Darlings

Saturday, July 9, 2011

Kisah kak su & si kecik arisha

Hallu. Macam yang konon konon janji sebelum ni. nak hupdate pasal anak buah. Nur Arisha Syakirah ni. Haish maaf la mak cik banyak sangat tangguh nak hupdate pasal arisha ni kan. Sebelum kita hupdate panjang panjang pasal arisha. moh kita terjah dulu gambar kahwin kak su dulu. Mak si arisha ni. 

well, untuk new readers, Kak su ni dah macam kakak kandung aku. orang yang sentiasa susah senang dengan aku sepanjang diploma. Satu satu orang paham aku lebih dari parents & bf sendiri.

  Time ni aku tak boleh nak menggedik ikut dorang photoshoot kat luar dah sebab berkejar nak balik shah alam, iyo lah, esok nya aku ada kelas. Mr Razman lak kena kerja. nak tak nak aku kena la tinggal majlis jugak. sedis sadis. Tinggal la umi aku kat rumah kak su. Kira pengganti la tu.

 Sempat lah jadi pengapit tak bertauliah. orang sibuk dok ambik gambar pengantin, aku pun sibuk lah jugak dok wat cubaan j0in sekali dalam gambar. hiahhhhhhhh. janji gambar aku hado. Pengapit lelaki ni. Rancangan asal nya Mr Razman okeh.

Pandai pulak dia lari kan diri dengan alasan Tak Pakai Baju Melayu. Tau dia p mana time ni??? hah. Dia jadi tukang cuci PINGGAN & KELAS. memang SALUTE lah Mr Razman. boleh wat menantu oke.
Control la sangat tu kan..hahaha


 Kenangan sebelum kak su kawen..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, ni si kecik Nur arisha syakirah bt Shukri. Bapak panjang nama. nama papa nya satu je.  Tak pe la Arisha. Mak cik panggil isha je nanti. Boleh ke tak ibu & papa oi. Diorang ni unik sikit. sorang klasik sikit, sorang moden sikitt.

Jarang jarang aku dengar orang buat combinasi ibu dengan papa. heee. macam umi & papa aku la kan. patut nya umi & abah, tapi tu tak penting. Yang penting. diorang tu orang tua kita. so arisha , cepat lah membesar dengan sihat . mak cik tak sabar nak tengok arisha jalan. Lebiu arisha!

4 comments:

Aliza Zeke said...

lyaa bila pulak dengan mr razman? hehe

cik hani said...

cute baby tu..geram nengoknyaaaa..

EZAN IDMA said...

lyaa ble lak ni? hehe

ILA HonEyBuNNy said...

sedapp nama isha....;-)

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger