Darlings

Thursday, November 14, 2013

Married Life

Lama aku ambik masa nak update blog balik.  Walau pun memang terabai habis tapi tetap sayang blog yang dah berusia lebih 4 tahun ni. Cuma nak update tu memang bercinta habis habisan.Nak pulak bila dah ada instagram kan. Lagi lerrr terabai terusss.

Update kali ni lepas dah menyepi lama, Cuma nak bercerita kesah bila dah tukar status kan.

Mana tau sok sok dah ada anak ( Doa kan aku murah rezeki anak)  nanti , bila dah besar boleh ler dia terjah blog mak dia. Verangan habis uoolss. 


Married life?


Happy tu of cossss ler uolls. Dah ada Life partner. Hari ahad dah tak payah nak kelam kelibut bersiap semata mata nak jumpa buah hati. Sekarang ni asal ahad je tido puas puas, bangun bfast, layan tv dengan Mr. Razman, Get ready masak tuk lunch, layan tv lagi sampai tertido, Gilir gilir pulak tu tido, yang ni bangun yang tu tido. Cenggitu ler rutin hari ahad biasa nya. 

Memang jarang sangat dah keluar. Lepas kawen ni automatic rasa macam nak stay kat rumaaaah je. Nak rest puas puas. Kalau nak keluar dating, sila la keluar hari sabtu.

Kami hidup memang bersederhana sangat sangat. Walau pun rumah tak cukup complete lagi dengan furniture tapi macam best pulak hidup macam ni ( dalam hati semakk jugak sebab tak do wardrobe untuk baju yang bersepah).

Bab masak pulak, aku tak de la masak tiap tiap malam. Tengok atas kepenatan. Kalau tak berapa penat memang lah terdaya nak masak. 

Rasa bersalah tu memang lah ada jemaaah oi. Dah jadi isteri patut nya hari hari kena masak tuk Mr. Razman. Nak pulak dapat suami yang memang tak suka sangat makan kat luar. Isteri masak sardin dengan telur pun dia boleh tambah nasik. Mana tak bahagia isteri tengok suami makan. 


Sampai rasa nak resign lah. Tapi dah resign tak do elaun shopping pulakkk. Kang sapo nak bayar keto den pulak. Kang sapo nak bayar roadtax insurance keto den haaa . nak beban kan Mr. Razman kan kesian pulak. So masih bertahan lah sampai sekarang. Mungkin belom sampai masa tuk resign lagi. Bertahan selagi boleh bertahan. Tak tahan kang kita benti 24 jam. Boleh????


Tu je la serba sedikit pasal Married life. 

Nak update gambar kawen pun aku tak p ambik lagi dengan photog. Dah ada gambar rajin ler aku update kottt. 

chowss guys.





13 comments:

Han Hanni said...

lya..gambar wedding pun tak banyak pun upload...xde entry review pasal wedding ke..lama kite tunggu tau..

kupu-kupu_cinta said...

Assalammualaikum lya...

masih ingat kite lg?
hehehe.. kite pun dah lama x jengah blog awk ni... Semoga dipermudahkan segala urusan awk sbg seorang isteri... :)

Unknown said...

terpancar kebahagian kat muka..congrats coz dah ada teman gaduh2 manja..hihi

HaFizaH aYu said...

Peewittt akak lya ter..hehe bestbya dh kawen ayu ni single mingle ag haishhhh jeles2

Nuriesya Nadia said...

Cepat cepat update lagi. Hihihi. :)

E'in said...

kalau dh kawen rase mcm mase kat luar xde dh ek?

Shazwani Ramly said...

awwww bahagianya kak lyaa :) lepas ni update lah lagi, lama ha tak update. heee

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgtlah sweet...

sekali tgk ala2 blogger anis.. bru khwin juga..

slmt pgntin bru..tak trlmbtkan? hhi

NorHaFydzah said...

tahniah awak :) saya sedang menghitung hari..hihi selamat melayari bahtera rumah tangga. moda berkekalan dan bahagia hendaknya till Jannah :)

cik fadh said...

bab tido puas2 tiap hari ahad tu best ! ni yg xsabar nk kawen nih ! huhu

Maria Menado~ said...

Hepi 4 u.... =)

Rindu bertamu d sini....

Nursaila Norman said...

kan Lyaa..nak resign tp kesian pulak nk beban semua kat hubby..lg pun zaman skrg ni kos meningkat..at least boleh tlg2 hubby..yg penting elaun shopping tuuu..hehehehe!

saila pun kalau jenjalan hari sabtu je,ari ahad bermalas2 berdua kat rmh..iheeeee..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. takpe nanti dah bersalin boleh stop kerja dulu. hehe. best kan, lepas kawin toksah fikir nak dress up g dating. dok rumah, hadap muka pasangan je. dapat pahala >_____<