Last week, my offismate ada ceghita yang anak angkat kakak ipar dia. errrrk kira anak buah dia ler kan. kena kidnap area cheras. Yang buat aku speechless. Anak buah dia umur nya 21 tahun . Bukan 5 tahun, bukan 10 tahun.
"Kawan aku ceghita. Anak buah dia tu baru balik dari keje, Tiba tiba, ada van benti depan dia, terus tarik dia masuk van. Apa laei. Meronta la budak perempuan tu. Tapi samseng samseng dalam van tu belasah dia sekuat tenaga. Nak bagi budak tu pengsan. So senang sikit nak buat keje jahat diorang kan.
Budak perempuan tu usaha nak bolos kan diri, kebetulan hp ada kat tangan. So dia main tekan je nombor, tapi bila samseng tu nampak, terus hp kena rampas & campak ke luar . Bukan main tragis, dah ler kena belasah. Hp kena campak. Kemain kan kau samseng. Aku dengar yang menyirap."
"Bila Allah nak selamat kan hamba Dia. DIA bagi seribu macam cara. Nak di jadi kan ceghita. Ada chinese ni tergerak hati nak tolong, dia benti kan kete depan van tu, cuba tolong budak perempuan . Berkat budak perempuan ni meronta ronta, dia berjaya lepas kan diri, then masuk dalam kete chinese ni. Alhamdulillah. Allah selamat kan dia dari jadi mangsa sindeket perdagangan manusia. "
Sapo pun yang ada kat tempat budak tu, confirm trauma seumur hidup. Lambat satu saat je, kemungkinan dia boleh di jual, jadi pelacur. Manusia sekarang tak do perikemanusiaan. Tak do belas kasihan.
Kisah ke 2.
Ni yang Mr Razman yang ceghita. Supaya aku ambil langkah berjaga.
Kita nama kan si akak ni suraya heh.
"Satu hari, kete Suraya ni kena langgar dengan satu bangsa ni. Bangsa apa kita rahsia kan. Dia datang kat kete Suraya, siap cakap, " akak, kereta akak kena langgar belakang ni, teruk ni" Konon nya ajak suraya ni keluar nak settle kan. boleh pulak kan, kau yang langgar kete orang, kau yang beria ajak orang tu keluar nak settle kan.
Tapi Suraya ni tak sedap hati, tak bukak pintu kete, just cakap. Eh tak pa lah. may be sikit je tu. so dia blah kan diri.
Sampai rumah aje, terus dia check kete
Guess what!! Nothing happened!!! Bumper dia sehat walafiat lagi. sedikit calar pun tak do. Yileeek. So, kaurang pikir sendiri lah apa motif si bangsa tadi. mungkin samun.
Kita sebagai perempuan, kat mana mana pun kena hati hati. Orang anggap kita ni kaum yang lemah. So bila bila masa je kita ni senang nak kena tindas.
So, to ladies out there. Kita kena ambik langkah berjaga jaga. Jaga diri, hiasi peribadi. Adios
8 comments:
aduh.. tragis betul.. hmm mcm2 la zmn skrg ni..:(
kisah ke 2 tu selalu berlaku..memang tgh berleluasa skrg ni..pasal tu i memang pesan kat my family dan kawan2..hati2...
serammmm..huuuu
#jaga diri
manusia skrg ni mmg scary , kne berhati2. sila la blajar ilmu pertahankan diri :)
pernah dengar jugak cerita samun cara langgar belakang tu. tambah-tambah bila jalan sunyi. ladies kena hati-hati. nasib baik kisah satu tu tak menghasilkan pelacur baru. bila itu takdir-Nya.
takutnya dengar kisah no 1 tu kak lya...humm
Eh, kes langgar Bumper tu ade dengar jugak kat selangor. Ni si Pekena sendiri yang cerita dalam perjalanan beli makanan tuk isteri di rumah yang sarat mengandung; katanya dia tak sedap hati, dia tutop balik pintu. DIe just ambil no orang tu (org tu gelabah), dan kata xpelah nati apa2 saya call. laki tu.. Allah bagi hidayah kot sebab sebelum tu pon dia benti masjid dulu, solat Isyak! balik rumah, bumper dia sehat. Allahualam. Trend jenayah sekarang.
dunia skrg tak aman sebab manusia
Post a Comment