Darlings

Wednesday, November 28, 2012

Review Session : Safi Balqis BB Cream

Aku ada hutang review blogshop tapi aku hold dulu sebab aku semangat berkobar kobar nak review pasal Bb Cream terbaru ni. 

Sebelum ni aku ada update pasal entri safi balqis kan. 

Kali ni pulak aku nak update pasal produk terbaru dari safi balqis ni. 

Aku tau kewujudan BB cream safi balqis ni sebab aku terbelek pamplet guardian. Sekarang guardian tengah buat sale kecil kecilan . So belek punya belek mata terpandang dekat produk safi balqis perfect 10. Eh eh eh. tak sangka ada BB cream dah.

Teruja lain macam uollls.Terus petang tu jugak aku p guardian untuk sesi merembat. 

Cilok dari instagram aku sendiri. Aku ingat aku je yang baru tau kewujudan bb cream safi balqis. Ghupe nya ada gang lagi
Yang ni macam biasa cilok dari Mr Google. Lagi clear la uolls
 Review aku?

Dari segi harga Not bad. Exact price RM19.90. Disebab kan sekarang ni tengah sale kat guardian dapat ler RM16.90

First time aku try yang tester dekat kat guardian tu, aku dah berkenan sebab textur bb cream ni tak pekat & tak cair sangat. Lebih kurang maybelline jugak. Tapi size bb cream yang safi ni lagi besar sikit dari maybelline punya. Harga pun  lebih kurang je kan kalau nak buat comparison.

Effect dia?

Tak jauh beza pun dengan maybelline. cuma safi nya product bau wangi lerrr. Aku nak review lebih lebih pun sebab aku baru guna dua hari. So, sepanjang dua hari ni aku puas hati lagi lah. 

Kalau ada apa apa yang aku tak puas hati . Tunggu update lain pulak. Chows.

Monday, November 26, 2012

Review Session: Rebus rebus Steamboat & Grill

Ketam gua menyorok disebalik mee
Sabtu yang lepas ohsem sebab luang kan masa reward diri lepas penat sebulan keje. Time dapat gaji lah nak pamper diri sendiri . Kebetulan memang dah lama mengidam nak makan ketam . Sebelum ni aku pernah makan steamboat dekat flaming steamboat area sunyway pyramid tu. Tapi kat situ tak do grill bagai. So tak mo p even lagi banyak pilihan. 

Lepas tu tiba tiba teringat yang sis sasha pernah upload picha kat instagram dia. So apa lagi, sesi mengoogle lah cari kat mana sebab kitorang ni tak pernah p alam avenue. So agak mengagau lah jugak .

Fresh dari ladang woook
 Bila datang sini, tiba tiba aku bukan jadi penggemar udang. Pilihan hati aku ketam & ayam jeek.

Oh my ketam

Yang ni pun best part jugak. Sebab ada banyak jenis ayam & daging  yang diperap.  blackpepper, soy garlic, teriyaki.. Nak feeling korea lebih. ambik ler daging bebanyooook.


Hasil santapan berdua. bersepah sepah macam 5 orang makan. Burrrrrrrp. Alhamdulillah. Balik rumah kejap terus lapar eh. sebab tak makan nasi kan. 


Kot sape sape yang interested nak p menketedarah sekali. Meh usha map sikit. Google je cari alam avenue.

 for reservation : 010-4334969



























Wednesday, November 21, 2012

Beromen Dalam Panggung?

Bukan nak mengupas ke nak mengopek isu beromen dalam panggung eh. Cuma kelakar pulak bila ada yang dok search pasal beromen dalam panggung. Concern nya mereka tersebut.

Kebetulan pulak dia jumpa blog aku kan . Ni mesti direct ke entry ni . Tak pasal dapat promote blog kan. 

Short entry saje, Entry promote blogshop akan menyusul lepas entry ni. Doa kan aku RAJIN ye. 

Beboooi


Saturday, November 17, 2012

My SabtuDay

Sabtu datang lagi. Masih tetap kena kerja. No cuti cuti. Simpan cuti untuk balik kampung. So masa orang dok bersenang lenang cuti dekat pulau bagai. aku terceruk dalam office. Memang tabah kan hati teringat kan kampung.

Sebelum aku start buat keje. Terdetik lah jugak nak update blog . Maka wujud lah entri yang aku pun tak tau kategori apo ni.

Oh yea, harap harap ada modal lah untuk update lepas ni sebab sekarang dah timbul balik musim wedding. So, keje aku adalah p wedding orang. Hari ni ada wedding, besok ada. Minggu depan aku tak check schedule lagi.

Bila ada wedding. Jenuh nak pikir pakai baju apa. 

Disebab kan aku tak suka kelam kabut pagi pagi. Maka malam sebelum nya aku dah prepared apa yang aku nak pakai. So bila aku bangun pepagi, aku boleh bersiap lambat lambat .


 Outfit for today.
Black Peplum Dress
Palazo
Today's outfit
 Maka. dengan jaya nya aku habis update blog. Sekarang masa untuk KERJA.


Friday, November 2, 2012

Oh My Raya Haji

Random Post.

Saja nak bercerita salah satu babak dalam hidup aku. Pasal raya haji minggu lepas. 

Sepatut nya raya haji yang lepas aku bersuka ria dekat kampung. Tapi last last tinggal angan angan sajek.

Aku dah beria beli tiket bas bagai. Dah bersiap tukar baju kat office . Memang semangat habis.

Sampai teminal tak sempat makan sebab takut termiss bas. Dah excited angkut segala jenis barang. Tanya abg jual tiket bas dah sampai ke belom. Jawapan dia sangat lah menkuciwa kan.

"dik, bas dari pantai timur dijangka sampai pukul 10 pm". Bas malam tadi pun sampai teminal pukul 3 pagi.  Rasa nak terduduk bai. What the Heck sungguh lah.

Mr Razman pulak mintak diri balik rumah kejap sebab nak mandi , tukar baju & terus packing balik kampung dia. Aku okeh je. 

Dah setengah jam lepak lepak , sekali rintik rintik. pikir positive. Tak lebat hujan ni kot.

Harapan tinggal harapan. Hujan selebat lebat lebat lebat nya. Aku berjaya tumpang berteduh sipi sipi ajeeek. bag basah, baju basah, cage kayla penuh bertakung dengan air.

 Terdetik dalam hati. Ujian apakah ni.

Dah dua jam berdiri dalam kebasahan kat situ. Aku hampir pitam. sakit kepala sebab tak makan lagi. Semangat nak balik kampung dah pudar. 

Sampai je Mr Razman. Aku cakap, aku tak boleh balik ni, Pukul 10 pun bas tak sampai lagi. Aku pun dah lencun. bag dah basah. Terus aku cakap. Its okay la. Cancel balik kampung sebab tak larat nk tunggu bas sampai pukul berapa ntahhhh.

Conclusion nya. Beraya di perantauan lagi.

Mampu menangis di pagi raya sajo laaaah.


 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger