Entry ni bukan ler pasal tips nak kurus. Tapi ni lebih pada bercerita macamana cara aku kalau rasa dah temok sangat. Berat badan aku ni kan ada pasang surut.
Ada masa time napsu makan tak hengat, ada masa tak do selera langsung, ada masa selera makan so so je, Nak pulak aku jenis yang punya metabolisme yang so so je, bila makan banyak banyak mula lah lemak bergayutan. Tu memang tak boleh nak pertikai dah. Tapi nasib baik lah, tak susah nak turun berat aku ni. Sebab bila aku stress , badan aku cepat susut. pantang stress sikit. Kalau stress berganda, lagi berganda aku susut.
Buat masa sekarang, selera makan dah ok balik. So, berat pun naik balik agak nya. Letih jugak macam ni weh. Naik turun , turun naik.
Kadang kadang bila aku rasa aku dah bam bam sikit, aku tak diet, cuma aku puasa. At least boleh control napsu makan yang berganda.
Time weekdays, aku memang prefer puasa sebab aku jarang je p lunch. Terperap kat office aje. So , baik lah aku puasa. Boleh saving duit sekali. Tu je la cara aku diet. Tapi tak do lah tiap tiap minggu aku puasa. Dalam sebulan tu aku akan pilih satu minggu, then start hari isnin, selasa & khamis jumaat aku puasa. Badan pun rasa ringan sikit tau. Pakai baju pun rasa lah confident sikit.
Takkan nak tunggu jadi OBES dulu baru nak jaga kan. Kaurang tentu kan. Tapi. Yang paling penting nya. Kalau kita bahagia dengan hidup kita, tak risau dengan dengan kegemukan.
Lagi best. So tak payah susah susah pikir, just follow with the flow. Itu kalau hati dah senang lah. Jenis aku, memang hati tak senang kalau tengok badan sendiri naik. Mana pilihan kaurang?
4 comments:
Selalu orang kaitkan gemuk tu bahagia. Tapi orang gemuk tak bahagia pun dengan lemak jeliling pinggang ni. Haha
smalah dgn rin.mood mkn xtentu.kekadang mkn bnyk gila.kekadang tu xnk mkn plak.huhu ;(
tp xksh la kan,yg pnting sihat walafiat ;)
Badan saya kurus, nak gemuk ! -.-
huhuhuhu.....kurus ke gemuk ke...yg penting sihat:)....jaga kolestrol..jaga kalori:)
Post a Comment