Darlings

Wednesday, June 18, 2014

Birth story part II

Lama betul gap nak update part II ni. Kisah nya masih dok sesuaikan diri lagi dengan perubahan bila ada anak ni. Nak lagi anak lelaki sorang ni semenjak dua menjak ni tak nak berenggang langsung. Asal letak je merengak nak orang peluk dia. Buntu mama !

Oke la. Bab new experience tang jadi mama I stori mori later. Hari ni sambung bab aryan umar punya birth story.

Pukul 9 am sebelum nurse tolak p labor room, dia sumbat ubat suh beyak beyak dulu. Haduh memang dan dan tu jugak rasa nak memberak kan diri. Bertapa dulu dalam toilet b4 kena sorong masuk.

Rasa macam nak bangun jalan sendiri je dari dok atas wheelchair.  Sebab ioll tengah sihat walafiat kan. 

Sesampai je dalam bilik waiting b4 ke labor room tu. Ada sorang patient je baru masuk. Dalam bilik tu ada 4 katil. Rasa macam dok dalam ward je lagi.

Sambil dok layan rasa nervous. Sempat curi dengar perbualan patient katil sebelah. Ghupe nya dia pn bakal di induce. Tapi sejak warded., aku jadi berat mulut nak cakap dengan orang. Serabut plus risau gamak nya.

Aku buat hal sendiri sambil tunggu doktor datang. Tepat pukul 10 am doktor induce then buat ctg lagi sampai pukul 11 am. Lepas tu baru aku boleh bangun & dorang dah call mr razman siap siap. Masa tuk jumpa suami. Hoyeahhh nak p mintak kekuatan sikit.

Bila jumpa suami rasa dah top up balik semangat tu. Sembang sembang & Mr.Razman mintak kebenaran tuk umi aku masuk kejap. Umi tu selagi tak jumpa aku dia tak tenteram. Umi tanya dah sakit ke belom. Ate baru je kena induce memang terlebih rilex lah ioll ni. Tak sakit lagi. Dalam kepala hotak ni dok pikir bila aku nak start sakit eh.

Dekat sejam jugak aku jumpa Mr. Razman & umi. Kalau ikut kan hati rasa nak seludup suami sendiri masuk LR. Hati rapuh wei nak bertarung sorang sorang. Dah la sebelom ni dok kena sogok yang induce ni sakit berkali ganda dari contraction .

Lepas je Mr.Razman & umi keluar, Mula ler rasa nak nangis. Nasib ler orang sebelah katil ajak nyembang. Aku siap ngajak member sebelah tawaf  satu LR. Nak kasi cepat bukaan. Idok lah aku daya nak baring je atas katil manjang.

Skip sikit jalan ceghita lah sikit ye. Nek lenguh menaip pakai hp ni.


Dalam pukul 4 macam doktor datang check bukaan.   Part seluk seluk ni memang hazab. Ngeri iolls. Sakit la haiiii.

Dah check tu bukaan baru 2cm jek pun, then doktor terus pecah kan air ketuban. Turun naik dada nervous pikir pasal contraction.

Lepas pecah kan air ketuban tu dok baring je la atas katil tu sambil menunggu sakit datang. Naik bosan. Action pulak monolog sensorang bila nak sakit ni. Hemak dah naik lenguh baring.

Dalam 6 lebih nak dekat pukul 7 dah mula rasa mild contraction.  Ctg pun dah dapat detect. Masih dok rilex & boleh nyembang lagi dgn member sebelah. Bukaan masa ni dah 7 cm tak silap.

Makin lama makin sakit, kali ni dah tak sempat nak habis kan baca lailahailla anta subhanakainni kuntu minazolimin.  Yang aku ingat mampu sebut Allahuakbar je. Janji tak p maki nurse & doktor sudah.

Pukul 9 lbh tu aku Sesaja try teran, sekali kepala keluar sikit, kebetulan doktor tengok terus terkejut sebab tak sangka cepat pulak sebab baru check tadi 9cm bukaan.

Masa doktor tengok tu boleh pulak dia cakap "puan, sabar dulu, hold dulu saya pakai glove dulu". Hemak ni dan dan nak naik angin. Tapi tak mampu nak maghah hoiiii kepala anak dah tersembul keluo! Tunggu dia pakai glove tu rasa macam lama nya hoiii. Sudah je dia ready hemam terus push sekali lagi. Alhamdulillah lahir la Aryan Umar.

Syukur Alhamdulillah . Tak susah nak lahir kan Aryan umar. Allah permudah kan jalan, tak sakit lama lama, push pun senang. Aku tak tau nak ucap syukur macamana lagi.

Ayat cliche "dah tengok muka anak, lega rasa . Tak pikir pasal sakit nak jahit, semua serah je kat doktor. Time tengah tak larat tu sempat la aku tangkap doktor senior tu membebel dekat doktor pelatih ni sebab tak get ready nak sambut baby. Hemak malas nak ambik port. Marah teruk teruk sikit bagi pihak hemak ni wahai doktor senior!.

Setel jahit tu dorang tolak nak masuk ward, Mr.Razman ikut sekali. Lega hemak dapat tengok muka laki sendiri.

Lebih kurang pukul 2 nurse datang bawak baby suh bagi susu. Part ni nervous sikit .hehe. teruja pun ada tengok muka anakk.

Takat ni dulu aku update. Aryan dah start hek hek ni.

Pengalaman lepas bersalin dan stay kat ward bersambung lepas ni.

Bye uollssss.

0 comments:

 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger