Darlings

Thursday, February 9, 2012

Edisi keberangkatan

Pagi Selasa, bangun pepagi, sebab Mr Razman nak gerak lepas subuh. Tapi jangan harap ler boleh gerak lepas subuh kan . 

Umi aku pulak bekal kan barang barang dapur satu bonet kereta. Sendat mampan bonet tu. Terbaik lah . Tak payah susah payah beli barang dapur sebulan.

Umi memang terbaik kan. Telur masin lagi lah, dia bekal kan satu botol. haaa. Mana nak cari mak yang terlebih concern macam ni, Takut anak nya tak cukup duit nak makan. Iye lah, kata nya aku lagi susut dari biasa. Haaaaa. Ni susut bukan sebab tak cukup makan lah umi, Sebab STRESS yang hover. 

Dah pung pang pung pang sumbat barang dalam bonet, sampai masa untuk berangkat...Ni yang bab riauuu sikit ni. Sedih tapi cover machoooo beb. Malu nak nangis depan umi. Genang air mata sikit sikit. Sikit ajo lah. 
Gerak dalam 7 lebih. 

Stop berpicnic dekat Pantai teganu kejap, Sambil buat terapi kaki. Heaven okeh even berpanas terik . 

Ecah a.k.a Adik Mr Razman


dah habis layan perasaan kat pantai. sampai masa untuk gerak. haiyoo . Jauh lagi perjalanan. 

Sudah nya, pukul 4 lebih sampai Gemas.  

Bukak shade kantoi muka pucat macam mayaaaat.

Rest, Dinner. 
Pukul 9 lebih gerak balik shah alam. Aku tidurrrrrr aje. Lemau satu badan.

Dah sampai office, hantar Mr Razman dulu sebab dia tinggal motor kat office aku. Tiba tiba rasa macam kurang mampu nak drive balik rumah. 

Tengok aku mamai mamai bangun, Mr Razman pun dah tanya. Boleh drive ke tak ni. Padahal bukan nya jauh pun dari office ke rumah.

Tapi bila dah pegang stereng. Nak tak nak kau kena celik mata luas luas kan. Puas sabar kan diri, kejap jeee. lepas ni tidur lah puas puas.

Sampai je rumah, aku tukar baju then zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Gosip ke, kemas barang ke tunda ke hujung minggu okeh. Yang aku tau aku nak tidur je masa tu. Recharge Tenaga dulu.

Sekarang ni, aku masih dalam mood rest. Kerja pun sempoi. Mata pun asyik mintak bantal. So apa kata aku p me rest kan diri dulu. chowwwws.













2 comments:

aliza zeke said...

selamat merehatkan diri lyaa :)

Dd said...

alaa..lyaa pon pegang2 bukan mahram ke..=(.

you're so sweet, namo pegang2 plish. tak baik sangat yunk. =)

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger