Darlings

Friday, July 18, 2014

Post natal punya pengalaman

Lama betul kekdah nya entry pasal bersalin nak bersambung ye dak. Dah masuk keje baru ada chance nak update. Aku malas sangat nak type satu satu kat hp.

So meh sambung pengalaman lepas bersalin pulak.

9 May 2014,

Lepas aku cite pengalaman first time bf Aryan Umar tu, memang rasa nervous sebab dah practice pun still rasa eh tak lemas ke budak ni. Paranoid lebih. Nasib lah baby tak bf banyak sangat. Perut kecik lagi. Tapi perasaan tu Ya Allah tak dapat nak di gambar kan lah. Pegang anak sendiri. Eye contact dengan dia masa bf even dia pun tak paham eye contact tu acane kan. Janji dapat tengok dia bf.

lebih kurang pukul 5 a.m , nurse datang check tekanan darah lagi, nurse mention yang darah rendah sangat sangat ni. siap pesan awak kena paksa minum air banyak banyak ni, kalau tak , tak boleh keluar ward la gamak nyaaa.Aku pun minum laaah. Rasa macam penuh dah tangki aku asyik dok teguk air je.

Pukul 7 am lebih pulak, doktor datang nak check pulak, Kali ni doktor seluk lagi . Tahan napas ketat ketat takut pedih. Memang pedih pun kan. Redha sajo lah. Then check tekanan darah  lak. Masih dok rendah tang tu jugak. Dah star risau aku ni, niat hati memang nak balik awal sesangat. Kalau maintain rendah bila aku boleh balik ni.

lepas doktor blah tu, aku cuba lah nak bangun g toilet sendiri kekonon. Hazab nya lahai nak bangun. Pedih raso eh. Terdetik hati, banyak ke jahit ni sebab rasa cam susah je nak bangun. Ye la sebab doktor kan tak prepare masa nak sambut baby tu, aku pulak memang confident yang aku tak angkat bontot langsung. arghh gasak lah, rasa nak terkencing sangat tu mengatasi.

Ye ye turun katil tu, baru jalan satu dua tapak, Pening, gelap mata terus rasa nak pitam. yang sempat aku tangkap nurse tanya " awak ok tak, boleh jalan tak" Lepas tu sedar sedar aku dah dekat atas katil. Maknanya aku pitam kojap ye. haiyooooo.

Di sebab kan nak kencing sangat, nurse pelatih tu kesian nau tengok, dia bawak bekas suh kencing atas katil je. Hemak ni malu tau dakkk, nanti orang kena bersih miss v kita kan. arggggh part tu memang rasa nak pakai topeng je.Dua pulak tu nurse practical  dok tlg bersih kan. Terpaksa put aside perasaan malu tu sebab aku memang tak boleh berdiri pun. Takut pitam dalam toilet lagi parah. Tak pasal jahitan terbukak ke hape. Maka TERPAKSA KU RELA KAN!

Lepas tu, terus kan lagi minum air banyak banyak, dengan harapan dapat balik hari yang sama. Bila check lagi, demam pulak dah. Maka, lupa kan je la niat suci murni nak balik rumah. Doktor tak kasi lepas takut apa apa jadi kat rumah. Ioll pasghah menyerah la . Nasib lah Aryan Umar ni tak buat hal sangat. cuma kadang kadang merengek tu aku gelabah la jugak sebab susu dah bagi, pampers dah tukar. newly mom is cuak u know. 

Dalam tengahari , buat 2nd attempt nak p toilet. Kali ni pun dengan penuh confident jugak aku bangun pelan pelan, dan buat kali ke 2 jugak aku pitam. Give up nak p toilet. Air dah bergelen teguk, tapi nak p kencing pun hazab. Maka kali ke 2 jugak lah kencing dalam bekas. Sekali lagi redhaaaa mak.

Masuk pulak waktu melawat, memang dok tunggu tunggu . Sedara mara datang, Mr. Razman & Umi datang lambat sikit. Excited tengok ramai datang sebab kebosanan amat dok hospital wei. So, kalau orang datang tu, rasa la sikit meriah even sedih tak boleh balik.

10 May 2014,

Main skip skip ceghita lah, aku kejar masa ni.

Doktor check dah tak demam. Maka yippie boleh balik. Check baby semua dalam keadaan baik. Maka check out lah kita. Tak betah dok lama lagi, kang demam balik, dia tak kasi balik lagi.

Dah settle bab payment, terus balik. iolls rindu rumah manis rumah. 

oke titik. hahaha. 

banyak aku skip ni. nanti aku ada kelapangan, aku ceghita bab Aryan umar kena pro long jaundice pulak.


Eh lupa, last entry ada yang tanya nape Mr. Razman tak masuk kan.

Procedure hospital PPUM, memang husband tak boleh masuk labor room. Aku pun last minute dapat tau. Redha pun last last minute berjuang sorang. Aku punya lah semangat suh Mr. Razman tengok macamana susah nya bini dia ni bertarung nak dapat kan zuriat. Tapi nak buek acano. Tak ada rezeki. Lain kali kena tukar hospital la ye kalau rasa nak suami masuk.

oke. babai.

 

Aryan Umar . 2 days old

Aryan Umar . 2 Months 10 days





0 comments:

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger