Darlings

Monday, January 17, 2011

A day without U

Salam, hye, aku paksa diri jugak hupdate sebab aku tau, besok mesti aku malas punya nak hupdate. Badan dah lunyai ni, keluar pukul 10 pagi balik pukul 9 malam. Kira awal la tu balik kan. sesedar diri sikit, besok kerja. Baju tak iron lagi. haish. Monday blues betol kan. Aku tak larat nak hupdate panjang ni. Aku cite pendek pendek je eh.
Tadi aku , faez ( roomate aku) n her future bf, nisa' n her bf ada lah hang out together. Mula mula heading to ampang, jumpa lecturer si faez ni atau nama sebenar faezah. hehe. Jumpa lecturer dia kat de palma, ampang tu jek. Kasi tarah sikit lecturer dia belanja makan. bagus. kenyang perut suka hati bila orang belanja ni.
Then da kena basuh dengan lecturer faez suh kawen cepat cepat. bernanah telinga aku dengar. Lepas tu, gerak p klcc pulak, aku bukan suka sangat p sana. hape la hado, unless la kau kayo. ada duit beriban boleh la bershopping. bagi orang yang gila shopping macam aku p klcc dengan poket nipis, memang hazab lah weh. pandang pandang, jeling jeling tapi tak boleh beli. Tujuan p klcc? p ambik future bf si faez ni haaa. apesal aku panggil dia future bf? haha sebab aku tengok si faez macam ada harapan nak bercouple dengan si azwan ni. tak pe la. aku doa kan yang terbaik yea untuk kauorang.
Tak lama pun berjalan kat klcc, aku rasa rimas, then gerak terus ke midvalley. p cari makan lak. dah puas bergambar kat situ. baru la insaf nak balik rumah. huh, letih jalan. memang perabis duit betol tapi yang penting enjoy ada kawan macam ni.
padahal aku baru je kenal nisa n bf, si azwan pun sama. tapi rasa macam dah lama kenal. memang boleh buat geng la. nanti kita tripple date pulak eh. hari ni aku sorang sorang tak berteman. sedih kan. baru aku tau macam mana jadi single. tak mau jadi single pelissss..
erkk aku cakap tak mau bebel panjang kan. tapi terbebel panjang jugak!
Ini KAWAN
hoh gelak besar, macam taiko. tak tau pa yang kelakar
faez & future bf
nisa' & fitri
oh gambar memang suka suka hati tak ikut turutan. aku malas dah nak susun.

3 comments:

mardhiah ismail (: said...

hehe comel sngt :)

sab said...

love ur style!

eesyaheera said...

ololo, kesian dia sorang2. Mr Razman busy ek.

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger