Darlings

Saturday, July 30, 2011

Cun tapi macam bangkai


Aku ada cerita, cerita lama yang di peram . Kalau dulu hati aku bengkek bernanah la sebab simpan je dalam hati. Tapi lama lama aku pikir balik. tak hado pekdah aku simpan, Nanti sindrom sakit hati makin melarat. iye dok? 

Dalam dunia ni kan. Ada banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat jenis perangai ragam manusia. Yea..manusia macam kita ni, manusia yang mana boleh tengok orang lebih, mana boleh tengok orang senang, mana boleh orang mengatasi dia, mana boleh macam macam lah.

Macam yang aku dok canang kat belog, aku memang suka tengok orang cantik, ada identiti sendiri, bukan apa, cuma kagum dengan ciptaan Allah. & seriously, tak terdetik pun nak jealous dengan kelebihan yang dorang ada, sebab aku yakin Allah dah tetap kan kelebihan dan kelemahan masing masing, May be kau cantik, tapi belum tentu hati kau bau wangi kan, entah entah bau macam bangkai tikus. Aku cakap perumpamaan. 

Nak baca satu cerita? kalau tak nak baca boleh klik X , then bersurai dari belog pink ni, kalau nak baca, SILA KAN.

Kisah aku.

Dulu, aku selalu usha sorang cik adik cun ni, aku gelar kan dia si cun lah. Sebab bagi aku dia cun lah. Tiap kali jumpa selalu lah aku tengok, sebab aku suka sangat dengan style dia, cara dia. Aku selalu jugak bagitau kawan aku, cun kan dia. kawan aku pun cakap aah. Dia boleh di kata kan bertuah, Cantik, brilliant, anak load. orang cakap full package. 
Tapi aku lupa satu benda. Hati dia wangi ke tak wangi, yang tu aku tak pernah check, sebab aku assume dia punya akhlak pekerti yang baik jugak, 

Allah nak bukak mata aku, true color si cun ni. Aku nampak dia, then aku pun secara automatic nya , cakap kat kawan sebelah aku, 

Aku  :  eh, cantik kan si %$^^&& tu kan. aku suka tengok style dia. macam sweet jek,

Kawan aku :   Kau tak payah nak puji dia sangat lah, kau tau, dia tak suka kau. (maksud nya menyampah    dengan aku). dia pun cita la bla bla bla macamana dia boleh tau si cun tu tak suka aku. 
Contoh nya macam ni la, satu hari kawan si cun ni terpuji aku , terus si cun ni bangkang habis habisan. Tak suka kawan dia sebelah kan aku.

( aku pun terus pikir, eh aku ada buat salah ke dekat si cun ni, sedang kan aku TAK PERNAH SEMBANG DENGAN DIA, WALAU SEPATAH HARAM.  

Rupa nya macam macam dia dok mengumpat pasal aku. hish, mental jugak minah ni, kenal pun tak, tapi benci aku macam aku pernah rampas boyfriend dia.

Tapi tak pe, bagi aku dia tetap cantik, aku tak kan menidakan apa yang aku rasa, tapi aku baru sedar lah yang hati dia tu tak secantik muka dia. Sayang kan.

Dan sangat bersesuaian jugak, dia punya kawan yang satu kepala macam dia, kerja mengutuk, mengumpat orang yang tak ada kaitan pun dengan diorang, yang tak pernah kacau hidup dorang. Entah lah, kerja sampingan agak nya. Aku rasa, dengan mengeji, mengumpat meng stalk hidup orang tu boleh buat dorang release stress agak nya, mungkin juga, sebab pahala banyak sangat.


Aku punya feeling cakap. si cun baca blog aku. haaaha. aku berani lah cakap, sebab dia kan memang tak pernah puashati dengan aku. hish, entah entah pernah jadi anon puaka kot kat belog aku ni. siapa tau.

Kalau dengan cara macam tu, dia boleh bahagia. Sila kan. Hidup ni bukan selalu memihak pada kamu. Satu hari nanti, Pasti ada karma. Berhenti la nampak kelemahan orang lain, cuba cari kelemahan diri sendiri. Biar kan orang lain bahagia dengan apa yang dia pilih , rasa nya tak susah kan kamu pun si cun. haish. Tak paham, otak dah bijak, tapi hati yang bodoh. 

sekian.




12 comments:

Adrina said...

Mmg ramai org cmtuh kot. Cun tapi hampes buat ape. Nak2 yang mulut longkang. Haihsss (-.-")

Anis izyan Abd Rahman said...

haha ~ anis izyan sokong ena adrina please , nehehe

Nuruashia said...

sabar je laa huhu :)

J-Are said...

btul2.. stuju sgt ngan citer ko ni liya.. cam aku hensem tp baik ati kan.. hahaha. (qeymarl kan suke kuar statement poyo)

Unknown said...

ade jugak org cenggini

ann said...

haaaaa. ramai dah yg saya jumpa perangai cenggini. saya siap admire lagik tapi bila tahu perangai.. hadoiii.. hehe

Marya Hana said...

wah.. muka je cun tapi perangaiiii.. mendengki KOT!

Kak Wawa said...

dats y akak percaya orang yang santek nih x semestinya everything kat dia perfect...!no way...!mesti ada select nya...qjjl x kan bg seseorang tu perfect kan lya?mesti akan ada kekurangan dr segi pape skali pun...huhuhu...sabo je lah dik!nak dekat pose nih...kumpul pahala lagi berbaloi2!
Selamat menyambut bulan Ramadhan ye lya... ;) <3 ya!

aliza zeke said...

kdg2 yg tak cun tuu akhlak dorang lagi pekerti mulia..


selamat berpuasa lyaa :)

* f i f y said...

totally agreed with sis wawa... cian hamba qjjl tu.. cantik tp haty tak cantik... malang lah sang bf nye.. teheheh ;p

Anonymous said...

Mana nak cari yang chun dan baik budi macam lagu-lagu 60-an dulu ek? heee....

Nailofarhazirah said...

ssh nk cari org cantik luar, cantik dalam, kan?