaubat org tersebut . sabar ye lyaa

fifie said...

Kita sama lyaa, ayah fie has been warded almost 2months because of sihir menyihir nie. Bukan nak percaya sangat tapi dah terbukti kan. Hurmm. sabar lah lyaa. jangan sedih2 tau.

fifie said...

Kita sama lyaa, ayah fie has been warded almost 2months because of sihir menyihir nie. Bukan nak percaya sangat tapi dah terbukti kan. Hurmm. sabar lah lyaa. jangan sedih2 tau.

E'in said...

mak cik e'in penah kena mcm nie.. niaga makan kecik2 je.. jiran sendiri wat sampai sebelah mata mak cik e'in hampir tertutup xleh bkk.. huhu

ainraus said...

sabar ye sis. orang macam ni, dah terpesong sikit. semoga dia kembali ke jalan Allah. kan?

ainraus said...

sabar ye sis. orang macam ni, dah terpesong sikit. semoga dia kembali ke jalan Allah. kan?

✿Lady Ainaa✿ said...

Ena pun pernah kena sihir dulu, niat sihir tu dihantar untuk porak perandakan keluarga ena... jahat sungguh.. namun, bairkan Allah yang menghukum orang yang hantar sihir tu...

Boni Kacak said...

Subhanallah... awak.. sabar tau.. kuatkan semangat awak.. saya yang baca ni pun turut rasa sedih... awak memang seorang gadis yang kuat. selama ni saya tgk awak ok, namiun tak sangka ada satu kisah yang sangat menyedihkan dalam hidup awak......awak. banyakkan bersabar tau. tu semua ujian dariNya... InsyaAllah akan ada balasan kebahgiaan yang tak terhingga kepada awak satu hari nanti...saya akan doakan utk awak..

Adylia Qarissa said...

Allah sentiasa berada dengan orang yang dianiayai..

* f i f y said...

same dengan je kesah kte yang.. :)

Cik Eka said...

mak kita pun meniaga katering kecik2 untuk opis2.kenduri cmtu.kena gak..

dan paling sedih,saya kena sekali taun lepas..sedih...huhuhuhuhu

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger