Darlings

Tuesday, July 22, 2014

Pro long jaundice

Hari ni tunai kan janji pasal Aryan Umar terjebak dengan pro long jaundice ni. Di sebab kan aku darah O, Papa dia pun darah O, maka dah sah sah Aryan Umar pun darah O kan. Maka ada high possibility untuk dia dapat pro long jaundice.

Aryan kena jaundice dekat sebulan. ulang alik p KK lah aku dengan Mr. Razman ni. Hati luluh tengok kaki tangan anak lebam kena cucuk ambik darah. Tapi nak monitor takut reading dia melebihi had, maka aku rela kan jugak.

First reading dia 240. Aku dah cuak sebab doktor cakap kalau reading dia 270 kena warded. Besok nya ulang lagi p klinik , 2nd reading 260. Terus menjejeh air mata . Hemak ni cengeng nak lagi melibat kan anak. nak lagi tak de experience. Doktor advise p check reading kat hsptl sg buloh sebab the next day tu hari sabtu. KK tutup. So, sabtu petang tu p la hospital. Dok tunggu turn dari petang sampai maghrib. Sekali reading dia 300. Aku dah pasrah dah sebab tau Aryan Umar kena warded ni.

sayu tengok anak

Maka tinggal la aku dengan anak je dekat hospital, Mr. Razman & umi balik rumah dulu. sayu je sebab tak suka sangat dok hospital. Nasib la satu malam je. Malam tu memang aku tido setengah jam setengah jam sebab Aryan Umar merengek sejuk. Ye la pakai pampers aje dok bawah lampu kan. Kesian tengok dia.Tapi alahmdulillah. esok nya reading dia trn 260. Boleh check out.Sambung check up dekat KK pulak. Lega sikit boleh keluar.


Pengalaman dok NICU tu boleh simpan dalam memori diam diam. Macam macam ragam. Ada yang dah kena tukar darah sebab reading over 400. ada yang dah 2 3 hari berkampung. Aku pulak tiba tiba jadi mama yang pendiam. Tak mau cakap dengan orang sebab semak kepala dok pikir anak. mau nya tak turun reading. hazab kena warded lama lama.

2 hari lepas keluar hospital tu sambung check kat kk pulak. nasib la makin turun even tak banyak. at least boleh lah bertenang sikit aku ni.

Cukup 2 minggu pantang, masa tuk balik kampung pulak sebab jahitan dah ok. so sambung je check reading dia kat kelantan pulak. Kt kelantan pun reading makin turun sikit sikit sampai160 something.

Dalam masa dok ulang alik KK & Hospital tu, macam macam aku try ubat. Mandi kan dengan ubat kuning la, mandi kan dengan pokok itu pokok ini, air kelapa, minum susu kambing, makan anggur hitam la, hape lagi aku tak try. semua try. tapi makin naik je. sudah nya kuning dia turun dengan breastfeed banyak banyak sampai lebam.

Pengalaman anak kena pro long jaundice ni betul betul uji aku. Jaundice ni jangan buat main, Kalau berpanjangan sila la buat detailed check up. Takut ada masalah hati ke masalah lain lain yang kite tak tau.

Tapi sedikit sebanyak memang ajar aku jadi kuat sikit, kena cekal untuk anak. Kalau hemak lembik sangat, Sape pulak yang nak bertabah jaga anak kan.

Emak emak. Take note. Jangan ambik mudah yeee.

oke lah.

Babai!

15 comments:

suezen said...

akak waktu sara kene pun....ari2 stress..ari2 nangis

Shazwani Ramly said...

Alaaa kesiannya Aryan Umar. dah lah comel, geramnya tengok. hihi. Take care kak, bila baca ni kita pulak cuak.

S.N.R said...

Hope my dear lyaa tabah & kuat utk semua ni, hope bby lyaa sentiasa sihat :)

S.N.R said...

Hope my dear lyaa tabah & kuat utk semua ni, hope bby lyaa sentiasa sihat :)

S.N.R said...

Hope my dear lyaa tabah & kuat utk semua ini, Hope bby lyaa sentiasa sihat

Nursaila Norman said...

saila darah O..possible utk baby dpt jaundice tu ada jgk.. saila ready jelah apa2 pun..cuma saila harap baby jgn la sampai warded..tgk Aryan pun dah sayu..apa lg tgk anak sendiri kan :(

alhamdulillah Aryan ok :)

Mizz ErMa said...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.. ;( sayu betul rasa..

Cik Jelita said...

hi mommy darah o.high 5 sikit!thaqif pun kena juandice juga that day syukur tak kena warded je.tp hari2 ulang ke kk tu satu debaran juga bila kejap naik, kejap turun bacaannya.

Noriza MiracleVitamins said...

sian tengok anak yang kena jaundice ni, saya takder pengalaman lagi sbb kedua-dua anak ok.

Raihanah Ahmad said...

anak saya 2 orang mmg kena jaundis. saya dok hosp sampai seminggu. mmg paham tensennya camne. kali ni saya kena usaha agar anak ketiga tak kena jaundis. amiin.

Jejaka klate said...

Hihu

LadyBird said...

mcm pengalaman lady lak.. bby lady dulu sebulan jugak.. huhuhuhu.. turunnye sgt2 slow.. huhuhu.. bmbg hanya Allah shj yg tahu, alhamdulillah xperlu tukar drh..

misz sheyla said...

Allah...sian tgok die...baby mcm mane skang

Maria Menado~ said...

dugaan.. aina dulu satu malam je bawah lampu tapi 12 hari duduk ward nicu.

7hari antibiotik sebab ketuban pecah lebih 24 sebelum dia lahir..(xsakit-sakit.. air duk turun.. nurse xkata apa..)

lepas 7 hari.. still xley balik sebab rumah mak tenggelam paras dada (rumah atas bukit dah tu).

last2. mak mertua dri kedah dtg amik bawak balik sana. sebab xde tempat nak tuju kalau keluar hsptl. sume kena banjir. sobs.

#babybanjir2015

NorHaFydzah said...

Saya 2 kali warded sbb baby kena jaundice. Sama gak pro long jaundice.. masa kat ward teringat entri awak ni.. huhu pengalaman pahit.. nanti nak luah dalam blog juga. Hihi

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger