Darlings

Friday, January 7, 2011

Tunggal ke tunggul?

Salam. Hallu. Aku bajet bajet nak hupdate 2 entry hari ni. boleh? bosan kan. Entry pertama untuk hari ni. Aku nak share sikit pasal life aku. ala, sikit jek. Kata nak beramas mesra dengan tuan belog. Aku cuba pendek kan ye entry ni. moh kita mula.
Hidup aku sebagai anak tunggal dalam keluarga. Bila orang tanya, kadang kadang aku suka jugak jawab aku ni anak sulong. Terasa diri matured. Bajet sekali sekala. Tapi most of the time aku jawab jujur jek, malas nak cakap banyak, sat ag ada orang tanya, oh adik ada bape orang, adik darjah berapa. Tapi bila jawab anak tunggal, orang mesti jawab, " eh mesti best kan," tak pun "eh mesti bosan kan dok sorang sorang". haaa jawapan aku pulak. best & bosan.
apa yang best?
kau tak payah nak berebut apa apa barang dengan adik beradik kau. kau selalu dapat yang first hand, tak de recycle punya . hehe, kau tolong mak jek tapi dapat ganjaran berganda ganda. kau selalu dapat apa yang kau nak beza nya cepat dengan lambat jek, kau boleh manja gedik gedik lebih even umur kau da nak masuk 23 tahun, kau tak yah jealous jealous dengan kakak or adik or abang , what so ever la. Yang paling best, kau tak yah share harta pusaka.hahahahhahaha. Jahat jahat.
apa yang tak best?
kau selalu la dok sorang sorang kat rumah. tak de kawan. Aku kawan dengan kucing je weh. Lepas tu kan yang tak best nya Kau jadi suka menyendiri dari dok bersosial dengan orang laen. kau rasa kau jek betol, kau rasa orang lain kena dengar cakap kau. kalau kena bebel, kau dengar la sorang sorang sampai berdarah telinga. Kalau buat salah tak de orang nak tolong cover kan.hehe. Yang paling tak best, Kau harapan keluarga yang UTAMA!. hoh, ini beban, terasa macam ada beban kat kiri kanan. Aku harapan umi papa.
Aku kena pasti kan aku jadi manusia yang berguna, berjasa pada keluarga. kau tahu ni nilai yang kau kena bayar kalau jadi anak tunggal. Aku kadang kadang menangis kalau pikir pasal ni. Aku takut tak boleh balas jasa umi papa aku. then ni jugak reason utama aku tak nak kahwin muda. Papa aku tak suka sama sekali aku kawen awal, biasaa la papa, kalau boleh dia tak nak aku kawin pun. Dok bawah ketiak dia lama lama. Kalau balik cuti semester kan, Pantang aku hilang setengah jam, mula la kalut dok mencari. haaaa kau sanggup? concern memang concern. nasib aku ni dah terbiasa.
Jadi anak tunggal kena belajar berdikari. Umi papa aku tinggal aku sorang sorang masa aku umur 7 tahun lagi. Masa tu kitorang ada kedai runcit kat rumah, aku ler yang kena jaga kedai tu. dorang balik pun lepas isyak. Bab makan tu umi aku da prepare siap siap time pagi tu.
Aku manja, sensitif, itu tak leh nak elak dah, tapi aku boleh survive kalau dok sorang sorang. Sampai sekarang, aku lagi prefer rumah yang sunyi tak de orang, kau tinggal la aku sorang pun, hado aku kisah, janji aku ada handphone, mp4, lappy, tenet.tv, okeh cukup bagi aku.
hurm lagi satu, even aku anak tunggal, tapi papa umi aku tak de la melampau manja kan aku, bayang kan, aku dulu sekolah asrama. sebulan sekali balik, parent lain teruja p jemput anak kat sekolah. Papa aku? balik sendiri, belajar berdikari. so teksi la jawab nya.
Time anak orang lain dapat handphone , aku pandang jek, umi cakap, jangan manja sangat dengan harta dunia. sampai masa nya aku dapat jugak handphone tu, At last aku dapat jugak first handphone lepas spm. Pendek kata. ada pro & con.
pssst, aku lupa nak buat entry sebab papa berbaik hati hadiah kan handphone baru, kecian anak dia asyik pakai hp lama. hp orang pulak tu. Thanks papa. & Thanks to umi sebab support duit untuk lesen . haha. "good daughter" memang macam ni. Habis kan duit mak pak kau je keje. babai!

10 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

anggap je aku ni kakakss ko, hehehe :)

mardhiah ismail (: said...

hehee kite jadi adik awak boleh ;)
hehehee , tapi macam syok jgk an sorang sorang. takyah share bilik dgn adik perempuannn T_T

Atiqah Adnan said...

betul ada baik dan buruk je..
yang penting kita jadi anak yang baik buat mereka kan..
anak tunggal memang lah satu-satunye anak umi n papa kan.. diorang caring sangat.. hee~

apa pun just enjoy your life dear

Anisa Hang Tuah said...

waahh..nis lak anak perempuan tunggal

kadang2 bosan tade kakak & lil sis..
:|

Indah Mulya said...

ni manja bdikari la ekh sis?
nk kate manjeee sgt, kne bdikari jugak at the same time..orite ar, balanceeee!hehe

Rara Nasiha said...

rara pun anak tunggal. bosan takda siblings, tapi nasib baik boleh survive, kawan2 sume ada. :)

nub said...

makpak baik2 na..heee baguih2

eesyaheera said...

sebab lyaa anak tunggal, kena cakap kat Mr Razman lepas kawen nak duk Kelantan la. haha

♥ Funna ♥ said...

biasa la anak tunggal ngn ank bongsu lbh kurng je la gaya nye..hehe..btw header u cntik lol

My MiRa said...

wah dapat hp baru e...bestnyer....tula mak ayah.....jasa mereka banyak sgt...tapi percayalah everything yang die buat adalah untuk anak2 die...


salam kenal dari mira ye...

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger