Darlings

Sunday, February 12, 2012

Kisah Papa

Pagi buta ni rasa nak bercerita pasal papa pulak. Anak perempuan biasa nya rapat dengan ayah kan. Aku pun lebih kurang macam tu. Sebab dengan umi asyik gaduh, so kamceng dengan papa lah. Tapi kalau bab mengadu, mesti ngadu dekat umi jugak last last. 

Papa aku memang kategori garang weh. Kalau dia marah. Mau kecut perut. zaman kecik dulu pernah ajo kena rotan. Tapi dia pandai lah mujuk balik. Kadang kadang aku terpikir, kalau umi papa aku tak tegas, mesti aku tak de kat tempat aku sekarang. Mesti aku malas belajar, mesti aku tak do pelajaran agak nya. Sebab aku kan dasar pemalas. So, kalau parents tak tegas, Ke laut lah jawab nya.

Sebut pasal garang. Aku memang mewarisi dari papa lah. Garang tak bertempat, sekali naik angin. Semua benda keluar dari mulut aku. 15 minutes lepas tu cool balik macam tak do apa apa yang jadi. Ishk ishk, Tension kan layan aku.

Back to the topic,

Papa aku sangat protective. Tak do kompromi kalau bab bab keluar rumah balik lambat. Even keluar dengan cousin sendiri, dia mati mati tak bagi. Asal dia balik, aku tak do kat rumah, mula lah mencari tanya kat mana, Feh, pendek kata kena report lah kau p mana. Sudah masuk 24 pun , papa still macam tu. Kata nya. Sape tak sayang anak oiii. Semua ayah pun akan buat macam tu kan.

Bab yang selalu buat aku terharu, 

Aku start dok hostel since i was 13 gitu. So masa tu dah berenggang dengan papa, Tiap kali balik, mesti ada je benda yang dia simpan untuk aku. Sekecik kecik barang dia akan simpan. Contohnya, kalau raya cina, mesti dapat banyak kan limau mandarin tu kan, Dia sanggup makan sikit sikit, tak kasi umi aku makan tapi dia simpan untuk aku. Padahal limau mandarin tu bersepah dah orang kasi, Tapi tetap jugak dia nak simpan untuk aku. Apa kau nak cakap. Betapa dia concern nya. itu pasal limau. Last week aku balik, Ada orang kasi jajan kat dia. Sebulan yang lepas kot dia dapat jajan tu, Boleh dia simpan untuk aku, tunggu aku balik. Aku terharu dalam hati. 

Kasih papa, mana nak cari ganti. sebab tu aku cakap. Benda simple yang dia buat tapi tinggal kesan mendalam kat aku.

Umi ke papa ke. Dua dua kesayangan. Gila kau tak sayang mak ayah sendiri. Orang yang tatang since dari baby lagi. Orang yang jaga aku sampai aku dok tahap sekarang. Walau pun tak hebat , tapi dah cukup buat parents aku bangga.

Sayang parents selagi diorang ada. Peace.

6 comments:

Syuhada Nasya said...

hye .. awak di tag :)
http://nuramirul.blogspot.com/2012/02/segmen-cikmun-first-post-aku-in.html

starzieti said...

baiknye mak ayah die. sweet je siap simpan limau tuh an. :)

Reensyarinie said...

rs sebak kan bila cter psl parent ni kan.hehe.eh tlebih pulak emo

uMmI NuR aIn said...

same macam ayah ain...so protective..huhu..rindu plak kat die......

ZURAINI said...

waahh. untung akak ada ayah baik camtu. selagi dia ada buat baik lah dgn dia k. :)

cik hani said...

kasih seorang ayah..ayah kite pun sanggup tak mkn asal2 ank mkn

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger