Topik update blog hari ni pasal masak memasak ye. Loyal reader blog aku mesti tau yang aku bukan terror bab masak. Main campak campak, main try & error.
Bila dah jadi bini orang, nak tak nak kena lah masak juaaaa. Walau pun rasa nya kadang kadang sangat tak semenggah. Tapi suami makan jugak sampai habis. Mungkin kenang kan si isteri yang dah letak effort untuk masak, tu yang dia makan jugak. So anggap si isteri kira beruntung jugak ler kan.
Sumber resipi aku mesti ler umi and google sajekkk. Kalau tak dapat call umi, sila lah guna kemudahan smart phone anda. Tapi most of the time memang aku google je kalau nak masak ape. Takut ler jugak tak menjadiii.
Bab masak ni, aku tak de lah masak tiap tiap malam. Tengok tahap keletihan dan kerajinan. Balik keje awal, boleh lah nak masak, Kalau dah malam memang jawab nya makan kat kedai lerrr tak daya tunggu perut masuk angin dulu . Tapi hujung minggu memang tak boleh nak escape oke, Memang permintaan tetap dari Mr. Razman. Masak lah hatta sardin or benda yang paling simple sekali pun. Janji makan kat rumah. Suami siapa lah bagus sangat tak suka makan kat luar ni kan. hak hak hak.
Bab masak jugak aku mesti lah selit kan masakan kelate. Kata anak jati kelate kan. Sebut je masakan kelate, aku suka betul gulai ikan or gulai udang yang umi masak. Disebab kan teringat masakan umi, Terus ler keinginan nak masak gulai udang tu tinggi, maka dah alang alang tengah beli barang dapur maka terus ler rembat udang segar . Cari ubi keledek sekali campur dengan gulai udanggg. Baru ado umppppppph!!!.
credit pic to blog kak azie kitchen |
Bahan bahan memang simple je
Bawang merah, bawang putih *
Cili kering *
Lengkuas *
Kunyit*
Santan
Udang
Ubi keledek
garam
Cara-cara
1) Tumbuk or kisar dulu bahan bahan * ( aku memang prefer lesung batu dari blender sebab rasa lagi umpppp)
2) Masuk kan santan , bagi panas sikit then masuk kan bahan yang dah di kisar . Bagi mendidih sikit aku baru masuk kan garam secukup rasa.
3) Then masuk kan ubi keledek tadi. Ni memang fav all the time makan dengan udangggg. Feh meleleh pulak air liur ni ingat ubi keledek.
4) Last sekali baru masuk udang. sebab udang ni masuk kan seminit pun dah masak. So nak tunggu ubi tu ala ala nak empuk dulu baru masukkan udang. Tengok kuah tu dah agak agak pekat boleh ler angkat. hidang kan dengan nasi putih. Tak pun makan dengan sambal tempoyaaak. Lagi berpinggan pinggan tambah nasi .
Tu je laa sharing cara aku masak Gulai udang resipi umi. Gambor tidak lah di snap sebab pelahap nak makan. So guna je la ehsan google k.
Selamat mencuba.
4 comments:
tak pernah g buat udang ngan keledek...
hii okay boleh cuba nim. sedak kakloh tgk ko gambar.:)
Dapnyeee.. hehe... bila la kite nk pndai msak ni...
Assalamualaikum, terliur tengok gambar tu. hehe. alaahh mula2 memang kena belajar masak thru mak, internet dan google. hehe lama2 mesti teror masak punya >__________<
Post a Comment