Darlings

Showing posts with label practical. Show all posts
Showing posts with label practical. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Last day as a practical student part II



  Feh weekend ni rasa nak beristirehat manjang jek, masih tak sedar diri yang besok lusa kena submit research. masih punya hati nak update belog laju2. aku nak hupdate jugak, tak kira. lepas ni aku nak sambung buat keje pulok. Nak dijadikan cerita, semalam tengok berseronok kat plaza alam sentral, tiba tiba bos kecik call, tanya nak abang belanja makan tak ni.
..Kami apa lagi. rugi ooooo, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. 

Tapi nak bercerita kejadian kat PAS ni, heeeeeeeee, kami lepak lepak kat bangku sambil makan ice cream, sambil usha shawl. nak beli nya..postpone dulu, cik sya cakap, sabar lya. nanti kau tak makan..hahaha. aku pun ikut je la nasihat cik sya ni, tengah tengah usha, kawan aku cakap, eh tolong ajar akak tu pakai shawl jap. heeeeeeeeeeeee.jeng jeng jeng..tu kan kesukaan aku. 

Paling gemor ajar orang pakai shawl even diri sendiri pakai tak de cantik bebenor. kira nya sesi grooming pulok kat booth shawl tu..

 Kenal kan ..kak niza. sweet je akak ni, Bila aku cakap, eh akk nak ambik gambar, dia kelam kabut, eh ambik gambar elok elok, jangan letak yang sexy2 nanti abang akak marah..

Tengah rushing ni, sebab abang yan dah kol suruh p pizza hut SACC. so aku sempat ajar yang basic jek,


 Sampai sampai ajek, terus order lah. lapor ni lapor. padahal baru je menketadarah bihun dua pinggan sebelom tu...oh lupa nak kenal kan abang yan & abang aidy..

 Kawan kawan yang excited dirai kan.
 
 ni ler boss kecik a.k.a toke besar yang belanja hari semalam.

 Muka aku memang sentiasa serius macam ni agak nya.aku pun takut benor nengok nya. apatah lagi kaurang. Macamana la nak jadi sweet macam kaurang heh?


 kalau p pizza, tak sah la kalau tak dapat mushroom soup kan. favorite all da time . Tapi tetap nak dominos laaaaaaaaa.


 Saat yang dittunggu, kaurang tengok muka abang aidy tu. macam nak telan pizza dah gaya nya..haha..

sudah nya kami balik dengan perut bolat sebab kenyang sangat melantak..

haaaa tu la kesah semalam. oke la. nanti aku hupdate lagi. nak buat keje jap..sayang kauang lebihhhhhh.

babaaaaaaaaaaai

Friday, April 29, 2011

2nd Last Day & Last day as a Practical Student..




Hai hai hai, sory , agak terlambat hari ni, biasa pukul 10 dah berhupdate. Hari ni ada assembly, bacaan yassin & Ceramah pasal dirham , emas , perak pulok tadi. tu yang terlambat. okeh, hari ni aku nak hupdate pasal semalam & hari ni terus...

Semalam, aku paksa diri jugak bangun, ikut kan hati. perghhhh malas weh, membuta lagi bagus. tapi mengenang kan ada dua hari lagi. aku buat buat rajin lah. 

Tapi hati berbunga bunga pikir yang nak habis praktikal dah. Apa yang hado dalam kepala hotak aku, nak ambik gambar manyak manyak. kenangan harus hado. Kenangan pahit ke manis ke masin ke, tak kisah. bukan lah bermaksud kita hidup dalam kenangan, tapi kenangan tu yang buat hidup kita bercolor color. Memang ada orang yang tak suka kenang benda yang dah lepas. erkkk Aku bukan jenis yang macam tu, tiap apa yang dah jadi, mesti aku simpan memori tu sampai bila bila.  

So semalam untuk bagi bermood happening sikit, aku pakai red color..salah satu favorite color aku. 


 heeeeeeeeeeeee, merah mak ngah? i like okeh, paling like sekali, bergambar dalam toilet. setan pun ikut sekali bergambar...



 Jangan jadi gilak sorang sorang, ajak kawan sama. ikut moto aku ni, kalau nak sawan, ajak kawan sekali okeh..


 pagar pun jadi, tu nak gambar kan happy sangat nak blah dari PADAT..






 Nanti mesti rindu nasi lemak moknik ni. sumpah tak tipu..




Gambar untuk hari ni, kenangan tunggu bas untuk hari terakhir praktikal..peace dah jadi trademark pulok..

 assembly tadi. khusyuk tu, kusyuk dok mencopy...(Last assembly)heeeeeeeeeeeee, happy happy happy!!!




makan bihuuuuuuuuuuuun, even macam dawai..tapi tetap sodaaaaaaaaaaaaaap sebab lapar wehhh, ini pun kali last dah makan  kat sini..nanti mesti rindu bihun ni.
 Muka lapar nak menketadarahhhhhhhhhh..makan dulu!


oke lah. aku rushing ni, nak p berjimba kat PAS jap..
later hupdate lagi

Sunday, April 24, 2011

Jalinan adat, budaya dan warisan Daerah Sepang

Fehhh, hati aku rasa tenang sangat, aku rasa macam terlepas beban. Kadang kadang kita tak nampak orang yang sayang kita ada depan mata. Doakan yang terbaik untuk aku dan Mr Razman. Tapi jangan lah kaurang teka tunang ke hape. aku tak habis degree lagi. aku tak kan bertunang or kahwin selagi aku tak dapat degree aku. oke? Tapi comel la assumption kaurang tu. sabor, kalau betol aku nak tunang. mesti heboh punya dekat fb & belog aku ni...
 
tengok aku dah melalut ke laut lagi. padahal nak hupdate pasal event semalam. hoho. seronok? entoh.biasa biasa jek, seronok ke bila kena berjemur tengah panas sampai dapat sunburn. tak seronok langsung okeh, memandangkan ni last event aku bersama PADAT. aku layan kan jek, lepas ni, kalau join pun, sebagai pelawat dah, bukan sebagai urusetia dah pun..meh kita terjah gambar satu persatu..



 ni tempat aku tidur before event. feh, seronok sebab dengar lagu ombak, pantaiiiiiiiiii, tak sabar nak balik kelantan. nak p bercanda kat tepi pantai pulok, 
bercanda dengan sepupu aku ler,
aku kan mana ada kawan baik kat kelantan..nak seret kak su kan orang tua tu besok lusa nak terberanak dah..heee

kot kot rindu  dengan PADAT. ambik gambar wat kenangan..poyo habis

  persembahan dari orang asli. syok oh, teruja aku. sebab tak pernah tengok lagi.biasa r. jakun lagi aku

 haaaa, siap boleh bergambar lagi..
 Paksa adik ni bergambar sama..sporting r adik ni

 hish, nasib aku perempuan kan. kalau tak, aku pun jatuh hati kat cik suhada ni

 ni kelingkan. antara aktiviti yang PADAT anjur kan. bengkel kelingkan. aku pun tak berapa paham pasal kelingkan. tapi kalau kaurang nk tau, manyak susah la bagi aku nk jahit benda alah ni. banyak cekadak pulok.

tapi yang aku tau. benda alah ni, bolehtahan mahal
boleh cecah 3k. ambik kau. hampir terduduk aku dengar. ye r, nak siap kan benda alah ni pun boleh ambik masa 3 bulan. hish tak kuasa mak nak menjahit. aku paling tak suka MENJAHIT.




sireh junjung! kaalu suh aku buat ni, berterabur sireh ni..
Conclusion nya..happy la sikit2 even penat pun.

 

Friday, April 8, 2011

Perempuan & Cermin

 Kalau nak kira gambar depan cermin, beratus ratus agak nya. Pantang nampak cermin besar sikit, kalau tak besar pun, tetap jugak nak ambik gambar, kalau dah cermin tu, sinonim lah dengan toilet. so, asal p toilet aje, ambik gambar, pantang!

Kalau nak camwhoring, jangan la sorang sorang, ajak ler kawan kawan jadi buang tebiat macam kaurang sama. baru lah happening sikit kan. Jangan nak tipu lah, kaurang pun banyak kan gambar dengan cermin ni. tak toilet , fitting room kan.. tak pun dekat mall. hoho.  Tak pe lah, janji kaurang happy. macam aku happy. lepas ni, ambik gambar manyak manyak lagi yea. lepas tu tempek kat belog banyak banyak okeh.

aku tak boleh bebel panjang panjang. Nak p distribute questionnaires lagi. wish me luck!








Wednesday, April 6, 2011

Comot tercomot


Aku ni jenis manusia yang SANGAT CLUMSY. Dalam bahasa comel nya CEMERKAP, bahasa kelantan TERBOLAH, aku pun tak reti, macamana dah aku nak control aku nya perangai ni. Letih lah jugak. p mana mana aje, hado lah aku jahanam kan harta benda orang. kalau tak pecah kan gelas, pecah pinggan, tak pun tumpah kan air dalam kereta orang, tak pun jatuh tergolek ala ala hindustan.tu semua dah jadi asam garam pulak dalam hidup aku. asal buat kerja jek, mesti ada something wrong, asal makan jek, mesti comot .

hapo nak jadi eh . aku pun pening. pikir pasal masalah clumsy ni, try berhati hati, tapi still tak tercontrol punya. 

Macam pagi tadi, aku pun tak tau lah, macam mana aku boleh siram baju aku dengan kuah ayam masak merah, banyak pulak tu, nasib baek lah tak pi siram shawl sekali, dengan wedges, kaen , habis, mau kuah ayam masak merah la aku tadi, bukan sikit okeh, kaurang boleh tengok gambar, bukti yang nyata, kalau lah umi aku baca belog ni, tengok pulak gambar ni, mesti dia bebel 44 hari lah. masak sangat dengan perangai clumsy aku ni. 


Aku takut jugak, orang orang sekitar aku, bosan layan perangai clumsy aku ni, weh, aku pun taknak, tapi kadang kadang benda tu tak boleh nak control langsung. kecian kan aku..ala buat buat jek la kecian kalau tak nak kena cium. 

 Tengok, wonderpet datang membantu. haha. cik sya sedang sebok lap lap baju aku lagi. lap u lah sya..


 Terus kelam kabut call mr razman suh datang ambik time lunch sebab nak tukar baju, tapi alik alik, tak jadi jugak sebab aku ambik inisiatif  cuci kat toilet. sekali boleh hilang pulak. alhamdullilah. tak do la eden malu sikit.
Tengok lah budak comot ni, dah rupa comot lagu ni pun, sompek lagi bergambor, kawan kawan aku geleng kepala okeh, tak sangka aku still boleh pikir nak paksa orang ambik gambar lagi waktu waktu macam ni. tu la Lyaa suriany, Gila camera sangat!

Tuesday, April 5, 2011

Practical students yang bermotivasi

Makin hari makin suram jek dok Muzium ni, dok sebok hitung hari bila lah nak habis riwayat praktikal kat sini. haiyooo. Rutin harian pun macam hambar jek, Tapi yang best, bos kasi chance focus 100% pada research aku ni. Hari hari solat pukul 3 lebih dah nak masuk pukul 4, lepas tu lepak surau. Nak dekat pukul 5 baru naek office, siap siap nak balik pulok. Tu lah rutin hari hari. sambil tunggu asar, bantai tidur dulu seposen dua. dah asar, kelam kabut bangun solat, kan ada buat orang terbuat OT. orang lain dah balik , kitorang terbabas tidur pulak kan.
 
 antara aktiviti nya, confirm la bergambar .hehe
 
 Pergh ni memang membuta betol betol ni, enak bangat dongggg.. tidur dari dok menghadap muka muka yang menyampah kan hati
 

Ini dah start berlakon dah. bajet baru bangun tidur lah tu yea..
 Muka aku memang tak bersemangat betol nak naek office balik..rasa nak tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr jek.


Sejuk perut mak mengandung..tolong doakan tuk mak sekali.hahaha

see, muka tak bersemangat. lepas makan pun muka macam baru bangun tidur lagi...
nota tangan : aku ada tutorial shawl yang tertangguh lagi. sorry sayang sayang yang request tuk, busy sikit lately.. nanti aku berkesempatan. aku buat la video tu. okeh?


Wednesday, March 23, 2011

Say "Hye" to Camera & Puncak alam

Kebuzian, Kesebokan yang dibuat. Orang lain kelam kabut dok risau pasal Research, aku kelam kabut benda lain. apo nak jadi entah lah. Aku ni jenis manusia yang sentiasa kena paksa buat kerja sikit. lagi lagi bab "study". So, aku rasa sangat bersyukur bila ada orang yang sanggup nak remind aku. walaupun benda tu sekecik kecik alam. Kepala agak kesemakan. Literature review untuk research dah 40x edit. rasa macam tak teredit dah. Bersabar untuk sebulan lebih lagi, then boleh aku goyang kaki kat rumah. Boleh perabis beras mak bapak kat rumah. so sekarang ni terpaksa bersusah susah. 
 

Hari ni, p campus lagi, tebal kan muka jumpa advisor lagi, kena validate questionnaires yang nak distribute dekat respondents.  Grammar tunggang terbalik. Geleng kepala jek advisor aku layan kerenah student2 dia. Macam-macam ragam. Salah sorang nya aku ler. Advisor aku suh submit questionnaires beberapa minggu yang lalu, aku tangguh tangguh. Kawan kawan aku dah get ready untuk distribute questionnaires, aku ternganga nganga. ambik la kau Lyaa. Aku tak boleh nak bebel panjang panjang. InsyaAllah aku update lagi. Banyak benda yang nak di manja manja kan dengan kaurang ni, tapi bagi aku settle kan kerja aku dulu. Then, aku update sampai lebam

Bila dah tak berapa nak betol, semua boleh jadi, ni salah satu cara aku release stress. Say HI to camera!

Thursday, March 17, 2011

Farewell party a.k.a pot luck

Macam yang aku janji semalam. ececeh. Rasa bangga pulak sebab hari kept promise kan. haaa, potluck nya minggu lepas, tapi baru berdeterminasi untuk hupdate hari ni.

Potluck ni bos kitorang yang nak buat sebab nak celebrate farewell party untuk nisak. Bos berbaek hati masak kan nasi beriani. eh bos aku memang selalu berbaek hati. Tiap tiap minggu, mesti dia menggemok kan kitorang  dengan nasi ayam la, nasi arab lah, cake choc la,  macam macam cake la. roti lah. keje makan jek kat ofis ni, Bos manja kan dengan makanan sangat sangat. Tapi syukur la kan. Bila dok jauh dengan mak ni, sensitip jek. hurm. Rindu tok sah dok cita lah. haaa melalut dah ni. pasal potluck ni, staf lain ada jugak yang bawak makanan. macam meriah pulak

makan sama sama. Dalam happy ada sedih. yek la. dah nama nya farewell party kan . Bulan 4 nanti turn kitorang berempat pulak. Banyak kenangan pahit kat PADAT ni. Tapi tetap jadi kenangan jugak nanti. uihs rasa nak feeling feeling pulak. oke lah. aku nak p makan sat. Nanti aku hupdate lagi. Love kaurang semua lah.




Happy ye kau sya dok depan sekali


Deretan makanan. auchhh lapar pulok



Bos kitorang yang bertudung putih..



Aku punya. Mana tak gomok kan..


Licin. eh tu tak abes makan lagi tu..


Da pandai makan pandai la basuh pinggan kan.



Kesayangan sekalian. . muka muka yang agak kebulur dah tu..haha. muka aku lagi kebulur
haaaa, siaapa cakap aku tak rajin. rajin lah. rajin yang dibuat buat..


heeeee gambar penutup, comel kan kawan aku ni. ramai peminat ni wooooo. tapi , TAKEN. sorry