Darlings

Friday, February 25, 2011

Tempat shopping aku?

Hallu readers. aku ni tak reti sikit nak berbasi basi for opening. So jangan ambik hati kalau intro aku selalu jek macam tak kena. Sebab kadang kadang aku pun tak paham apa yang aku tulis. Seriously weh. oke. hari ni aku rajin nak menjawab soalansoalan dari ibox fb & chatbox pasal mana aku shopping tudung, anak tudung, baju. Tapi pada yang dah lama follow aku, aku pernah buat review kat belog aku ni. 


Anak tudung syria: Yang ni aku selalu beli kat pasar malam Senang cite. Malas aku nak shopping online. Dulu addicted lah, sekarang ni boleh control sikit. untuk anak tudung syria, aku prefer kain lycra. memang melekat kat dahi. then nampak la effect kechubbyan disitu. tapi aku bo layan jek. pedulik hape, sebab aku tak selesa pakai yang cotton punya. pakai sat jek rasa rimas. pelik bonar budak ni kan.. aku pun tak paham . dah tepuk dada tanya hati pun tak boleh jawab.  Aku nak suggest kan pada yang dok sekitar shah alam. kauorang beli kat pasar malam, tak pun pasar ahad kat stadium shah alam tu jek. Kat situ memang happening okeh. banyak pilihan. Aku rasa nak menangis jek kalau p situ time tak de duit. Semua benda aku nak borong weh. Tekanan perasaan betol tau. Lagi satu, kalau dekat kelantan. Aku selalu beli anak tudung dekat booth tepi mydin kota bharu. ala mydin yang dekat KFC tu. haaaa, tak la banyak sangat pilihan. tapi harga tu better lah dari kau beli dekat mall. Sekarang ni tak tau lah kot kot dah banyak pilihan kat kb tu. Maklum la. Sekarang ni orang berebut nak jual anak tudung ni kan. macam design dah aku nengok nya.

contoh gambar ni: anak tudung color kuning tu aku beli kat booth tepi mydin kb, yang hijau tu aku beli dengan sis ziera


Shawl: Kalau dulu aku banyak beli dekat blogshop. Tapi sekarang ni, aku beli dekat pkns, dekat booth plaza alam sentral, pasar kabut shah alam, Tapi aku boleh suggest kan dekat kauorang blogshop yang best. Boleh kauorang terjah.



oke, shawl ni aku beli dengan  harga RM10. harga standard la tu . Beli kt PKNS. Padahal tengah kering masa tu. tapi terbekenan pulak. Rembat ajek la. nampak depan kosong kan. tapi kat belakang ada batu batu. so cantik kat belakang je la. Oke lah. Bos dah bagi keje ni. Patot nya aku nak hupdate pasal baju sekali. Nanti next entry la aku cite pasal baju eh. taaaadaaaa. Love uollls!


12 comments:

mummy2k said...

pandai lyaa ni bergaya..

Ieda Al-Habsyi said...

comel2 :)
TUTORIAL LETAK IKLAN CHURPCHURP (KECIL COMEL) DI BLOG

dylla bakri said...

comel3!

Bella Ayub said...

bella pun hentam kat pasar malam je..banyak gila pilihan.. kadang kadang sebaris tu mmg deretan khemah jual shawl je..

sanggup tak beli makan kenyang dengan tudung..kalau bella la tu..ekeke

a n a . i z z t y said...

kalo ana, biasanya akan beli kat giant shah alam...heehehehe..nice2...comel :)

Einaz Shah Rizal Thomas said...

tak kisah la belik kat mana -mana pun kan.. janji cantik ! ;)

kupu-kupu_cinta said...

i love u too . hihihi..

a n a . i z z t y said...

jom join blog pink :)

http://coratcorethujungjari.blogspot.com/2011/02/blog-pink.html

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ORANG CANTIK BELI TUDUNG KAT MANA MANA PUN CANTIK

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

sekarang benda2 ni dah senang nak cari sebenarnya...
cuma ada duit atau tidak...

kalau tak ada duit tu, biasalah... tak boleh nak buat apa... just jalan sambil jening2 je...

kalau ada duit, serbu macam tak ingat dunia...
(n_n)

haniey said...

akak thanks tau follow blog haniey..mmg xcited gile bila buka blog tgk akak yg follow..haniey da follow akak lama,xterpikir lak akak nk follow..akak cantik kot..hehe..dhla org kelantan lak..kelantan kt ne ek akak?

piltoHans said...

mak ayah pesan, ada duit simpan... :p

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger