Kenyang dah berbuka? Berbuka tu berpada pada ye sayang sayangnes. Jangan ikut napsu sangat. Aku ni pulak agak heran puasa tahun ni tak berapa nak bernapsu tengok nasik. Bukak puasa dengan air 2 gelas, mano nak dayo telan nasik dah, tak pun aku balun 3 gelas air.
Sudeh nya perut aku FULL. Lepas terawih pun tibai air segelas lagi. sudeh nya sekali lagi tak makan nasik, Yang aku bertambah tambah heran tu, tak penah penah aku selera makan time sahur, tapi tahun ni, aku bersahur gaya macam orang bukak puasa. Mata terbukak separuh pun tak apo, tapi nasik balun satu pinggan penuh. feh, heaven heaven.
eh tengok, lari topik.
tak pe tak pe,
jom kita follow conversation petang tadi.( telah diterjemah ke bahasa yang semua rakyat malaysia boleh paham, harap harap le)
Customer: Eh, apesal nampak lain eh sikit?
Aku: Aku dah menggelabah ( apehal pulak mamat ni, muka aku comot ke hape, sambil buat muka blur habis)
Customer: erkk hari tu gemok kan.
Aku: monolog dalaman lagi. ( cis cis cis, kau kata aku gemok) aku senyum jek, then reply. bukan ke tu 5 tahun lepas, memang lah, mana nak sama 5years later. haiyooooo sambil bagi senyuman paling tak ikhlas sekali.
Customer: oooo. Macamana boleh kurus?
Aku: erkkk tak selera makan kot. ( memang pedaah la aku menipu kan)
Customer: Gelak macam menganjing, then terus belaaaaaaaah!
Aku: Senyum jek, dalam hati bengkek. Nasib la aku pernah terminat kau dulu kan. Nasib jugak ler kau dah kawen sekarang. dan paling nasib la sebab kau CUSTOMER. Cis!
Muka macam akak jaga kawasan. kau tak takut ye customer. ceh! |
Macamano aku boleh kurus. ( tak hado lah kurus benor pun sekarang, deramsetik sodap kalau panggang)
Tengah tahun 2006 . Aku register kat Shahputra, sekarang dah naik taraf jadi Kolej universiti. First time dok jauh dari hometown, bukan first time dok jauh dengan family.
Masa register, Papa dah bagi beribu riban duit, kira cukup lah untuk 3 months tu, TAPI kan , heeeeee, dah hado duit dalam tangan. feh, apa lagi. JOM KITA HABIS KAN.
Nak pulak aku ambik office management ( dulu secretary science) . Nak pulak ada subject Personality Developement. Nak pulak hado kawan kawan yang dok buat ceghita yang budak OM kena la pandai grooming. KONON la kan.
Semua KONON. Yang pasti nya pakat peghabis duit yang hado, lepas tu tak berapo nak hado . Macam macam p beli, konon nya nak grooming ler kan. eyeshadown takeyeshadow, memang tak berpekdah langsung.
At the END, fulus memang mulus habis, apo nak di kabo heh.
kau berani nak tadah duit kat umi papa aku lagi? memang tak la gamak nya. Umi aku tu terkenal dengan title "MENTERI KEWANGAN" kalau kau rasa kau nak bernanah telingo, ke rasa nak dapat pelempang free ke. SILA SILA. aku memang surrender!!
Solution aku. Memang sangat lah tak bermotivasi, tapi no choice. sendiri buat, sendirik tanggung lerrrrr.
Aku beli maggi goreng yang indo mee tu, yang pasti sedap ke hape tu, haaaa, berpacket packet aku beli. Then, keesokan hari nya setart lah aku berpuasa. feh, aku memang berdeterminasi, sanggup korban kan diri dari mintak duit. 2 minggu berturut turut aku sahur, aku bukak puasa dengan maggi tu, Mano tak aku turun 10KG. sebab maggi tu haaaaaaah. GILO Parah .
Badan memang lemah, mana tak nya, kau makan maggi ajo. nasik kau tak telan, tak hado tenago dah heh. Tu la kesah aku, dari 53 ke 54 kg- turun sampai 44.
Sekarang ni dah terbabas ke 46, 47 dah pun. hado sekali tu, terbabas ke 49, mula la sawan ayam diet. Diet sehari je kot. haaaaaha. Lepas tu, aku balun makan pukul 1 pagi. tak dayo dah eh nak diet diet bagai ni, tak hado nikmat makan.
Masa lost weight tu kan, then balik kampung, Parents, ex boyfriend, orang orang kampung sekalian alam, macam tak percayo. apekehal muke cengkung, iye la. muka aku chubby kot. Selalu jadi mangsa cubit cubitan si ema tu.
Ema cakap tak besssh nak cubit, Selamat pipi aku |
Sebenar nya, gemok ke kurus ke. kalau kau bahagia. ape hade hal. Dulu , masa aku chuby chubby an, aku bahagia jek, umi kau pun bahagia tengok badan, Sekarang ni , dia tak berapa bahagia tengok aku, Mula agenda nak mengemok kan aku lagi, pukul 12 malam dia suh aku makan. memang tak ahhhhhhh kan.
11 comments:
Ada tak gambar masa Lyaa berat 55kg? Nak tengok! haha
gemok ke, kurus ke, Lyaa maintain cun gtuw! D
kalo gemuk bahagia jugak.
bahagia dalam duka, macam kite huhuuhu....
ala kak lyaa gemuk ke kurus ttp mantain cantik..aah btul tu kak lya gemuk ke krus jnj kita bahgia kan..
sis, nak tgk gmbr masa gemok dulu..hihi skrg slimm molek..:) nk petua!!...:D
diet yg terbaik adelah MAKAN!!!
latest entry Adab-adab di Bazar Ramadhan & Bila Perempuan KENCING BERDIRI
aaaa kite same lah !
tapi u terbalik dgn i..
i dulu cam berisi sikit, tang muke lah.. tembam.. sekarang kurus beno..
haish.. tu lah betol kata lyaa, asalkan kite bahgie.. :)
takpe..asal bahagia..i pon terbabas babas jugak ni kuikuikui
cantik!
Cantik sweet:)
Takde ke gmbar mse chubby dlu?
sis gemok ke kurus,sis tetap vogue and comel!! :D
Post a Comment