Darlings

Showing posts with label love life. Show all posts
Showing posts with label love life. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Suka Duka Bertunang

Pejam celik rasa macam baru je bertunang. Tapi bila pandang cincin di jari ni macam dah lusuh gayanya. Lusuh tak lusuh tu belakang ceghita. Yang penting Value di sebalik cincin ni.

Orang orang tua selalu pesan kan. Adat bertunang tak elok lama lama. Oh bab tu kitorang dah langgar. Memang lama sikit sebab masing masing macam tak berapa nak ready nak lompat ke alam perkahwinan. Masing masing busy dengan benda benda alah yang aku sendiri pun tak tau hapebenda. 

Dugaan sepanjang bertunang?

Alhamdulillah setakat ni tak ada dugaan yang betul betul menggugat jiwa , Mungkin sebab dia banyak bertolak ansur. Time aku nak cari gaduh, dia buat derk. So secara tak langsung terus lah tak jadi gaduh kan.

Cuma dugaan dari segi duit la kot. Yang ni susah nak elak kan.Aku bukan di lahir kan sebagai anak orang kaya beb. So nak buat wedding versi wedding of the year tu nehi heyyyy. Cukup ada sedara mara sahabat handal. Satu yang aku syukur. Sebagai anak tunggal, Umi papa dah confirm confirm jadi main sponsor. Hoyeah. Big Clap untuk diri sendiri.


Rezeki?

Alhamdullilah. Sepanjang bertunang. Aku ada dapat dua tiga offer untuk exec, engineer pun hado. Tapi buat masa sekarang masih bertapak di Sini. Tempat keje lama. Mungkin belum tiba masa lagi aku nak tinggal kan first job aku ni.

Rezeki naik pangkat pun berpihak pada Mr Razman. keje keras dia selama ni berhasil. Aku tumpang bangga dengan pencapaian dia.

Preparation?

Yang tu kalau aku rajin aku update kat blog bride to be yang masih di private buat masa sekarang.

Sampai aku masa nanti aku public kan pada readers. 

okey guysss.

Bai.

Monday, August 27, 2012

Happy Belated Birthday Lyaa

Salam 9 Syawal. Kira aci la kan wish kat diri sendiri. Sebab semua orang dah wish kat Facebook, twitter. Sekarang wish kat blog sendirik pulak.

Hupdate Entri birthday dulu , Entri raya sila beratur diam diam. Dah ada mood baru update.

Syawal Ke 7. Turn beraya Family belah Mr Razman. 

Masa on da way dari Negeri sembilan. Adik Mr Razman call. Mr Razman buat loudspeaker. Agak terkantoi sikit pasal surprise birthday party ni. Tapi aku rasa macam tak excited. Sebab aku rasa Mr Razman tak ambik part. So buat dont know je even dah tau. 

P beraya rumah Pak long Mr Razman. Sampai terlupa dah pun birthday party yang dorang planned.

Dalam pukul 9 lebih, bertempat kat rumah Kak ngah , Seputeh. Tiba tiba Mr Razman keluar dengan Cake pinky comel gila ni. Oh my, memang rasa surpriseeee sangat . Sebab tahun tahun yang lepas Kitorang celebrate beli cake satu slice je. Sebab dua dua jenis yang tak suka makan cake sangat.

Thanks a lot pada yang terlibat.
 Mr Razman.
 Kat sini nak mintak maaf secara terbuka sebab ingat kamu buat buat tak kesah langsung pasal Birthday Lya. Pandai cover line. Dalam diam rupa nya.

Cik kak ni menangis teresak bila tengok Mr Razman bawak cake. arghhhh. Tak tertahan.
Memang sebak habis masa sebelum tiup lilin. Sebab. aku dengan Mr Razman bukan nya dah kahwin. Tapi rasa betul betul dah jadi part of their family. Sangat terharu lagi bila Mr Razman cakap terima kasih sebab boleh anggap family dia macam family aku sendiri.

 So, harapan aku sangat lah tinggi agar hubungan ni berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Aminnnn.

  
Tu dia sepupu sepapat & adik beradik
Selamat Hari Raya Dari Kami. huahuahua.

 Dan tidak lupa

Thanks jugak pada customer aku yang caring gila. Buat delivery lagi sempena birthday aiii. Choc hari tu pun tak sempat makan. dah dapat yang lain.

Monday, July 9, 2012

Every weekend pun ohsemmm!

Monday morning yang sangat indah kan. Kalau tak indah pun, sila lah berlakon sikit. Aku pun tengah berlakon gembira datang keje ni. Sebab gembira sangat terus update blog kan.

oh aku pun tak tau apa motif. Mungkin entry ni entry monday bluesssss..

Ceghita Pasal weekend kali ni, aku dapat rest yang cukup. Sangat sangat cukup. Sampai hari ahad lepas subuh tak tidur. Hebat hebat. tapi pukul 9 tidur balik lah. huahuahuahua.Pukul 11 bangun muhasabah diri. Sampai bila nak biar kan kain dalam bakul sampai muntah.

Dressdress yang lama tercampak dalam bakul akhir nya berjaya di hanger dalam wardrobe. Patut ler rasa macam koleksi dress tak cukup. Rupa nya menyorok dalam bakul.
 Kesimpulan nya sangat hebat. Aku berjaya basuh kain, cuci toilet, kemas bilik ala kadar, lipat kain yang termuntah tu. Weekend aku sangat bermanfaat. Bukan takat tu je, Berjaya tengok Mael Lambong & Amazing SuperMan. Ohhhh. Weekend yang sangat awesome

Nak lagi awesome , berjaya rembat tudung pilihan hati. Kale yang menawan hati tanpa pikir 3x, terus rembat.
.

Monday, June 11, 2012

Engagement Part II

Morning morning. Masing masing tengah layan monday blues ke. Mata aku ni macam di gam habis ni. Mengalah kan orang tengok bola. Bila mengantuk, Mula cari alasan nak hilang kan kemengantukan yang amat ni dengan hupdate blog. Kira aci ler tu.

Semalam dapat gambar, hari ni gigih update blog. Tapi tak semua lah aku share. Aku rajin kan diri upload kat facebook je lah. 

Sambil aku karang ceghito, kaurang layan gambar sekali.
Rombongan.

Tarikh 2 june 2012 tu, Mr Razman yang decide. Aku decide bulan aje.. Kebetulan pulak Kitorang memang cuti . So cantik lah tarikh yang dia pilih tu.

Family Mr Razman nak yang simple. So am i. Aku kalau boleh nak yang sangat sangat simple. Simple di sini bermaksud. Tak de hantaran, cincin satu je, tak de mini pelamin. Tu aku & Mr Razman dah sama sama setuju lah. Capai kata sepakat.

Sekali, Family aku tak nak. Mak cik mak cik aku cakap. Sebab aku anak tunggal, & Family Mr Razman datang dari jauh.. Mana relevan buat simple. Tu dugaan pertama yang datang, agak konflik aku dengan umi aku. Hari hari ada phone conversation dengan umi. Kadang kadang menangis sebab belum apa apa dah konflik. Tabah kan hati. Sebab aku ada dua family nak kena jaga hati.
Geng Hiache. Geng pajero tak do gambar nyaaa.
Last decision.  Kitorang decide 5 hantaran berbalas 5. Tak masuk cincin. Tapi aku tetap berkeras tak mau mini pelamin. Aku takut orang cakap hoverrrrrr. Macam nak kawen. So Majlis aku memang sempoi tapi tetap meriah sebab family aku ni family besar. Adik beradik umi pun dah berbelas. Campur adik beradik papa lagi
Puas hati bila berjaya DIY sendiri hand bouquet.Balik kenduri kendara terus  settle kan hb, then kroooooooooooh . Memang tak mandi!
Make up? Lagi lah tak hire mana mana mak andam. Sebab aku nak make up yang simple. Just calit eyeshadow sikit, then make up macam biasa. Sepupu sepapat bising sebab tak p make up dengan mak andam. erkkk bila aku cakap tak mau, maksud nya tak mau lah. Make up biasa tanpa fake eyelash, kening pun tak trim. Kalau aku nak make up yang proper pun nanti pre wedding photoshoot kot.

Kesayangan yang banyak bersusah payah, Main sponsor untuk makan makan.  Terima kasih yang amat sangat umi.

ooooh memang ada ceghita di sebalik gambar. ceghita nya biar family kami saja tau k. hohoho
 okeh kali ni betul betul betul...
Mak tak mau senyummmmmmmmmmmmmmmm, sama macam umi, tiap kali gambor mesti macam ni.
Mr Razman's Fiancee
Even aku tak suka barang kemas. Tapi aku tak berani nak ambik yang emas putih . Takut kena pelangkung dengan umi.
  Antara kawan aku yang datang. eceh. macam ramai je yang aku jemput. Thanks for coming babe even dia busy.
kualiti gambar berbeza berbeza sebab campur dengan gambr dslr & camera pinky aku
kesayangan yang banyak jasa .  

Kak suhana sayang. Thanks for comingggggg kakak. Dia datang awal. Agak terkilan sebab tak boleh nak spend time banyak banyak, Thanks jugak sebab sponsor Homestay untuk Family Mr Razman. Lebiu ketat ketat!

Future in law. InsyaAllah. Semoga Allah permudah kan urusan kami.
 amin.


Psssst ,Pasal baju & veil. aku wat satu entry khas. lepas ni. chows!

Tuesday, May 22, 2012

4 years & 4 days

 still counting

when you love,you get hurt.
when you get hurt,you hate.
when you hate, you try to forget.
when you try to forget, you start missing.
and when you start missing…
you will eventually fall in love again.

because
Love is cycle

Wednesday, February 8, 2012

My Suweet Hometown

Pejam celik, dah ada kat shah alam balik. Sigh laju laju. Tapiiiii, Janji hati puas sebab boleh balik kampung. Rasa macam lama aje bercuti dekat kelantan. Lagi bahagia bila Mr Razman teman balik sekali. Oh tak lupa jugak sister in law to be yang sempoi & sporting habis. Mana nak cari kan.

Hari sabtu, after work , lebih kurang pukul 1, dah mula nak membelah kan diri dari office. Ikut kan hati aku, pukul 12 aku blah, ambik adik Mr Razman kat rumah aku then terus gerak balik kelantan. Tiba tiba lagu balik kampung ada dalam kepala hotak. oyeaaaaah. Balik kampung weh. tak seronok kau.

Sampai kelantan lebih kurang pukul 9. Balik dengan rumah memang bersepah sebab mana umi sempat nak kemas, dia pun busy melampau. So, buat buat lah rajin sikit. tolong. pung pang pung pang dah pukul 12 lebih. Pagi nya kena bangun awal sebab umi buat kenduri kesyukuran sikit. 

Hari kenduri nya tak sempat nak bersnap snap picha bagai. kebusy an, layan tetamu, layan kawan, layan tak terlayan. 

Hari isnin, plan keluar shopping ke pengkalan kubor lagi. Bawak Adik Mr Razman jejalan, 

then petang nya dah janji dengan cik alin & cik ayu jazari nak belanja tutti frutti. Ni first treat aku sempena dah kerja. Biasa nya orang keje yang asyik belanja aku kan. Dah sampai turn ni, Pandai pandai la kan. Syok weh. Ngedate ni unik sikit. Ngedate dengan Cik alin a.k.a Ex Girlfriend Mr Razman. Happening tak bila boleh duduk semeja dengan Ex Bf. hehe. Biasa nya , aku sorang je keluar dengan alin, tapi kali ni ada Mr Razman sekali.


Mula mula rajin lah buat dian pelangi nya style, dah sampai petang. Kemalasan melanda. Pin sempoi suddaaaah. tapi, tetap cinta style dian ni.
Jangan nak compare sangat lah skin Mr Razman dengan aku. Dia memang cerah dari aku. Kenyataan. sob sob sob
oh dia memang poyo, tapi poyo yang manja. haha




Satu je tak best. Sangat tak selesa dengan outfit of the day. Boleh pulak tertinggal baju & cardigan. Sebat yang mana ada. So, sangat tak confident dengan diri. Oh bab tudung bawal tu selesa lah, sebab Mr Razman punya pasal. Layan kannnnn.

Three of us. May Friendship neva end.



Wednesday, September 21, 2011

Selamat Hari Tua

Simple update. Tanda sorry sebab aku boleh lupa birthday Kesayangan sendiri. Kali ke 2 lupa. Nampak sangat aku  seorang yang sangat concern kan. muahahahaha. Sentap dalam diam ajek Mr Razman.

Ala, tak ingat bukan tanda tak sayang, cuma kepala weng weng.
 oke lah. kata simple hupdate kan.

MR RAZMAN
Selamat hari Tua yang ke 27
Dah terlebih layak kahwin awak ni.

Sabar eh.

InsyaAllah. Sampai masa kita di ijabkabul jugak.
3 years 4months 3 days & still counting.









Sunday, January 30, 2011

As the way i am..

Aku selalu tertanya tanya. Kenapa dia sayang aku. Tipu kalau kau tak nak tau kenapa orang sayang kau kan..Bila ditanya kenapa dia sayang aku. Dia sayang aku sebab dia selesa bersama dengan aku. Dia sayang aku sebab aku reti bergaul dengan kawan kawan dia. sebab yang ketiga aku sensored sikit. Dia sayang aku sebab aku mulut becok. aku si kecoh dan dia si pendiam. okeh awak, dah dapat jawapan.
Dia yang terima aku bila bila masa.
Dia yang terima aku seada nya. tanpa make up,
dia yang terima aku walaupun chubby.
Dia yang terima aku yang "clumsy".
Dia yang terima aku yang panas baran.
Dia yang terima aku cepat terasa tak tentu pasal.
thanks for loving me. .
Aku nak update pasal wedding dan lepaking with Mr Razman's cousin actually. tapi besok la aku postpone.

Monday, December 20, 2010

Tips cintan cintun

Salam. aku bercinta betul nak hupdate belog hari ni. Malas gila gila nak menaip, kan bagus aku tolong cakap lepas tu ada orang tolong taip, aku boleh goyang goyang kaki sambil tengok telebesen. eh tengok tengok belog aku dah bertukar wajah..huahua. Aku tak de kerja pagi tadi, nak tidur balik tak mengantok la pulak, then kerja mengjahanam kan belog bermula. Dah lama aku nak edit belog ni haaa, dari bulan 10 lagi. gila lama kan.
Tapi aku ni biasa la asyik tangguh jek la. Lepas esok , esok, pas tu esok lagi, sampai la bulan 12 ni haaa. aku tak de la suka sangat dengan design belog sekarang ni. masih tak cantik jek. tapi temporary boleh laaa. Bosan bebenor dah aku nengok layout lama.
eh hari ni kan, aku nak share sikit pasal cintan cintun. orang yang tak cintan cintun pun boleh baca. Walaupun aku ni bukan master bab bab cinta. Tapi apa salah nya aku bagi pendapat sekeping dua. mana la tau, kot kot korang sama pendapat dengan aku. iye dok?
Siapa tengah bercinta sekarang. angkat tangan cepat. haaaaa dah angkat, tak pe takpe aku nampak kaurang tengah angkat tangan sambil baca neh.
hurrm dah berapa lama ek kaurang in relationship ni?
Ada yang dah 3 , 4 , 5, 6 tahun kan. aku salute weh kaurang yang berjaya tahan sampai 5,6 tahun ni. Ingat senang weh. Aku yang baru 2 tahun setengah pun rasa bersusah payah jaga relationship. iyo lah, aku ni kan dikategori budak tak matang lagi even umur dah nak masuk 23 tahun.
Aku kasitau pendapat aku eh bab bab cintan cintun ni.
  1. Jangan over confident dalam hubungan.
    Pasai apa aku cakap lagu ni, haaaa ni la masalah ramai pasangan yang bercinta. kauorang perasan tak. Bila bercinta lama lama ni, kauorang ada perasaan confident yang bf/gf kauorang tu tak kan cari laen dah. pendek cite kauorang rasa bf/gf kauorang tu dah jadi hak milik kekal. INI SALAH SAMA SEKALI. kau jangan ingat kau kapel lama lama relationship kauorang tu terjamin. tidak tidak. Bagi aku la kan, kalau tak de jodoh, besok jugak kau putus.
    Then, Jangan la kau buat macam ni, kau tak menghargai dia, kau abai kan apa yang dia rasa, kau tak nak contact dia pun dalam sehari, kau buat keputusan sorang sorang, mentang mentang kau rasa pasangan kauorang tu hak milik kekal, JANGAN. Especially lelaki, jangan la kauorang buat macam ni, PEREMPUAN macam aku, akan angkat kaki okeh. tak kira lah aku sayang ke tak sayang. kalau dah tawar hati beb..
  2. Surprise.
    aku suka ada element element surprise dalam relationship ni. Baru la tak plain jek relationship kauorang. Cuba tengok sis kai & abang amar. dah ada bb kyd, tapi still romantic. aku suka lah. seronok tengok husband wife macam tu. Tengah tengaah bercinta ni apa salah nya kauorang bagi surprise sikit kat bf/gf tu. tak de la dia rasa terpinggir jek.
  3. Respect.
    Haaaa. ni penting. Tapi aku sampai sekarang kadang kadang fail. Alpa. Tertinggi suara dekat dia. Nak nak pulak pasangan kauorang tu 4, 5 tahun lagi tua dari kauorang. kalau nak kekal lama, pelis show some respect la.(hoh rasa macam terkena batang hidung sendiri pulak sebab dia pernah cakap aku lagi keras kepala, degil)
  4. Give & Take.
    Biasa la kalau bercinta. Mesti banyak berhabis kan. Kalau kauorang bercinta dengan students macam aku ni, nasib lah. kalau kaurang dan pasangan sama sama dah kerja, oke lah. harmoni sikit hidup kan. Jangan kedekut dengan pasangan kauorang tu.Aku ni kira beruntung sebab dapat dia yang tak kedekut. (eh perlu mention ke,? tak de lah, jap lagi ada yang sentap pulak , pikir lain pulak. baik aku mention siap siap.)
  5. Trust.
    Tolong eh, tolong jangan dok ada syak wasangka yang melampau. kalau aku la yang terkena. memang aku luku laju-laju. Kalau tak nak percaya pasangan kauorang tu, jangan bercinta. Senang cita.
okeh cukup 5 sudah, aku tau bukan kaurang baca semua pun, kauorang scroll laju jek, haha. ok lah. aku nak p layan cerita indon pulak. babai..

Tuesday, November 30, 2010

Partner "Gadoh" saya

Gonna misssssssss you lah !

Gambar blurr habis kan. sebab nya gambar ni beramai-ramai & di snap dari jarak jauh pulak tu. saya crop . ambik gambar kami jek. jual ikan sikit.
babai awak, Lepas sebulan kita jumpa lagi. awak jangan nakal-nakal bila saya tak de. saya pantau awak dari jaoh tau! nakal siap la awak. saya piat telinga!
saya pesan kat sini sekali sebab saya tau awak loyal & silent reader saya. eleh jangan tipu lah awak tak baca belog saya. entah entah awak selalu jek stalk belog saya.hehe, sebab time saya cakap dah lama tak de orang ajak saya tengok wayang, dan dan esok tu awak ajak saya tengok wayang. awak memang memahami lah. hehe

Sunday, October 3, 2010

C.h.e.n.T.a..L.y.a.A

salam,
pagi-pagi buta ni saya bersemangat nak main conteng-conteng kat belog kesayangan. pagi ni terasa nak buat "confession punya entry" pulak. nak confess pasai apa? pasai Mr Razman dan saya. pejam celik pejam celik, dah 2 tahun lebih saya kenal dia. mungkin orang cakap 2 tahun tu macam setahun jagung lagi, tak cukup matang la. 
hakikat nya terlalu banyak memori, dugaan, kenangan manis, pahit masam masin semua ada la. daripada zaman susah sampai la zaman sederhana sikit, i mean sekarang ni la. nak kata senang lenang tu tak de la, tapi kalau nak banding kan dengan masa susah dulu, keluar naik motor, pas tu hujan , dah tu ada pulak kete yang tak berhati perut bawak laju-laju, habis terpercik air kat kitorang. oh oh my, seriously terindu pulak saat-saat tu, sounds weird, tapi orang cakap kesusahan tu ajar kita erti hidup. 

saya bersyukur sebab saya dapat peluang untuk jatuh cinta dengan dia..hades, tak mau jiwang, tapi tu la apa yang rasa, walaupun hakikat nya banyak perbezaan antara saya dan dia..dia sangat berlembut dengan saya okeh, saya jenis yang tak bersopan santun sikit, dia cool , saya hot temper, saya suka dengar radio kuat-kuat, dia suka dengar radio slow-slow, saya kuat makan, dia kureng makan( see the body la),
banyak sangat perbezaan, malas nak ingat satu-satu. persamaan nya pe? we love each other..ehehe poyo la kau! tak kan bertepuk sebelah tangan kot, saya tak mau menaruh harapan yang tinggi, orang bercinta bertahun-tahun boleh putus, orang yang dah tunang pun boleh putus, orang yang nak kahwin besok lusa pun boleh cancel,
saya hanya merancang. DIA yang menentukan. saya cuma berharap, dia boleh bimbing saya jika ada jodoh..
,

Sunday, September 5, 2010

Balik kampung hohoho balik kampung

Salam,lepas sahur meh kita hupdate belog secara beramai-ramai,ececeh, bajet bagus la ni sebab tak tidur lepas sahur, aloh, buat-buat bagus sudaaah, 
 
padahal tak tidur lagi sebab baru balik sahur dengan pak cik tuh, then bila nampak lappy terus rasa nak online kan diri, sambil tak sedar diri yang bag tak packing lagi, baju bersepah lagi nak kemas, rumah macham tongkang pecah, baju yang basuh tadi dok dalam washing machine lagi, baju yang kat ampaian tak berangkat lagi, bilik tak bersapu lagi,
 
haaaah apa lagi, semua nya tak buat lagi, bila tahun nak buat pun tak tau la tu, sekarang ni mata dah rasa berat ni, terasa nak titunnnn..kang besok terbangun terlambat, terpaksa buat kerja macham lipas kudung la ai ni. membebel macham mak nenek? sekali sekala. boleh kan kan kan kan??? 

oh yea, pasal nurul iman tu, saya add dia, then saya sound secara lemah lembut dan ayat yang paling sopan sekali, sekali dia remove dan block saya..ecececehe..
 
banyak cantik muka kau nurul iman, tapi tak pe, kawan-kawan saya ramai yang dah add dia. yang penting sekarang dia dah delete gambar saya, so saya pun tak sakit hati dah, kira settle la senang cite, bak kata sis kin, budak-budak kot, tu yang perangai tak matang camtu..
 
okay lah, saya nak packing jap, malam ni saya gerak balik kelantan, walaupun hati tak happy. doakan perjalanan saya selamat sampai..adios, beboiii TT Satria Tuners Club saya mau jacket ni, apa kata anda..macham cantik di mata saya, dimata anda bagaimana..? hoho

Wednesday, August 25, 2010

edisi puasa.

salam,
hohoooooi cik kak yang pemalas hupdate belog,
haaa jangan salah kan saya, salah kan tenet yang memanjang jek lombap, apa la nak jadi dengan celcom ni, ketensionan melampau tau i ni haaa. asal lepas bukak puasa aje tenet dah start lembap!!!!!!!
%&I@@*@#$$ betoiiii laaa.
saya malas nak hupdate belog siang-siang hari, loteh tau, tak de idea sama, tapi hari ni sebab balik kelas awai kan, so tak de la penat sangat...erkk hari ni dah bebelas hari puasa kan, puasa tak???hohoohoho siapa ponteng puasa tanpa sebab ketok kepala dia..tinggal separuh lagi. haishhh cayok lya, dengan jadual class yang pack tuh, haiyaaaa dugaan puasa lebih sikit tahun ni, tapi yang ai suka lebih tau ape? Si pak cik tu banyak meluang kan bukak puasa dengan mak cik ni haaaaaa..kira bagus la kan..compared ngan last year..ai selalu jek bukak puasa sorang-sorang time weekend..
tak sabar nak balik beraya hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
rindu mak apak sangat sangat sangat, tapi kan kalau balik rumah jek, kejap jekkk tak lame pastu gaduh manjang ngan umi..haha ai kan memang suke gaduh-gaduh manja ngan umi, pastu umi pandai la tarik muka ngan ai..sorry umi, nanti raya mintak maaf lagi ek,
..hehe.heh..ai tak mau bebel panjang-panjang la. ai nak poei rebus kerang..nak buat colek kerang..uollls nak???meh-meh..
auwwwwwwwww..abang vespaaaa tumpang kan ai.jangan jeles..dia bawak pusing-pusing pyramid tuh..hahahah..mooddd raya in da house la kalau pegi mall.even masa tu baru hari ke 4 puasa!

Tuesday, May 25, 2010

Selamat ulangtahun sayang


Salam,
hye,
semua sehat??
Oh saya sehat aja..malah bertambah-tambah kesihatan nya sampai gain weight yang melampau, terasa mau lempang diri sendiri secara laju-laju pun ada jugak sebab heart attack tengok jarum penimpang ..
haish, apa la nak jadi dengan kamu ni Lyaa. okeh stop cerita pasal kegemokan yang melanda, nanti-nanti la saya paksa diri suruh diet, ( saya ni memang tak sedar diri !!!)
wewitttt,
tujuan gedik update belog hari ni cuma nak me war-war kan pada dunia, haish bukan-bukan , entry ni actually perhargaan untuk Mr Razman kesayangan intan payung saya,
25 MAY 2010,
hari ni genap 2 tahun edisi berkasih sayang, hopefully tahun depan saya masih ada chance untuk celebrate anniversary dengan dia...apa yang saya nak cakap,
i) Terima kasih sebab ikhlas menyayangi Lyaa
ii) Terima kasih sebab sabar dan tahan dengan kerenah Lyaa banyak annoying daripada baek
iii) Terima kasih sebab sabar tunggu Lyaa habis belajar
iv) Terima kasih sebab terlalu banyak berkorban, sebab Lyaa, dia tak ada masa rehat langsung time weekend
v) Terima kasih sebab ikhlas dan serius masa propose Lyaa 2 hari yang lepas, seriously Lyaa terharu even tu bukan first time kena propose oleh dia..tapi rasa kali ni betul-betul terharu, rasa macam nak jawab, okeh kita kawen sekarang..tapi sabar ..Lyaa kena habes kan study , graduate dulu, biar takdir yang tentukan .Bila jodoh kita dah sampai, insyaAllah, Lyaa try untuk jadi yang terbaek..

Wednesday, December 9, 2009

Bila rindu

Saya manusia biasa yg merindu bila dia jauh.

Sunday, October 4, 2009

Weekend sy mcm ni..Weekend anda??

hohohohoho.baru je smpai campus puncak alam terchenta.lemah jek bile nk balik campus balik, rase cam kjap sgt weekend ni..xpuas ag nk bersantai-santai..ni la keje lya kalo xde claz or exam..nk bersantai jek memanjang..budak pemalas mmg mcm ni..da xblh nk wat ape da..

weekend kali ni biase2 aje..xde la meriah sgt..xde la bsn sgt..ckp la kalo blh kua dr cmpus gersang ni..semalam tmn lalink g beraya umah kwn die kt seremban..die blik keje pn da lwt..g open house tu start kul 5..mmg elok la sgt..lya ni da nek kebulur tgu die balik keje..nk g makan kang tkot kyg lak nk mkn kt open house..dok tunggu2..ingat kan die blik awl...agk lwt n mmg rase cam nk makan org jek coz lapa sgt2..ktorg grk g seremban pn da dkt kul 7..n guess what..jln pulok yg jammed gile3.....hape la punya nasib bdn..agk nye semalam byk sgt kot org wat open house ek..sabo jek la..smpai seremban tu pn da kul 9..mmg melantak la yek..xamek kesa da..

Then odw balik tu..kak long lalink lak kol..xdtg raye umah pak ucu diorang ke..pak ucu wat open house gak...nak xnak..kena jage ht org tue..pegi jek la..even pnt gile..lalink yg penat..bkn lya..hehe...smpai2 jek..mcm biase r.family lalink ni mmg bersatu padu...semua ade..sib bek la da salu jumpe..so xdek la segan sgt..mak lalink jek yg xde..mak die dok jaoh sket..pegi lepak2 amek ht org tue jek..xmkn pn coz stil kenyang ag..
Da abes melepak kt umah pak ucu, g uptown kota damansara jap..jejalan..cuci mate..pastu berkenan lak kt stu shawl kuning ni..rembat la satu..pastu balik membuta.zzzzzzzzzzzzzZZZZZzz
Hari ni lak,g tgk wayang jek..The ugly truth..bez!!!!!!even byk mencarut..p bez...... blanja lalink mkn kek..coz besday die hr tu ktorg xclebrate lg...then,balik lor campus ni....tu jek cite weekend sy!!okeh..n3 lya xpenah complete kalo xde gmbor2 kan.k..layan.... okeh..jangan ikat muncung itik sy..hehe oh.sila la jgn menyampah asyik tgk n3 bergambar je ..ni smalam nye..bsn tgu lalink sejam lbh.so kte brgmbr dulu.Gmbr time kt open house xsnap la pulok.segan..
okeh..ni lak pic hr ni nye....kuning lak..shawl yg brjaye dirembat kt uptown..uptown jek yg sy mampu..
  time kaseh coz menyabar kan diri untk bace n3 ni sampai habis yek..closing pic...tn rumah bersama pak cik razman yg dikasihi..sekian..

Sunday, September 13, 2009

Random update

Title pjg sket hr ni.Bru je balik ngedate,tros update blog lor.coz after diz cm xckp mase nk update blog da..kna stdy ye tuan2 dan puan2. 

This week ade 2 quiz,even quiz skalipun ..tetap kena buat yang terbaek hokeh..mak ayah hanta belajar sini bukan untuk bersoping semata-mata..hehe..kalau result anda gempak nk mampos..sila la soping bagai nk gila yek(sape ajr??)haha..buat teori sndri..bg lya la,lepas dah penat blaja,sila la reward dri anda ngn somethin yg blh membahagia hdp anda..xkesa la ape pn..g holiday ke hape ke..p lya plh untk bersoping..release stress dowh..

Memang hilang stress ..p kjp je la..bile tgk duit byk abes,rase cm..oh pas ni ak nk mkn hape..huhu.tu bnda biase la tu.p lya tak penah nyesal,xbaek nyesal lol.kalo da terbeli tu,sila la terguna dgn redha nye yek..hehe.td, xde la tersoping byk sangat pn.setakat beli tshirt jek.yg plg pntng nye da beli blazzer baru.t byk nk kena wat presentation.Blazzer yg da ade tak brape formal lol unk berlakon jd customer service provider.so survey-survey kt jusco,ade lak price nye sangat la affordable,rembat lol..xreti-reti..hehe..then, yg plg happy skali, da bg hadiah besday lalink..padahal besday die raya ke 2..p beli siap2 la,t xyah fkr da nk bagi pe..sng hati die plh sndri td..

harap nye die btol2 suke la..leh pkai wat raye lalink kn..n pkai time ngedate..hehe..tak mo bebel panjang2 mlm ni..sebab sangat penat,sakit kaki brjalan ngn wedges tuh,silap pkai wedges lak hr ni,lupe yg nk jejalan smbil soping hr ni,so patot nye pkai wedges yg comfortable, p trsilap pkai wedges yg tinggi nk mampos tu lak..so atlaz, kaki la yg merana. Beauty is truly pain.


Monday, August 31, 2009

Bla bla bla bla

Happy merdeka day to uolls

hari ni ada mood pulak nak update belog yang dah hampir besawang ni. Punya lah bercinta nak rajin kan 

Ni haaa nak bercerita pasal hari ahad yang tak berapa nak indah ni. 
Tepat jam 3, Mr Razman dah terpacak depan kolej Raffle dengan harapan yang berkobar kobar nak p tengok wayang. Maka destinasi nya adalah summit.

So p ler summit belangkas berdua ni. Tapi yang spoil habis nya masa nak beli tiket wayang ni si cashier ni buat hal betul cakap tak de duit balance. What the Face betul laaa. Nak koje ke tak mau koje. Bila dah bengang. Terus ler cancel kan niat nak tengok wayang. Sebab dah spoil habis kan mood.

Last last nya terlepas ke melaka. Tapi seret Cousin Mr Razman sekali. Si izad. So boleh ler celebrate merdeka sama sama kan.


happy merdeka day..dah 52 thn kte merdeka...p stil ramai yg xmo merdeka kn diri kn...

Sunday, August 16, 2009

W.E.E.K.E.N.D........

Asal weekend confirm lesap punya dari uni, biasa lah. Setakat bole enjoy enjoy je lah, bila money yilek dok diam diam ah kat kolej tu. i m sorry for the late hupdate. Quite busy la dear lately. So kena focus on my study first, lepas tu hupdate la puas puas.
Weekend hari tu just jumpa kawan kawan dia, makan plus lepak kat stadium shah alam.

Then balik hostel sambung studdddyyyy.